Bangsar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 3°7′51″N 101°40′10″E / 3.13083°U 101.66944°T / 3.13083; 101.66944 Bangsar, juga Bungsar (kuno), ialah sebuah kawasan penempatan popular dan hiburan popular antara penduduk bandar, yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Bangsar terletak kira-kira 4 km di barat daya pusat bandaraya dan untuk pemandu kereta ini mengambil 10 minit dari pusat bandaraya. Bangsar terdiri daripada beberapa kawasan utama yang merangkumi kawasan perniagaan, kewangan, perubatan, pendidikan, hiburan, beli belah dan penempatan mewah dan kos rendah.

Komponen Bangsar[sunting | sunting sumber]

  • Bukit Persekutuan - penempatan kuarters kolonial lama dan kini dijadikan hub perubatan. Bersempadan dengan KL Sentral dimana ia dipisahkan oleh Jalan Travers.
  • Bangsar Utama - Kawasan perniagaan terawal di mana dahulunya menjadi penempatan kakitangan Keretapi Tanah Melayu. Kini merupakan kawasan pusat kewangan dan pengangkutan, dihubungkan oleh stesen LRT Bangsar.
  • Bukit Bandaraya - Penempatan kos rendah dan sederhana di sepanjang Lorong Maarof dan juga terdapat penempatan mewah di kawasan bukit, juga pusat beli belah Bangsar Shopping Centre. Kawasan penempatan mewah Taman SA dihubungkan dengan stesen MRT Pusat Bandar Damansara di sebelah utara.
  • Bangsar Baru - Kawasan komersial dan fesyen di mana butik-butik mewah jenama tempatan dan antarabangsar memenuhi Jalan Maarof dan sekitar jajaran Telawi, Terasek dan Lucky Garden. Terdapat pusat beli belah mewah Bangsar Village dan Masjid Saidina Umar.
  • Lembah Seputeh (Midvalley) - Kawasan tebing sungai yang memisahkan Bangsar dan Seputeh, pusat beli belah terbesar di Bangsar dengan rangkaian pusat beli belah Midvalley & The Gardens Megamall. Stesen KTM Midvalley berada di kawasan ini.
  • Abdullah Hukum - Kawasan penempatan Melayu terawal dimana kini dijadikan pusat perniagaan dan residen baharu dengan nama KL Eco City dan bersempadankan Sungai Klang. Disepanjang Jalan Bangsar juga terdapat syarikat akhbar dan media elektronik serta ibupejabat TNB. Stesen LRT, KTM dan akan datang MRT Abdullah Hukum terdapat disini, dan dihubungkan ke kawasan Lembah Seputeh (Midvalley).
  • Pantai Baru - Jalan menuju utara Bangsar dimana terdapat Hospital Pantai, ibupejabat Syabas dan Telekon Malaysia serta terletaknya kampus Universiti Malaya
  • Kerinchi - Kini dikenali sebagai Bangsar Selatan (South), dihubungkan menerusi LRT Kerinchi dan Universiti. Kawasan residensi dan kondominium serta pusat perniagaan penting.
  • Bukit Angkasa/Angkasapuri - Terletak bersebelahan dengan Kerinci dan Abdullah Hukum, menjadi pusat penyiaran utama kerajaan dan flat-flat kos rendah di sepanjang Sungai Klang.
  • Pantai Dalam - Kawasan paling selatan di Bangsar, bersempadankan Sungai Klang dan Bukit Gasing di Petaling Jaya. Pantai Dalam merupakan kawasan penempatan sebahagian besar penduduk Bangsar terutama kondominium mewah dan flat kos rendah. Boleh diakses menerusi Lebuhraya NPE.

Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa pejabat penerbitan suratkhabar utama negara di Bangsar. Ibu pejabat New Straits Times Press, syarikat penerbit bagi suratkhabar New Straits Times, New Sunday Times, Berita Harian, Berita Mingguan, Harian Metro dan Metro Ahad, terletak di Jalan Riong. Pejabat China Press juga terletak di Jalan Riong. Berita web Malaysiakini beroperasi melalui pejabatnya di Jalan Kemuja.

Ibu pejabat syarikat bekalan elektrik dan air negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), terletak di sekitar Jalan Bukit Pantai. Bangunan ibu pejabat TM (Telekom Malaysia), Menara TM, juga terletak berhampiran dengan Bangsar.

Dataran Maybank, ibu pejabat bagi urusan insurans Maybank (Mayban), terletak di persimpangan Jalan Maarof dan Jalan bangsar.

Prasarana[sunting | sunting sumber]

Perubatan[sunting | sunting sumber]

Pusat Perubatan Pantai (Pantai Medical Centre) adalah hospital swasta yang terletak di Jalan Bukit Pantai. Pusat Perubatan Universiti Malaya(UMMC) pula merupakan hospital kerajaan yang mengambil kira-kira lima minit masa memandu, walaupun capaiannya adalah dari Petaling Jaya.

Terdapat juga Poliklinik Bangsar, sepanjang Jalan Bangsar, klinik kerajaan yang melayan keperluan kesihatan penduduk sekitar.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Bangsar mempunyai 4 sekolah rendah:

serta 2 sekolah menengah:

Tadika dan tabika biasanya dikendali menggunakan bangunan rumah.

Institut Sains Kesihatan dan Kejururawatan Pantai (Pantai Institute of Health Science and Nursing) terletak di kawasan Pusat Perubatan Pantai.

Terdapat banyak pusat tuisyen yang beroperasi bagi membimbing pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan ini. Antaranya:

Kelas drama, ballet dan muzik turut dikendali di premis pejabat atau rumah.

Institusi pengajian tinggi awam terulung Malaysia, Universiti Malaya, meskipun bukannya terletak di Bangsar, boleh dicapai dalam masa memandu lima minit. Keduda-dua kampus UM dan UMMC terletak di sempadan Petaling Jaya dan Bangsar. Terlingkung dalam visiniti kampus tersebut ialah Maktab Perguruan Raja Muda dan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.

Pusat membeli-belah[sunting | sunting sumber]

Bangsar juga turut terkenal dengan Pusat Membeli-belah Bangsar Village, menawarkan aneka produk pilihan pengguna mengikut trend masa kini.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Bangsar mudah dicapai dari mana-mana tempat di Kuala Lumpur, cuma memerlukan 10 minit memandu dari pusat bandaraya. Bangsar juga dihubungkan ke Petaling Jaya melalui Lebuhraya Persekutuan.

Lebuhraya Pantai Baru bermula di Jalan Bangsar dan melalui Pantai Dalam, Kuchai Lama, Jalan Klang Lama, Bandar Sunway dan berakhir di Subang Jaya. Lebuhraya Sprint di hujung utara Jalan Maarof berhubung ke Bukit Damansara, Jalan Duta, Sri Hartamas, Lebuhraya Lembah Klang Baru, Lebuhraya Damansara-Puchong dan beberapa kawasan subbandar di Petaling Jaya.

Agak susah untuk mencari tempat letak kereta di Bangsar. Meletak kereta di tepi jalan, sungguhpun murah, namun agak jarang. Meletak kereta berganda juga diterima sebagai amalan para pemandu. Parkir swasta boleh dijumpai di pusat komersial (kecuali di Lucky Garden), namun mahal juga tambangnya. Pada masa dahulu, pemandu kereta sering dibantu jaga kereta dan sekarang pula pembantu valet.

Stesen LRT Bangsar dan Stesen LRT Abdullah Hukum (Rapid KL Aliran Kelana Jaya) terletak di sepanjang Jalan Bangsar. Stesen LRT Kerinchi dan Stesen LRT Universiti juga turut berdekatan.

Memandu ke Bangsar dari KL Sentral mengambil 5 minit, dan hab pengangkutan utama tersebut terletak di Brickfields yang berdekatan.

Perkhidmatan bas yang melalui Bangsar adalah seperti berikut:

  • 621: (Rapid KL, dahulunya 5) KL Sentral - Bangsar LRT - Mid Valley - Lucky Garden - Bangsar Baru - Bukit Bandaraya - Bangsar Shopping Centre - Bangsar Park - Bangsar LRT - KL Sentral
  • 634: (Rapid KL, dahulunya 908B) Bangsar LRT - Bangsar Park - Bangsar Shopping Centre - Pusat Bandar Damansara - Jalan Semantan - Pusat Bandar Damansara - Bangsar Shopping Centre - Bangsar Park - Bangsar LRT
  • 309: (Triton Commuter) KL Sentral - Jalan Semantan - Mont Kiara - Pusat Bandar Damansara - Bangsar Shopping Centre - Bangsar Park - Bangsar LRT - KL Sentral

Banyak lagi perkhidmatan bas Rapid KL yang menuju pusat bandaraya dan negeri Selangor turut berkhidmat di Jalan Bangsar:

  • 516: KL Sentral - Bangsar LRT (menuju luar bandaraya sahaja) - Jalan Syed Putra - Mid Valley
  • 517: KL Sentral - Bangsar LRT - Lebuhraya Pantai Baru - Jalan Pantai Dalam
  • 518: KL Sentral - Bangsar LRT - Lebuhraya Pantai Baru - Jalan 1/112 - Jalan Pantai Murni (Hillpark) - Jalan Pantai Permai - Rumah Panjang
  • T64: KL Sentral - Bangsar LRT - Jalan Pantai Baharu - Lebuhraya Persekutuan - Persiaran Tengku Ampuan - Persiaran Selangor - Persiaran Sultan - Persiaran Jubli Perak - Persiaran Perusahaan - Persiaran Budiman (Seri Muda)
  • T80: KL Sentral - Bangsar LRT - Jalan Pantai Baharu - Lebuhraya Persekutuan - UiTM Shah Alam
  • T81: KL Sentral - Bangsar LRT - Jalan Pantai Baharu - Lebuhraya Persekutuan - Jalan Lapangan Terbang Subang - Jalan Bukit Badak (Subang Baru)

Peta rangkaian Kawasan 5 dan 6 Rapid KL menerangkan laluan bas tersebut secara terperinci.

Terdapat juga perkhidmatan Metrobus yang melalui Jalan Bangsar menuju terus ke Petaling Jaya dan Subang Jaya.

First Coach menawarkan perkhidmatan bas dari Lengkok Abdullah (berdekatan dengan Stesen LRT Bangsar dan Jalan Bangsar 7-Eleven) hingga ke Singapore's Novena Square (berdekatan Stesen MRT Novena).

Wakil Rakyat[sunting | sunting sumber]

Sejak tahun 2008 lagi, Bangsar menyaksikan kemenangan dua penggal berturut-turut Ahli Parlimen P121 Lembah Pantai, Kuala Lumpur, Nurul Izzah Anwar bagi memberikan perkhidmatan terbaik bagi rakyat setempat.

Tokoh Bangsar yang terkenal[sunting | sunting sumber]

  • Sharizat binti Abdul Jalil, Ahil Parlimen Lembah Pantai sejak 1995. Perwakilan Lembah Pantai merangkumi Bangsar. Beliau juga merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam kabinet Malaysia.
  • Zainur Zakaria, salah seorang peguam Anwar Ibrahim dalam kes liwat dan rasuah yang dituduhkan terhadapnya, bertanding dalam Pilihanraya Umum 1999 untuk perwakilan Lembah Pantai bagi pihak Parti Keadilan Rakyat, lalu kalah dengan perbezaan undi yang kecil.
  • Adik-beradik Sidek, jaguh badminton Malaysia, dikatakan pernah tinggal di dalam sebuah banglo di Bangsar Park.
  • Sudirman Haji Arshad, seorang penyanyi lagenda dari Malaysia telah meninggal dunia di dalam rumah kakaknya, Datin Rodziah di Lucky Garden pada tahun 1992.
  • Mendiang James Vadiveloo, ahli akademik dan pemuzik, menerokai sinergi antara muzik klasikal dan muzik. Beliau pernah mengundang konsert di rumahnya.

Jenayah[sunting | sunting sumber]

  • Penculikan dan pembunuhan Canny Ong (2003)
  • Peragut
  • Pembunuhan Dr T Ariaratnam (2003)
  • Pembunuhan pengurus Strudels Cafe, Azman Khairuddin (2006)
  • Pembunuhan Maria Theresa Lewis nee Sidore (1975)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Opposition Win Will Only Bring A Day Of Happiness For Voters" (dalam bahasa English). Bernama. 2004. Diperoleh pada September 30, 2006. 

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]