Bani Aws

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bani Aws (Arab: بنو أوس, harfiah "Anak Aws") ialah satu daripada suku Arab di Yathrib pada zaman Nabi Muhammad SAW. Suku kedua ialah Bani Khazraj. Aws and Khazraj juga dikenali sebagai Banu Qayla (Bani Qailah) (Arab: بنو قيلة dalam zaman sebelum kemunculan Islam.[1]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Perkataan al-Aws bermaksud 'pemberian', berkemungkinan besar ringkasan bagi Aws Manāt (Arab: أوس مناة, 'pemberian Manat'). Nama ini ditukar pada zaman Islam kepada Aws Allah (Arab: أوس الله).[1][1][2][3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Pada lebih kurang tahun 300 M,[4] sewaktu pemindahan Kahlan dari Yaman sebelum Banjir Besar di Empangan Agung (Empangan Ma'rib), Tha'laba bin Amr, datuk kaum Aws, berpisah daripada sukunya dan menetap di di Yathrib (Madinah),[5] yang pada masa itu dikuasai puak suku Yahudi.

Bani Qailah di bawah kuasa Yahudi buat beberapa seketika sehinggalah Malik bin Ajlan daripada Bani Khazraj memerdekakan Bani Qailah daripada penguasaan Yahudi. Dengan demikian, Bani Aws dan Khazraj dapat hak kepada pokok tamar dan kubu-kubu mereka sendiri.[1] Lambat laun, lebih kurang pad abad Kelima Masihi, Bani Qailah mengambil alih penguasaan Yathrib[6] dan kuasa Yahudi menjadi malap buat sekurun lamanya.[3]

Dalam zaman sebelum Hijrah, ketua Aws, Abu Qays al-Aslat daripada suku kaum Wa'il, menyerahkan kepimpinan kepada Ḥuḍair bin Simak daripada suku kaum Abd al-Ashhal. Berikutan satu kekalahan besar, Abd al-Ashhal dan Ẓafar ditarik dari Yathrib. Ketua puak yang bertentangan, Amr bin Nu'man daripada kaum Khazraj Bayaḍa, memaksa suku Yahudi Bani Quraizah dan Bani Nadhir membuat perjanjian bersekutu.[1] Nomad dari Muzaina juga menyertai mereka. Kebanyakan Khazraj [n 1][7] serta Yahudi suku Bani Qainuqak[3] serta suku nomad Juhaina dan Asyjak menyokong Amr bin Nu'man. Suku Haritha daripada Aws berkecuali. Kemudian dalam tahun 617 M, bermulalah Pertempuran Bu'ath. Dalam pertempuran tersebut Bani Nadhir dan Bani Quraizah bersekutu dengan Aws sementara Bani Qainuqak menyokong Khazraj.[3] Pada awalnya Aws dipaksa berundur, tetapi kemudiannya berjaya menewaskan musuh mereka (Khazraj dan sekutu Yahudinya).[7] Selepas pertempuran itu, kedua-dua Aws dan Khazraj kekal bermusuhan.

Hijrah — 622 M[sunting | sunting sumber]

Nabi Muhammad (SAW) berjaya mendamaikan kedua-dua puak Yathrib yang bertelagah ini dan selepas penghijrahan baginda, kedua-dua mereka menjadi satu umat Islam dan dikenali sebagai Ansar.

Orang ternama[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ melainkan Abdullah bin Ubai serta sorang lagi pembesar Khazraj

Nota 2[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Watt 1986, halaman 771
  2. ^ Gottheil Hirschfeld
  3. ^ a b c d Jacobs Montgomery
  4. ^ Muir 1858, halaman ccxxx
  5. ^ Al Mubarakpuri 2002, halaman 24–25
  6. ^ Muir 1858, halaman ccxxxi
  7. ^ a b Bosworth 1986, halaman 1283
  8. ^ [1]
  9. ^ Imamate: The Vicegerency of the Prophet Al-islam.org [2]
  10. ^ a b c The Sealed Nectar The Second ‘Aqabah Pledge on sunnipath.com

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Al Mubarakpuri, Safi ur Rahman (2002). "Arab Tribes". [[Ar-Raheeq Al-Makhtum|The Sealed Nectar: Biography of the Noble Prophet]]. Darussalam. ISBN 9960-899-55-1. Dicapai pada 2011-11-11. URL–wikilink conflict (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  • Bosworth, Clifford Edmund (1986). "BUʿĀTH". Encyclopaedia of Islam. I (ed. 2nd). Leiden: E. J. Brill. m/s. 1283. ISBN 90-04-08114-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Jacobs, Joseph; Montgomery, Mary W. "MEDINA". Jewish Encyclopedia. Dicapai pada 2011-11-11.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Gottheil, Richard; Hirschfeld, Hartwig. "BANU AUS". Jewish Encyclopedia. Dicapai pada 2011-11-11.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Muir, William (sir.) (1858). "Yathreb or Medîna". [[The Life of Mahomet]]. Smith. Dicapai pada 2011-11-11. URL–wikilink conflict (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  • Watt, William Montgomery (1986). "AL-AWS". Encyclopaedia of Islam. I (ed. 2nd). Leiden: E. J. Brill. m/s. 771–72. ISBN 90-04-08114-3.CS1 maint: ref=harv (link)