Bandar di Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bahagian Pentadbiran Jepun
Peringkat Wilayah
Wilayah
(都道府県 todōfuken)
Peringkat Subwilayah
Subwilayah
(支庁 shichō)


Daerah
(郡 gun)

Peringkat Kawasan Perbandaran
Bandar Terancang
(政令指定都市 seirei-shitei-toshi)


Bandar Utama
(中核市 chūkaku-shi)


Bandar Istimewa
(特例市 tokurei-shi)


Bandar
(市 shi)


Wad Istimewa (Tokyo)
(特別区 tokubetsu-ku)


Pekan
(町 chō, machi)


Kampung
(村 son, mura)

Peringkat Subkawasan Perbandaran
Wad
(区 ku)

Bandar (市 shi) merupakan sebuah unit pentadbiran tempatan di Jepun. Bandar-bandar juga mempunyai taraf yang sama seperti pekan (町 machi) dan kampung (村 mura), yang membezakan kedua-duanya adalah pekan dan kampung bukan sebahagian daripada komponen daerah (郡 gun). Seperti mana unit-unit pentadbiran yang lain, bandar juga ditetapkan dibawah Undang-undang Autonomi Tempatan pada tahu 1947.

Status Bandar[sunting | sunting sumber]

Secara amnya, sebuah kampung atau pekan boleh dinaik taraf menjadi bandar apabila populasi penduduknya melebihi 50,000 orang, dan sebuah bandar juga boleh (tapi tidak perlu) diturunkan statusnya kepada pekan atau kampung apabila populasi penduduknya kurang daripada 50,000 orang. Bandar yang kurang penduduk, Utashinai, Hokkaidō yang mempunyai populasi penduduk sekitar 6,000 orang, manakala pekan di wilayah yang sama, Otofuke, Hokkaidō mempunyai populasi penduduk sehingga lebih kurang 40,000 orang. Bandar-bandar besar yang lebih kurang mempunyai kadar populasi penduduk 200,000 orang boleh mendapat satu status istimewa daripada tiga seperti berikut: Bandar Istimewa, Bandar Utama atau Bandar Terancang.

Dibawah Akta Wilayah Istimewa mengenai Pergabungan Kawasan perbandaran (市町村の合併の特例等に関する法律, Akta No. 59 tahun 2004), standard yang telah digunakan untuk mendapat status bandar ialah mempunyai populasi penduduk 50,000 oarng telah dikurangkan kepada 30,000 orang jikalau populasi penduduk ini dapat dicapai akibat daripada pergabungan pekan dan/atau kampung, jikalau pergabungan yang dibuat boleh menjimatkan kos pentadbiran. Kebanyakkan kawasan perbandaran yang mendapat status bandar adalah disebabkan oleh kesenangan standard yang diberikan. Sebaliknya pula, kawasan perbandaran yang mengikut standard kelayakkan adalah disebabkan oleh peningkatan kadar populasi penduduk tempatan tanpa pergabungan mana-mana kawasan kecuali senarai berikut (Lihat Senarai bekas pekan atau bandar yang medapat status bandar tanpa pergabungan)

Status Tokyo[sunting | sunting sumber]

Kebanyakkan masyarakat luar Jepun menganggap Tokyo, sebagai Ibu Negara, sebagai sebuah bandar, tetapi dibawah Undang-undang Jepun ianya merupakan sebuah unit pentadbiran subkawasan yang dikenali sebagai to (都) yang mempunyai kuasa wilayah (yang membawa kepada Tokyo sebahagian daripada 47 buah Wilayah Jepun). Nama rasminya ialah Metropolis Tokyo (yang juga merupakan Kerajaan Metropolis Tokyo) dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana pihak dibawah kuasa juridasinya)

Senarai[sunting | sunting sumber]

Untuk senarai penuh, lihat Senarai bandar-bandar Jepun dan Senarai bandar-bandar Jepun mengikut Populasi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]