Banjir di Malaysia 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Banjir di Malaysia 2010 merujuk kepada kejadian banjir di seluruh Malaysia.

Sungai Kinabatangan, Sabah[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Januari 2010, Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Permai dan SK Balat ditutup kerana ditenggelami air banjir.Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) Arisin Arifin berkata SK Bukit Garam dan SK Sangau digunakan sebagai pusat pemindahan mangsa banjir walaupun sesi persekolahan masih diteruskan. Mangsa banjir berjumlah 2,763 orang membabitkan 575 keluarga dari 10 kampung. Tiga buah rumah penduduk kampung di Tongod roboh dan dihanyutkan arus deras.[1] Rumah tersebut dibina berhampiran sungai. Mangsa banjir ditempatkan di Dewan Majlis Daerah Tongod. Jalan ke Kampung Karamuak masih terputus hubungan. Pusat pemindahan banjir turut dibuka di Balai Raya Bukit Garam, Masjid Kampung Buang Sayang dan Sekolah Rendah Kebangsaan Sangau. Lain-lain kampung yang dilanda banjir ialah Tulang-tulang, Desa Permai, Kuamut, Tangkuyan, Balat, Sangau, Bukit Garam, Seri Manis, Pelangi dan Jaya Baru ,Kampung Nusa Jaya dan Buang Sayang. [2]

Paras Sungai Kinabatangan ialah 11.53 meter iaitu pada paras bahaya. Pengerusi PKOB Tongod Daudi Goroh menyatakan gerakan mencari Manaf Ansaroh yang lemas di Tongod masih diteruskan.Perahunnya terbalik di sungai di Kampung Soguon di Tongod . Usaha mencari dilakukan di sepanjang 20 km dari Kampung Tempasak sehingga Kampung Kuala Tongod. [3]

Kuching[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Januari 2010, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu menyatakan bandar raya Kuching ,Bau , Lundu dan Samarahan mungkin banjir jika musim banjir berterusan.Amaran Angin Timur Laut peringkat kedua dengan kelajuan 60km sejam. Ombak laut antara 3.5 hingga 4.5 meter dan berbahaya untuk aktiviti laut dan pesisir pantai. Air pasang setinggi 5.7 meter turut dijangka berlaku.[4]

Kedah[sunting | sunting sumber]

Pembinaan semula stesen keretapi milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Alor Setar, Anak Bukit, Gurun, Kubah, Tunjang, Bidong dan Sungai Petani didakwa menyebabkan banjir kilat di sana. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah berunding dengan pemaju projek tersebut Gamuda Berhad . Landasan kereta api berkembar dibina oleh MMC-Gamuda JV dari Ipoh ke Padang Besar bernilai RM12.485 bilion bermula Januari 2008 dan sepatutnya siap pada 2013.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]