Banjir di India-Pakistan 2014

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Banjir India - Pakistan 2014
Keadaan banjir di utara India diambil oleh NASA pada 4 September 2014
Tarikh – 
Tempoh3 September 2014 - ongoing
TempatIndia
Jammu and Kashmiri
Pakistan
Azad Kashmir
Gilgit-Baltistan
Punjab
Kematian557
277 in India[1]
280 in Pakistan[2]
Harta benda rosak
2,500 villages affected[3]
80,000 people evacuated[4]
Sistem Sungai Indus termasuklah Sungai Indus, Sungai Jhelum, Sungai Chenab, Sungai Ravi, Sungai Beas dan Sungai Sutlej.

Banjir di India-Pakistan 2014 berlaku sekitar bulan September 2014 terutama di wilayah Jammu & Kashmir akibat hujan lebat. Lokasi utama banjir ini ialah Jammu dan Kashmir di India atau dikenali sebagai Azad Kashmir, Gilgit-Baltistan dan Punjab di Pakistan. Sejak 7 September 2014 , seramai 200 orang terbunuh di India dan 280 terbunuh di Pakistan akibat banjir dan tanah runtuh. Setakat ini 2,000,000 terpaksa diselamatkan termasuk 87,000 dari Srinagar. Pihak kerajaan menyamakan keadaan ini sama dengan Taufan Katrina di Kashmir kerana ia bencana terburuk dalam tempoh 50 tahun.[5]

Usaha menyelamat sedang giat dilakukan di wilayah Himalaya itu apabila hujan monsun menenggelamkan beratus-ratus kampung, banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun di wilayah itu.Keadaan banjir di wilayah Kashmir yang dikuasai India dilaporkan kritikal dengan lebuh raya utama masih ditutup. Inspektor Jeneral polis Jammu, Rajesh Kumar melaporkan angka korban di India meningkat kepada 200 orang dan angka koban di Pakistan pula meningkat kepada 206 orang.

Pelajar Malaysia terperangkap[sunting | sunting sumber]

Pada 8 September 2014, Wisma Putra melaporkan bahawa 29 pelajar Universiti Perubatan Manipal di Karnataka tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta pelajar persendirian terperangkap di Pahalgam dan masih tidak dapat dihubungi oleh Konsulat Malaysia. 19 pelajar lain pula terperangkap di sebuah hotel di Srinagar ibu negeri Jammu dan Kashmir [6]

Di antaranya mula terperangkap pada 6 September 2014 selepas air naik secara mendadak sehingga menyebabkan mereka semua terpaksa menyelamatkan diri dengan berada di bumbung Hotel Welcome di Jammu sebelum diselamatkan oleh masyarakat setempat. Kemudian terpaksa meredah air banjir sebelum dibawa ke kawasan tinggi dan terpaksa berebut-rebut untuk menaiki sampan dan juga trak.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kashmir floods: phones down, roads submerged; toll touches 200, rescue ops on". Hindustan Times. 8 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-24. Dicapai pada 9 September 2014.
  2. ^ "India and Pakistan Strain as Flooding Kills Hundreds". New York Times. 8 September 2014. Dicapai pada 9 September 2014.
  3. ^ "Jammu and Kashmir flood tolls climbs up to 160, Rajnath Singh assures help". The Economic Times. IANS. 6 September 2014. Dicapai pada 11 September 2014.
  4. ^ Rupam Jain Nair (10 September 2014). "Tempers flare as mass flood evacuations begin in Kashmir". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-24. Dicapai pada 2014-09-20.
  5. ^ 325 maut banjir di Kashmir
  6. ^ 29 pelajar Malaysia di India terperangkap akibat banjir
  7. ^ Pengalaman ngeri terperangkap banjir