Banjiran pertanyaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Banjir pertanyaan adalah asas protokol operasi Gnutella.

Bagaimana ia berfungsi[sunting | sunting sumber]

Apabila seorang pengguna (dikenali sebagai Jamal) memasuki jaringan Gnutella, pelanggannya mencipta senarai pengguna yang dianggap mempunyai pautan langsung. Iaitu, pengguna tersebut dianggap satu "loncatan komunikasi" jauhnya.

Jamal kemudian mencari dalam jaringan untuk fail komputer tertentu. Pelanggannya kemudian mengeluarkan query kepada kesemua pengguna yang "satu loncatan" jauh. Jika tiada seorangpun daripada pengguna tersebut mempunyai fail yang diminta, pelanggan Jamal mengeluarkan pertanyaan sekali lagi. Kali ini, ia diarahkan kepada semua pengguna yang satu loncatan jauh, dan pengguna tersebut akan menghantar kepada semua pengguna yang berada satu loncatan daripada mereka - kesemua mereka yang berada dua loncatan daripada Jamal. Jika masih tidak ada seorangpun mempunyai fail tersebut, Jamal menghantar pertanyaan lagi kepada mereka yang berada tiga loncatan jauh. Perkara ini berterusan sehingga dia mencecah had (tiada lagi aras "levels of recursion") atau apabila kesemua jaringan telah digeledah.

Kekurangan utama skema ini adalah lalu-lintas yang dihasilkan oleh pertanyaan meningkat berganda dengan kesukaran dijumpai.