Bank Persatuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bank Persatuan Malaysia Berhad (Bank Persatuan)
Jenis Bank Koperasi
Industri Perbankan Islam dan Pembiayaan
Ditubuhkan 7 Jun 1950
Ibu pejabat Butterworth,
Malaysia Malaysia
Perancang utama Dato' Haji Yusra Bin Sabar(DPSM), Pengerusi
Tuan Haji Shamsudin Bin Haji Md. Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif
Produk Perbankan dan Pembiayaan
Laman web http://www.bankpstn.com.my/

Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad (Jawi:کوڤيراسي بڠک ڤرساتوان مليسيا برحد) atau lebih dikenali dengan nama Bank Persatuan (Jawi:بڠک ڤرساتوان), adalah sebuah Bank Koperasi yang berpusat di Pulau Pinang, Malaysia. Ibu Pejabat Bank Persatuan terletak di alamat 41, 43 & 45, Jalan Selat, Taman Selat, 12000 Butterworth, Pulau Pinang. Pada masa ini Bank Persatuan mempunyai 14 cawangan yang kebanyakannya bertumpu di Semenanjung Malaysia dengan cawangan terbaru dibuka di MITC, Ayer Keroh, Melaka telah mula beroperasi pada 3 Januari 2012. Pada Julai 2010 sempena Hari Koperasi Negara 2010, Bank Persatuan telah diisytiharkan sebagai Coopbank kedua selepas Bank Rakyat.

Pandangan hadapan bangunan Ibu Pejabat Bank Persatuan di Taman Selat, Butterworth. Tingkat bawah sebelah kanan adalah Cawangan Butterworth.

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

Bank Persatuan adalah sebuah pertubuhan koperasi yang ditubuhkan pada 7 Jun 1950 di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948 yang kini dikenali sebagai Akta Koperasi 1993. Hasil gabungan 21 buah Syarikat Kerjasama Kampung maka tertubuhnya Bank Persatuan di Bukit Mertajam dengan nama semasa penubuhannya ‘The Province Wellesley Co-operative Banking Union Limited”. Pada tahun 1971 keahliannya dibuka kepada anggota individu dan koperasi dan pada tahun 1981 nama koperasi ditukar kepada Bank Persatuan Kerjasama Seberang Perai Berhad. Nama koperasi sekali lagi ditukar ada tahun 1995 kepada Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad atau ringkasnya Bank Persatuan.

Turutan peristiwa[sunting | sunting sumber]

Semasa penubuhannya Pejabat Bank Persatuan terletak di Pejabat Jabatan Kemajuan Kerjasama Bukit Mertajam dan gaji kakitangan dibayar oleh pihak kerajaan. Pada masa itu aktiviti utama tertumpu kepada pembiayaan kredit dan pembekalan input pertanian. Gabungan Bank-Bank Persatuan pada tahun 1954 menubuhkan Bank Agung, ditukar nama kepada Bank Kerjasama pada tahun 1967 dan ditukar nama kepada Bank Rakyat pada tahun 1972 sehingga kini. Pada tahun 1973, Lembaga Pertubuhan Peladang ditubuhkan. Syarikat-syarikat kerjasama yang berasaskan pertanian di bawah naungan Bank Persatuan telah diserapkan di bawah LPP. Bank Persatuan mula membuka keanggotaannya kepada anggota individu pada tahun 1971.

Visi[sunting | sunting sumber]

Untuk menjadi Bank Koperasi Nasional Islam yang unggul, maju, berketerampilan dan sebagai lambang kejayaan gerakan koperasi negara.

Misi[sunting | sunting sumber]

Untuk memberikan pulangan pelaburan terbaik dan meningkatkan kebajikan serta taraf sosio ekonomi anggota.

Motto[sunting | sunting sumber]

BERSAMA KE PUNCAK KECEMERLANGAN

Objektif Bank Persatuan[sunting | sunting sumber]

1.Meningkatkan taraf sosio ekonomi anggota-anggota dengan menjalankan urusniaga perbankan.

2.Menjana keuntungan yang berterusan serta dinamik bagi memberi pulangan dividen terbaik kepada anggota dan peningkatan pembayaran zakat perniagaan.

3.Memenuhi keperluan sosial anggota hasil daripada keuntungan yang diperolehi seperti khairat kematian, dermasiswa, skim-skim kebajikan, rawatan perubatan, perlindungan takaful dan lain-lain lagi.

Aktiviti utama[sunting | sunting sumber]

1.Operasi Perbankan - Penerimaan deposit sebagai sumber dana.

2.Operasi Pembiayaan - Pengeluaran pelbagai jenis pembiayaan secara syariah kepada anggota individu & koperasi.

3.Menjana pendapatan daripada yuran pengurusan(komisen & fee).

4.Menjana pendapatan daripada akaun-akaun pelaburan.

5.Aktiviti pelaburan dalam saham yang disiar harga, tidak disiar harga dan saham amanah.

6.Pelaburan aset hartanah dan bangunan untuk perolehan sewa.

7.Aktiviti pembangunan perumahan dan hartanah.

Keanggotaan[sunting | sunting sumber]

1.Anggota Bank Persatuan terdiri daripada anggota individu dan anggota koperasi yang berdaftar dibawah Akta Koperasi 1993.

2.Bayaran minimum syer keanggotaan individu ialah sebanyak RM500.00 dan terbuka kepada Bumiputera Melayu warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun.

3.Had maksimum pelaburan syer bagi anggota individu adalah sebanyak RM5,000.00 berkuatkuasa 6 Julai 2009.

4.Bayaran minimum syer anggota koperasi ialah sebanyak RM3,000.00 dan terbuka kepada koperasi berdaftar yang keanggotaannya mestilah 100 % Bumiputera Melayu.

5.Had maksimum pelaburan syer bagi anggota koperasi adalah sebanyak RM50,000.00 berkuatkuasa 6 Julai 2009

6.Fee masuk keanggotaan dikenakan sebanyak RM 20.00

Perbankan Islam[sunting | sunting sumber]

1.Bank Persatuan mula melaksanakan Sistem Perbankan Islam pada tahun 1993 melalui pengenalan produk-produk yang dibangunkan melalui khidmat rundingcara Bank Islam dan sistem aplikasi dibangunkan Unitechnologies (UTM) Sdn Bhd.

2.Pada masa ini semua produk yang ditawarkan oleh Bank Persatuan adalah berasaskan syari’ah.

3.Bank Persatuan kini telah melaksanakan transaksi operasi perbankannya secara ‘on-line’ dengan semua cawangannya melalui sistem aplikasi yang dibangunkan oleh Microlink Solutions Berhad.

4.Bank Persatuan kini sedang melaksanakan kajian untuk menyediakan kemudahan ATM kepada pelanggan-pelanggannya dijangka pada akhir tahun 2009.

5.Bank Persatuan juga telah melaksanakan kajian untuk menyediakan kemudahan pembiayaan perumahan koperasi secara Islam Musyarakah Mutanaqisah pada hujung tahun 2009.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Pautan dalam[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]