Banjaran Titiwangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 5°58′11″U 101°19′37″T / 5.96985121639°U 101.326904297°T / 5.96985121639; 101.326904297

Banjaran Titiwangsa
بنجرن تيتيوڠسا

Sebahagian pemandangan bukit-bukau dari sistem Banjaran Titiwangsa
Ketinggian 2,187 meter (7,175 ka)
Lokasi
Lokasi Bendera Malaysia Malaysia
Sebahagian dari bukit-bukau dari sistem Banjaran Titiwangsa. Diambil dari lebuhraya berdekatan Slim River.

Banjaran Titiwangsa menganjur dari selatan Thailand hingga ke Gunung Ledang di Johor. Banjaran bermaksud deretan gunung dan bukit, yang menjadi tulang belakang sesebuah kawasan.

Banjaran Titiwangsa menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia. Ia sebenarnya menganjur dari Banjaran Himalaya dan puncak tertingginya ialah Gunung Everest.

Banjaran ini menjadi legeh bagi sungai-sungai utama di semenanjung Malaysia. Di sini terdapat tiga buah pusat peranginan iaitu Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting dan Bukit Fraser. Kemuncak tertinggi di banjaran ini ialah Gunung Korbu.

Di sini juga di jalankan penanaman tanaman hawa sederhana seperti teh, bunga-bungaan dan sayur-sayuran. Pola saliran atau cara cawangan-cawangan sungai dicantumkan dengan sungai utama ialah pola saliran reranting. Panjang banjaran ini kira-kira 500km manakala tingginya 900 meter hingga 2,100 meter dari aras laut.

Banjaran yang terpanjang di Malaysia ini menganjur dari sempadan Thailand ke Negeri Sembilan ke Johor.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

http://tra3001.spp.moe.edu.my/file.php/1/BahanBPG/Geografi%20Form%201/Maheran%20Bt%20Baharum/BahanBantuMengajar/Peta%20Lokasi%20Tanah%20Tinggi.htm