Bangsa Korea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Orang Korea
한민족

Kompleks Makam Goguryeo

Fail:Statue of Yi Sunsin - Cropped.JPG
Kawasan ramai penduduk
 Korea Selatan      49,422,644 (anggaran 2005)
 Korea Utara      22,912,177 (anggaran 2005)

keturunan Korea/orang Korea perantauan
tanpa pewarganegaraan (kecuali China, CIS, Jepun oleh sebab Korean diaspora)

Sumber: Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Korea Selatan 외교통상부[1]
bahasa Korea:[2] bahasa Inggeris: [3][4][5]

 Amerika Syarikat2,057,546
 China2,043,578
 Jepun901,284
CIS (termasuk Rusia)532,697
 Brazil250,000
 Australia150,000
 Kanada110,000
 Filipina92,608
 United Kingdom40,810
 Argentina35,000
 Jerman34,000
 Vietnam33,000
 New Zealand31,500
 Indonesia23,205
 Malaysia20,000
 Thailand19,500
 Mexico14,571
 Perancis13,162
Bahasa
penutur bahasa Korea: 80 juta[1]
Agama
Tidak beragama, Buddha, Kristian, Kepawangan, Chondogyo (pribumi), Konfusianisme, Taoisme, dll.

Orang Korea merupakan satu suku etnik Asia Timur [2]. Kebanyakan mereka tinggal di Semenanjung Korea dan bertutur dalam bahasa Korea.

Nama[sunting | sunting sumber]

Di Korea Selatan, bangsa Korea digelar Hangukin (한국인 (atau cuma Hanin/한인 bagi warga Korea Selatan yang menetap di luar negara); 韓國人) atau secara tidak formal Hanguk saram (한국 사람; 韓國 사람), manakala di Korea Utara bangsa Korea dipanggil Chosŏn-in (조선인; 朝鮮人) atau Chosŏn saram (조선 사람; 朝鮮 사람).

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Orang Korea dipercayai merupakan keturunan puak-puak berbahasa Altaik[3][4] or proto-Altaic[5], maka dihubungkan dengan orang Mongolia, Tungus, Turkik, dan kaum-kaum Asia Tengah yang lain. Bukti arkeologi menandakan bahawa orang Korea purba merupakan pendatang berbahasa Altai dari Siberia selatan-tengah[6] yang menduduki Korea purba dalam gelombang berturut-turut sejak zaman Neolitik hingga Zaman Gangsa[7].

Perkembangan terkini mengenai kajian polimorfisme dalam kromosom-Y manusia telah menghasilkan bukti yang menunjukkan bahawa orang Korea amat panjang sejarahnya sebagai sekelompok etnik yang tersendiri dan lazimnya endogamik (ertinya, kebanyakannya hanya berkahwin dengan orang sekaum), kerana lelaki Korea menunjukkan kekerapan tinggi kromosom-Y yang tergolong dalam Haplogrop O2b1 yang lebih kurang unik kepada populasi Korea.[perlu rujukan]

Sungguhpun berkacuk dengan kaum Asia Timur yang lain setakat mana sepanjang zaman[perlu rujukan], kebanyakan orang Korea masih menunjukkan fenotaip yang mendedahkan asal-usul Altai mereka. Sifat-sifat ini termasuk badan yang tinggi, hidung berbatang panjang, tulang pipi yang lebih tinggi, dan bintik Mongolia, iaitu kecenderungan genetik yang berhuraikan tanda lahir berwarna kebiruan pada paras bawah badan yang hadir sehingga usia kanak-kanak awal.[perlu rujukan]

Budaya[sunting | sunting sumber]

Korea Selatan dan Korea Utara berkongsi warisan yang sama, namun pembahagian politik sejak tahun 1944 telah menyebabkan perbezaan dalam budaya moden.

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Bahasa orang-orang Korea ialah bahasa Korea yang menggunakan hangul sebagai sistem tulisan utamanya. Terdapat kira-kira 73 juta penutur bahasa Korea di seluruh dunia.[perlu rujukan]

Data Korea Utara[sunting | sunting sumber]

Askar Korea Utara di Kawasan Keselamatan Bersama.

Adalah amat sukar untuk menganggar saiz, kadar pertumbuhan, nisbah seks dan struktur usia populasi North Korea. Sehingga terkeluarnya data rasmi pada tahun 1989, edisi tahun 1963 Buku Tahunan Pusat Korea Utara merupakan penerbitan rasmi terakhir yang mendedahkan perangkaan populasi. Selepas tahun 1963 ahli-ahli demografi menggunakan pelbagai cara untuk menganggarkan populasi, sama ada menjumlahkan bilangan wakil yang dipilih menyertai Perhimpunan Rakyat Agung (setiap wakil mewakili 50,000 orang sebelum tahun 1962 dan 30,000 orang selepasnya) ataupun bergantung kepada kenyataan rasmi bahawa sebilangan tertentu orang, atau peratusan populasi, terlibat dalam kegiatan tertentu. Maka, berasaskan ujaran Presiden Kim Il Sung pada tahun 1977 mengenai kehadiran sekolah, populasi pada tahun itu dikira sebagai 17.2 juta orang. Ketika 1980-an, statistik kesihatan, termasuk jangka hidup dan punca kematian, didedahkan ke seluruh dunia secara beransur-ansur.

Pada tahun 1989 Biro statistik Pusat mengeluarkan data demografik kepada Tabung Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Aktiviti Populasi (UNFPA) agar memperoleh bantuan UNFPA bagi menganjurkan banci kebangsaan yang julung kalinya di Korea Utara sejak penubuhan negara itu pada tahun 1948. Meskipun perangkaan yang diberi ke BAngsa-bangsa Bersatu mungkin diputarbelitkan, adalah kelihatan bahawa selaras dengan cubaan lain untuk membuka pintu ke dunia luar, rejim Korea Utara turut agak banyak membuka pintunya dalam dunia demografik. Meskipun negara itu ketiadaan ahli demografi yang terlatih, data tepat mengenai pendaftaran rumaahtangga, penghijrahan, dan lahir mati ada pada pihak berkuasa Korea Utara. Menurut pengkaji Amerika Syarikat, Nicholas Eberstadt, dan ahli demografi Judith Banister, statistik penting dan maklumat peribadi mengenai penduduk disimpan oleh agensi di peringkat ri (“desa”, unit pentadbiran tempatan) di kawasan luar bandar dan peringkat dong (“daerah” atau “blok”) di kawasan bandar.

Orang Korea di luar Semenanjung Korea[sunting | sunting sumber]

Penghijrahan besar-besaran dari Korea bermula seawal pertengahan 1860-an, terutamanya ke Timur Jauh Rusia dan China Timur Laut; penghijrah-penghijrah inilah yang menjadi nenek moyang kepada 2 juta orang etnik Korea di China dan beberapa ratus ribu orang etnik Korea di Asia Tengah. Ketika zaman penjajahan Jepun dari tahun 1910-1945, orang Korea sering dimasukkan atau dipaksa menyertai perkhidmatan buruh untuk bekerja di tanah besar Jepun, wilayah Karafuto, dan Manchukuo; antaranya yang memilih untuk menetap di Jepun selepas perang dikenali sebagai orang Korea Zainichi, manakala kira-kira 40 juta yang terkandas di Karafuto selepas pencerobohan Soviet lazimnya bergelar orang Korea Sakhalin. Penghijrahan orang Korea ke benua Amerika diketahui bermula seawal tahun 1903, namun komuniti orang Korea Amerika tidak banyak berkembang sehingga kelulusan Akta Pembaharuan Imigrasi 1965; kini, kira-kira 2 juta orang Korea tinggal di Amerika Syarikat.

Koreatown besar boleh ditemui di Australia, Brazil dan Kanada. Komuniti bangsa Korea terbesar pernah diketahui di luar Korea terletak di Los Angeles, California. Orang Korea British kini membentuk komuniti bangsa Korea terbesar di Eropah Barat; orang Korea di Jerman pernah melebihi yang di UK sehingga akhir 1990-an. Terdapat juga Koreatown di negara-negara Amerika Latin seperti Argentina, Guatemala, dan Mexico. Dewasa ini, bilangan orang Korea di Filipina dan Vietnam turut banyak berkembang.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Korean". ethnologue. Dicapai pada 2007-04-20.
  2. ^ Asian Americans: Contemporary Trends and Issues - Page 40 by Pyrong Gap Min
  3. ^ Nelson, Sarah M. (1993). The Archaeology of Korea. Cambridge University Press. m/s. 6. Unknown parameter |isbsn= ignored (bantuan)
  4. ^ "Korean people(한민족)". Naver Encyclopedia (dalam bahasa Korean). Dicapai pada 2007-03-09. External link in |work= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Korean people(한민족)". Encyclopedia Britannica Korea (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-29. Dicapai pada 2007-03-09. External link in |work= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ The Rise of Civilization in East Asia: the Archaeology of China, Korea and Japan, pp. 165
  7. ^ 뿌리 깊은 한국사, 샘이 깊은 이야기: 고조선, 삼국, pp. 44-45

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]