Bandar terancang di Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bandar terancang Jepun)
Lompat ke: pandu arah, cari
Bahagian Pentadbiran Jepun
Peringkat Wilayah
Wilayah
(都道府県 todōfuken)
Peringkat Subwilayah
Subwilayah
(支庁 shichō)


Daerah
(郡 gun)

Peringkat Kawasan Perbandaran
Bandar Terancang
(政令指定都市 seirei-shitei-toshi)


Bandar Utama
(中核市 chūkaku-shi)


Bandar Istimewa
(特例市 tokurei-shi)


Bandar
(市 shi)


Wad Istimewa (Tokyo)
(特別区 tokubetsu-ku)


Pekan
(町 chō, machi)


Kampung
(村 son, mura)

Peringkat Subkawasan Perbandaran
Wad
(区 ku)

Bandar Terancang oleh Kerajaan Ordinan(政令指定都市 seirei shitei toshi?), juga dikenali sebagai Bandar Terancang(指定都市 shitei toshi?) atau Bandar Kerajaan Ordninaniaitu sebuah bandar Jepun yang mempunyai kapasiti penduduknya melebihi 500,000 orang yang telah dirancang atas arahan Kabinet Jepun dibawah Rencana 252, Seksyen 19 Undang-undang Autonomi Tempatan.

Secara Keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Bandar Terancang yang merupakan sebuah bandar yang melakukan banyak fungsi-fungsi yang telah ditugaskan oleh Kerajaan Wilayah seperti dalam bidang pendidikan, kebajikan masyarakat, kebersihan, lessen perniagaan dan perancangan bandar. Kerajaan di bawah bandar terancang mempunyai peranan dalam beberapa hal-hal berkaitan fungsi pentadbiran di setiap kawasan, akan tetapi kerajaan di peringkat wilayah masih lagi masih lagi mempunyai kuasa yang lebih besar seperti dalam penetapan keputusan. Sebagai contoh, penjual ubat-ubatan dan klinik-klinik kecil dilesenkan oleh kerajaan dibawah bandar terancang, akan tetapi farmasi serta hospital dilesenkan dibawah kerajaan peringkat wilayah.

Bandar terancang juga dibahagikan kepada beberapa bahagian wad (区 ku?),, dimana setiap wad mempunyai sebuah pejabat wad yang berperanan dalam menjalankan pelbagai fungsi pentadbiran bagi kerajaan bandar seperti koseki (pendaftaran kelahiran) dan juminhyo (alamat kawasan penempatan). Di beberapa buah bandar, pejabat wad bertanggungjawab dalam melesenkan perniagaan, permit pembinaan dan beberapa lagi perkara berkaitan pendtabiran. Struktur organisasi serta bidang kuasa dalam wad ditetntukan oleh ordinan perbandaran.

Bagi 23 wad istimewa di Tokyo, ianya bukanlah sebahagian daripada sistem ini, kerana disebabkan Tokyo adalah sebuah wilayah maka kesemua wad-wadnya adalah tidak bergantung kepada mana-mana pihak. Walaupun terdapat 2 wad di Tokyo, iaitu Setagaya dan Nerima mempunyai penduduk yang ramai untuk menjadi sebahagian daripada bandar terancang, akan tetapi ianya tidak boleh dikategorikan sebagai “bandar” kerana tiada dalam penetapan Undang-undang Autonomi Tempatan.

Bandar-bandar yang telah ditetapkan sebagai bandar terancang oleh ordinan kerajaan sebelum ini telah diturunkan statusnya dan kembali kepada yang asal.

Senarai Bandar Terancang bersama Wadnya[sunting | sunting sumber]

  • Nama wad yang digelapkan adalah tempat pusat pentadbiran peringkat bandar terletak.
Kawasan Wilayah Nama
Bandar Terancang
Tarikh
bandar dirancang
Wad
Bilangan Senarai
Hokkaidō
Sapporo
01-04-1972 10 Chūō, Kita, Higashi, Shiroishi, Toyohira, Minami, Nishi, Atsubetsu, Teine, Kiyota
Kawasan Tōhoku Miyagi Flag of Sendai.png
Sendai
01-04-1989 5 Aoba, Miyagino, Wakabayashi, Taihaku, Izumi
Kawasan Kantō Saitama Flag of Saitama, Saitama.png
Saitama
01-04-2003 10 Nishi, Kita, Ōmiya, Minuma, Chūō, Sakura, Urawa, Minami, Midori, Iwatsuki
Chiba Flag of Chiba, Chiba.png
Chiba
01-04-1992 6 Chūō, Hanamigawa, Inage, Wakaba, Midori, Mihama
Kanagawa Flag of Yokohama, Kanagawa.svg
Yokohama
01-09-1956 18 Tsurumi, Kanagawa, Nishi, Naka, Minami, Hodogaya, Isogo, Kanazawa, Kōhoku, Totsuka, Kōnan, Asahi, Midori, Seya, Sakae, Izumi, Aoba, Tsuzuki
Flag of Kawasaki.svg
Kawasaki
01-04-1972 7 Kawasaki, Saiwai, Nakahara, Takatsu, Tama, Miyamae, Asao
Kawasan Chūbu Niigata Flag of Niigata, Niigata.png
Niigata
01-04-2007 8 Kita, Higashi, Chūō, Kōnan, Akiha, Minami, Nishi, Nishikan
Shizuoka
Shizuoka
01-04-2005 3 Aoi, Suruga, Shimizu
Flag of Hamamatsu, Shizuoka.png
Hamamatsu
01-04-2007 7 Naka, Higashi, Nishi, Minami, Kita, Hamakita, Tenryū
Aichi Flag of Nagoya.png
Nagoya
01-09-1956 16 Chikusa, Higashi, Kita, Nishi, Nakamura, Naka, Shōwa, Mizuho, Atsuta, Nakagawa, Minato, Minami, Moriyama, Midori, Meitō, Tenpaku
Kawasan Kinki Kyoto Flag of Kyoto City.png
Kyoto
01-09-1956 11 Kita, Kamigyō, Sakyō, Nakagyō, Higashiyama, Shimogyō, Minami, Ukyō, Fushimi, Yamashina, Nishikyō
Osaka Flag of Osaka City.svg
Osaka
01-09-1956 24 Miyakojima, Fukushima, Konohana, Nishi, Minato, Taishō, Tennōji, Naniwa, Nishiyodogawa, Higashiyodogawa, Higashinari, Ikuno, Asahi, Jōtō, Abeno, Suminoe, Higashisumiyoshi, Nishinari, Yodogawa, Tsurumi, Suminoe, Hirano, Kita, Chūō
Flag of Sakai, Osaka.svg
Sakai
01-04-2006 7 Sakai, Naka, Higashi, Nishi, Minami, Kita, Mihara
Hyōgo Flag of Kobe.svg
Kobe
1956-09-01 9 Higashinada, Nada, Hyōgo, Nagata, Suma, Tarumi, Kita, Chūō, Nishi
Kawasan Chūgoku Okayama Flag of Okayama, Okayama.png
Okayama
01-04-2009 4 Kita, Naka, Higashi, Minami
Hiroshima Flag of Hiroshima City.png
Hiroshima
01-04-1980 8 Naka, Higashi, Minami, Nishi, Asaminami, Asakita, Aki, Saeki
Kawasan Kyūshū Fukuoka
Kitakyūshū
01-04-1963 7 Moji, Wakamatsu, Tobata, Kokura Kita, Kokura Minami, Yahata Higashi, Yahata Nishi
Flag of Fukuoka City.svg
Fukuoka
01-04-1972 7 Higashi, Hakata, Chūō, Minami, Nishi, Jōnan, Sawara

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perkara pertama yang digubal dalam sistem bandar terancang ialah dibawah sistem kerajaan tempatan pada tahun 1878 dengan pengenalan “wad” pada masa itu. Dibawah sistem ini, wad wujud disetiap bandar-bandar: kebanyakkan bandar hanya ada satu sahaja pada ketika itu, akan tetapi bagi bandar-bandar besar seperti Tokyo, Osaka dan Kyoto—masing masing mempunyai 15, 4 dan 2 buah wad.

Dibwah sistem perbandaran yang telah digubal pada tahun 1889, sistem ini telah menggantikan himpunan wad-wad terdahulu menjadi bandar, tetapi bagi himpunan wad di Tokyo, Osaka dan Kyoto masih lagi dikekalkan dimana bandar-bandar ini ditadbir dibawah himpunan wilayah bukannya sendiri seperti mana bandar-bandar lain. Selepas daripada Perang Dunia Kedua, sistem wad ini menerima 3 buah bandar lagi dibawahnya iaitu Nagoya (1908), Yokohama (1927) dan Kobe (1931). Dibawah peraturann 1911, wad mendapat hak korporatnya tersendiri serta dilayan seperti entity tempatan.

Selepas daripada peperangan, pada tahun 1947 Undang-undang Autonomi Tempatan dimana terdapat 5 buah bandar dibawahnya telah ditukar menjadi Bandar Istimewa (特別市 tokubetsu shi?) manakala Tokyo pula sudah menjadi sebahagian daripada wilayah pada tahun 1943). Sistem ini telah ditukar dengan sistem bandar terancang apabila Undang-undang Autonomi Tempatan memindanya pada tahun 1956.

Berikutan daripada zaman dimana ekonomi Jepun sedang berkembang, kerajaan Jepun telah meramalkan bahawa setiap bandar terancang mestilah mencapai kapasiti bilangan penduduk seramai 1 juta orang dalam masa terdekat, tetapi keperluan ini telah dimansuhkan pada tahun 2005 bagi memastikan beberapa bandar-bandar terancang yang lain dapat dipenuhi juga bagi menggabungkan kesemuanya semasa era pemerintahan kerajaan Koizumi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]