Banjir Angola, Namibia dan Zambia 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Banjir Angola, Namibia dan Zambia 2009
Sempada antara Angola dan Namibia
Sempada antara Angola dan Namibia
Maklumat geografi
Kawasan terjejas Selatan Angola, utara Namibia, barat Zambia
Maklumat am
Tempoh Mac 2009–kini
Jumlah kemusnahan $5 juta +
Bilangan kematian 131 orang

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Banjir Angola, Namibia dan Zambia 2009 ialah suatu bencana alam yang mula berlaku pada awal Mac 2009 dan telah menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 130 orang dan telah menjejaskan kehidupan sekitar 445,000 orang. Banjir ini melanda enam daerah di Namibia, dua wilayah Zambia dan satu kawasan di Angola. Air banjir telah merosakkan bangunan dan infrastruktur dan menyebabkan lebih 300,000 orang terpaksa berpindah. Keadaan darurrat telah diisytiharkan di utara Namibia dan terdapat kebimbangan penyakit epidemik akan berikutan. Agensi Palang Merah dan kerajaan ketiga negara telah bertindak balas terhadap bencana ini, dan bantuan telah diedarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Rujukan [sunting]

Koordinat: 17°24′S 16°00′T / 17.4°S 16.0°T / -17.4; 16.0