Bandar Tun Razak, Jengka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 3°45′22″N 102°32′42″E / 3.75611°N 102.54500°E / 3.75611; 102.54500

Bandar Tun Razak (jangan terkeliru dengan bandar dengan nama yang sama di Kuala Lumpur dan Keratong) atau dahulunya dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka atau Bandar Jengka merupakan sebuah bandar utama di Pahang, Malaysia. Bandar Pusat Jengka menjadi pusat kepada Segitiga Jengka atau dikenali sebagai Felda Jengka. Segitiga Jengka ialah sebuah gugusan terbesar FELDA di Malaysia, satu daripada projek kerajaan Malaysia ke atas penduduk Malaysia.

Bandar ini terletak 55 kilometer dari Bandar Maran dan 127km dari Bandar Kuantan,Pahang. Bandar ini juga bersempadan dengan Daerah Jerantut dan Daerah Temerloh. Keseluruhan bandar ini merupakan kawasan operasi Majlis Daerah Maran.

Pelbagai kemudahan perkhidmatan disediakan seperti pejabat pos, hospital, bank,institusi-institusi pendidikan, mini stadium dan sebagainya. Gunatanah industri merupakan gunatanah terancang yang agak besar dibandingkan dengan gunatanah yang lain. Di antara kilang yang telah beroperasi di kawasan perindustrian ialah Kilang Alps, Kilang Bimbingan Bank Pembangunan dan bengkel kereta motor.

Selain itu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan sebahagian gunatanah utama di bandar ini yang memberi kesan positif dan merangsang kepada imej dan keseimbangan spatial bandar ini.[1]

Pada 7 Julai 2011 semasa Hari Peneroka 2011, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak menamakan semula Bandar Jengka sebagai Bandar Tun Abdul Razak Jengka sempena memperingati jasa ayahandanya Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak yang merupakan pengasas FELDA.[2]

Sejarah pembentukan Bandar Jengka

Sejarah Jengka

Jengka dibuka secara rasmi pada 1967.

Dalam tempoh tiga dekad (1967-1997), Jengka ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ). Setelah LKWJ dibubarkan pada 1997, pentadbiran Jengka telah diserahkan kepada Majlis Daerah Maran (MDM) hingga ke hari ini.

Jengka ditubuhkan melalaui satu projek iaitu Segitiga Jengka oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Nama Segitiga Jengka digunakan dengan mengambil kira lokasi Jengka yang terletak diantara tiga daerah iaitu Temerloh, Maran dan Jerantut.

Asal Nama Jengka

Secara umumnya nama Jengka diambil daripada sebatang sungai yang mengalir di dalam kawasan Jengka iaitu Sungai Jengka. Terdapat dua pendapat yang menceritakan asal usul nama 'Jengka' iaitu:

Mitos 1 Diceritakan tinggal sepasang suami isteri Orang Asli yang tinggal di sebuah teratak behampiran dengan sebatang sungai yang mengalir deras. Si suami memang bijak memburu, lantaran seharian beliau keluar mencari rezeki. Manakala si isteri pula, sambil menunggu kepulangan suaminya, bertenun kainlah sepanjang hari. Adapun alat yang digunakan oleh isterinya dipanggil jangka . Entah bagaimana pada suatu hari jatuhlah jangka itu ke dalam air, menangislah si isteri sehingga kepulangan suaminya. Mencarilah si suami apabila pulang, namun tidak menjumpainya, dan akhirnya ia dinamakan Sungai Jengka berdasarkan peristiwa ini.

Mitos 2 Adapun pada suatu hari, seorang perempuan asli telah terkena kerasukan yang amat teruk. Dia langsung tidak boleh menjejak tanah. Lantaran Tok Batin tempat tersebut berusaha untuk mengubatinya. Maka, dalam tafsirannya pesakit tadi perlu di bawa ke sebatang sungai tidak bernama untuk dimandikan. Lantaran sebatang sungai yang mengalir deras telah dipilih di tengah rimba. Apabila mencecahnya kaki pesakit tadi ke air, ternampaklah orang ramai satu kelibat di dalam air. Maka berkatalah orang ramai “Jin ke tu?”. Dari sinilah Jengka mendapat nama.

Senarai Perkampungan FELDA di Bandar Jengka

  1. FELDA Anggerik Jengka 1
  2. FELDA Cempaka Jengka 2
  3. FELDA Dahlia Jengka 3
  4. FELDA Kemboja Jengka 4
  5. FELDA Kekwa Jengka 5
  6. FELDA Keembong Jengka 6
  7. FELDA Kenanga Jengka 7
  8. FELDA Kesidang Jengka 8
  9. FELDA Kesumba Jengka 9
  10. FELDA Mawar Jengka 10
  11. FELDA Melati Jengka 11
  12. FELDA Melor Jengka 12
  13. FELDA Puteri Malu Jengka 13
  14. FELDA Raya Jengka 14
  15. FELDA Semarak Jengka 15
  16. FELDA Sena Jengka 16
  17. FELDA Seri Pagi Jengka 17
  18. FELDA Seroja Jengka 18
  19. FELDA Siantan Jengka 19
  20. FELDA Tanjung Jengka 20
  21. FELDA Teratai Jengka 21
  22. FELDA Terkis Jengka 22
  23. FELDA Tonkin Jengka 23
  24. FELDA Jengka 24
  25. FELDA Jengka 25

FELDA di Jengka Yang Tidak Menggunakan Nama Jengka

  1. FELDA Ulu Jempol
  2. FELDA Kampung Awah
  3. FELDA Sungai Tekam
  4. FELDA Sungai Nerek

Corak Perkembangan Bandar Tun Abdul Razak, Jengka

Peringkat Permulaan

Bandar Tun Abdul Razak, Jengka ditubuhkan bagi memberi perkhidmatan kepada 25 buah petempatan FELDA di sekitarnya (Felda Jengka 1-25 kecuali 23 & 24). Fungsinya sebagai pusat perniagaan dan pentadbiran diperlengkap dengan kemudahan masyarakat dan premis-premis perniagaan.

Peringkat Pertengahan

Oleh kerana saiz penduduk tadahan yang kecil, kuasa beli yang rendah dan perletakannya yang jauh daripada kawasan pembangunan utama, Bandar Tun Abdul Razak tidak membangun seperti yang diharapkan. Banyak bangunan perniagaan di pusat bandar yang terbiar kerana perniagaan yang tidak berdaya maju.

Bagi mempergiatkan pembangunan di bandar ini, UiTM Jengka telah ditubuhkan di sebelah timur, tidak jauh dari pusat bandar.

Corak Semasa dan Masa Hadapan

Pembangunan di bandar ini pada masa hadapan akan banyak bergantung kepada limpahan pembangunan yang dibawa oleh pembangunan pusat pengajian tinggi UiTM di mana hala tuju pembangunan dijangka akan mengarah ke kawasan universiti ini dan sekitarnya.[1]

Kediaman

Taman Perumahan

  • Taman Desa Jaya 1
  • Taman Desa Jaya 2
  • Taman Permatang Shahbandar
  • Taman Jengka Impian
  • Taman Jengka Mahkota
  • Taman Jengka Perdana
  • Rantau Perintis  [1]
  • Perumahan Mutiara Residence Jengka

Aktiviti Ekonomi

Kompleks Perniagaan

Bazar / Pasar

  • Bazar MARA
  • Tapak Pasar Tani
  • Gerai Tapak Ekspo
  • Pasar Borong Jengka

Institusi Kewangan

  • Maybank
  • Bank Simpanan Nasional
  • Agrobank
  • Bank Rakyat
  • Lembaga Tabung Haji
  • Bank Islam
  • Affin Bank[1]

Perindustrian

  • Kilang Bimbingan Bank Pembangunan (IKS)
  • ALPS Electric Sdn. Bhd[1]

Politik

Senarai ADUN Jengka

  1. Sariah Kamiso (BN) 1974-1982
  2. Datuk Zainal Hassan (BN) 1982-1999
  3. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas) 1999-2004[3]
  4. Abdul Rahman Ibrahim (BN) 2004-2008
  5. Dato' Wan Salman Wan Ismail (BN) 2008-sekarang

Pendidikan

  • Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang - Kampus Bandar Jengka[4]
  • Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang - Cawangan Jengka (dahulunya merupakan Sekolah Menengah Teknik Jengka)
  • Kolej Sentral
  • Giatmara Jengka
  • Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat 2
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya
  • Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat Jengka Pusat (SKBPJ)
  • Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat 2
  • Sekolah Kebangsaan Desa Jaya
  • Tahfiz Rahimiyyah
  • Sekolah Fardhu Ain (KAFA)
  • TABIKA Kemas
  • PASTI Nurul Iman

Prasarana

Kemudahan Awam

  • Hospital Jengka
  • Balai Polis
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat
  • Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
  • Poliklinik Komuniti Bandar Jengka
  • Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Pahang
  • Masjid Sultan Ahmad Shah, Bandar Jengka
  • Terminal Jengka Sentral[5]
  • Perpustakaan Awam
  • BALORA MASTIKA
  • Pusat Internet 1Malaysia Rantau Perintis

Agensi Kerajaan

  • Pejabat Agama Islam Daerah Jengka
  • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
  • Pusat Kegiatan Masyarakat ( PKM ) KEMAS

Perkhidmatan Utiliti

Kemudahan Sukan

Pelancongan

Destinasi-destinasi Menarik

Gunung Senyum yang terletak di Felda Jengka 25 merupakan kawasan hutan simpan yang memiliki pelbagai gua seperti Gua Jebak Puyuh dan Gua Terang Bulan. Kawasan gunung ini kaya dengan pelbagai khazanah flora dan fauna selain menawarkan pemandangan yang cukup indah.

Pengunjung juga boleh mengunjungi Felda Residence Tekam yang terletak di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR). Destinasi pelancongan ini menawarkan pelbagai kemudahan seperti dusun buah-buahan, tempat penginapan, kolam renang dan padang golf.

Selain itu, Gua Gelanggi yang terletak berhampiran Jengka 8 juga sangat menarik untuk dikunjungi.

Tempat Penginapan

  1. Mercu View Resort, Bandar Jengka.
  2. Felda Residence Tekam.
  3. Homestay Felda Jengka 25.
  4. Homestay Rumpun Makmur.
  5. Hotel Suhaznik.
  6. Rumah Tamu Dona Long. (www.donalong.blogspot.com)

Restoran

  • Kentucky Fried Chicken
  • Ayamas
  • Marrybrown
  • Pizza Hut
  • Cool Blog
  • Tutti Frutti

Rujukan

  1. ^ a b c d e Kajian Profil Bandar Negeri Pahang
  2. ^ Wan Kemat (2011-07-07). "Jengka pesat membangun". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-09. Dicapai pada 2011-07-07.
  3. ^ https://www.facebook.com/ustaztitm
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-26. Dicapai pada 2014-04-22.
  5. ^ http://www.sinarharian.com.my/jengka-sentral-mula-beroperasi-1.221915