Bank Scotland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bank of Scotland plc
Jenis Berstatut
Industri Kewangan dan insurans
Ditubuhkan 1695
Ibu pejabat North Bank Street, Edinburgh, Scotland
Produk Perkhidmatan kewangan
Pemilik HBOS plc
Pekerja 20,000
Laman web www.bankofscotland.co.uk

Bank of Scotland (bahasa Melayu: Bank Scotland) plc adalah sebuah bank perdagangan dan penjelasan, beribu pejabat di North Bank Street, Edinburgh, Scotland. Mula beroperasi pada abad ke-17, ia adalah bank tertua yang masih beroperasi di United Kingdom, dan satu-satunya institusi perdagangan yang ditubuhkan oleh Parliamen Scotland yang masih wujud. Ia juga adalah bank pertama di Eropah yang mencetak nota bank sendiri sehingga hari ini.

Sejak 10 September 2001, Bank Scotland membentuk sebahagian dari HBOS plc selepas bergabung dengan Halifax Group (dulunya Halifax Building Society). Bank ini memiliki 50% saham Sainsbury's Bank sementara 50% lagi dimiliki oleh J Sainsbury plc.

Pada 17 September 2007, Gabenor dan Syarikat Bank Scotland dikenali sebagai Bank Scotland plc, kesan dari akta HBOS Group Reorganisation Act 2006.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Jata asal Bank

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Bank Scotland ditubuhkan di bawah Akta Parlimen Scotland pada 17 Julai 1695, Akta untuk mendirikan sebuah Bank di Scotland, dan membuka perniagaannya pada bulan Februari 1696. Walaupun ditubuhkan selepas Bank England (1694), Bank Scotland adalah institusi yang berbeza. Bank England ditubuhkan untuk membiayai perbelanjaan pertahanan oleh kerajaan Inggeris sementara Bank Scotland ditubuhkan oleh kerajaan Scotland untuk menyokong perniagaan Scotland, dan dilarang dari meminjamkan wang kepada kerajaan tanpa izin parlimen [1]. Akta penubahan memberi bank monopoli perbankan awam di Scotland untuk 21 tahun, menbenarkan para pengarah bank untuk menaikkan £1,200,000 Pound Scotland (£100,000 Pound Sterling) modal nominal, memberikan pemegang sahamnya liabiliti terhad, dan dalam klausa terakhir (dimansuhkan hanya pada 1920) member semua pemegang saham rakyat Scotland kelahiran asing "untuk semua Niat dan Tujuan apa-apa". Warga Inggeris, John Holland adalah salah seorang pengasas bank. Ketua Akauntan pertamanya adalah George Watson.

Abad ke-18 dan ke-19[sunting | sunting sumber]

Bank Scotland memainkan peranan dalam menyalurkan wang untuk Pemberontakan Jacobite pertama pada 1715. Akibatnya, monopoli Bank berakhir pada 1716, dan pesaing utamanya, Bank Diraja Scotland telah ditubuhkan oleh Royal Charter pada 1727. Ini menyebabkan pesaingan besar yang lama di antara dua buah bank tersebut apabila mereka bersaing untuk menyingkirkan lawan masing-masing. Walaupun "Perang Bank" tamat pada sekitar 1740, pesaingan kemudian timbul dari sumber-sumber lain apabila bank-bank Scotland lain ditubuhkan. Sebagai tindak balas, Bank Scotland mula membuka cawangan di seluruh Scotland. Cawangan pertama di London dibuka pada 1865.

Bank juga mengambil inisiatif utama dalam menubuhkan pengawalan dan kestabilan keseluruhan sistem perbankan Scotland, yang menjadi penting selepas jatuhnya Bank Ayr pada 1772. Dengan kejatuhan Bank Barat pada 1857, Bank Scotland bersama bank-bank lain di Scotland langkah penyelamat untuk memastikan kesemua nota-nota Bank Barat telah dibayar.

Abad ke-20[sunting | sunting sumber]

Cawangan Bank di Dataran St Andrews, Edinburgh. Ini adalah ibu pejabat lama Bank Linen British.

Pada tahun 1950an, Bank Scotland terlibat dalam beberapa penggabungan dan pengambilan bank-bank lain. Pada tahun 1955, Bank bergabung dengan Union Bank of Scotland. Bank juga meluaskan perniagaannya ke kredit pengguna dengan pembelian North West Securities (now Capital Bank) yang beribu pejabat di Chester. Pada 1971, Bank bersetuju untuk bergabung dengan Bank Linen British Linen yang dimiliki oleh Barclays Bank. Penggabungan ini membolehkan Bank Barclays memperolehi suatu 35% kepentingan dalam Bank Scotland, dan kekal sehingga tahun 1990an. Bahagian perbankan perdagangan Bank Scotland dilancar semula sebagai Bank Linen British (sekarangnya dikenali sebagai Perkhidmatan Penbendaharaan HBOS).

Pada 1959 Bank Scotland menjadi bank pertama di UK untuk yang memasang komputer untuk memproses akaun secara berpusat. Pada pukul 11 pagi 25 Januari 1985, Bank memperkenalkan HOBS (Home and Office Banking Services) - suatu penggunaan awal teknologi akses dari jauh yang diadakan untuk pelanggan perbankan. Ini diikuti suatu perkhidmatan berskala kecil yang dibuat bersama dengan Nottingham Building Society untuk dua tahun tetapi dibangunkan oleh Bank Scotland. Perkhidmatan HOBS membenarkan pelanggan untuk mengakses akaun mereka secara terus di kaca televisyen, menggunakan rangkaian telefon Prestel.

Pengembangan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Dengan penemuan minyak di Lautan Utara di Scotland pada 1970an, Bank Scotland mengembangkan perniagaannya ke sektor tenaga. Bank kemudian menggunakan kepakaran ini dalam kewangan tenaga untuk pengembangan antarabangsa. Pejabat antarabangsa pertama dibuka di Houston, Texas, diikuti oleh cawangan lain di Amerika Syarikat, Moscow dan Singapura. Pada 1987, Bank mengambil alih Countrywide Bank of New Zealand (kemudiannya dijual ke Lloyds TSB pada 1998). Bank kemudian mengembangkan operasinya ke Australia dengan membeli Bank Australia Barat yang beribu pejabat di Perth.

Suatu tempoh kontroversi dalam sejarah Bank adalah percubaan untuk memasuki pasaran runcit perbankan Amerika Syarikat melalui usahasama dengan evangelist Pat Robertson. Usaha ini menerima bantahan dari kumpulan hak sivil di UK kerana pandangan kontroversi Robertson tentang homoseksualiti. Bank terpaksa membatalkan perjanjian itu apabila Robertson mengatakan Scotland sebagai suatu "tanah gelap yang dipenuhi golongan homoseksual". [2]

HBOS[sunting | sunting sumber]

Ibu pejabat di Jalan North Bank, Edinburg (jalan yang dinamakan sempena perpindahan bank di sana pada tahun 1806).

Pada lewat 1990an, pasaran sektor kewangan UK menghadapai proses konsolidasi besar-besaran. Banyak institusi kewangan menjadi bank atau bergabung dengan bank sedia ada. Antaranya Bank Lloyf dan Bank TSB yang bergabung pada 1995 untuk mendirikan Lloyds TSB. Pada 1999, Bank Scotland membuat tawaran pengambilalihan NatWest Bank. Bank Scotland adalah lebih kecil berbanding NatWest dan langkah ini dilihat sebagai suatu langkah yang berisiko. Apabila Royal Scotland membuat tawaran juga, suatu peperangan untuk mengambilalih Bank NatWest berlaku, yang akhirnya dimenangi oleh Royal Scotland.

Bank Scotland kini menarik perhatian untuk penggabungan lain. Satu cadangan untuk bergabung dengan Abbey National telah dikaji, tetapi kemudian ditolak. Pada 2001, Bank Scotland dan Halifax bersetuju bergabung untuk mendirikan HBOS ("Halifax Bank of Scotland"). Ibu pejabat entiti ini terletak di Edinburgh, dan jenama kedua bank akan terus digunakan.

Sejak itu, HBOS telah berkembang untuk menjadi bank keempat terbesar di UK dari segi nilai pasaran, dan peminjam pajak gadai terbesar UK. Di Scotland, kesemua cawangan Halifax telah dinamakan Bank Scotland, dengan jenama Halifax hanya digunakan untuk produk pajak gadai dan simpanan. Cawangan Halifax di England menggunakan jenama Bank Scotland untuk tujuan perniagaan.

Akta HBOS Group Reorganisation 2006[sunting | sunting sumber]

Pada 2006, HBOS diluluskan melalui HBOS Group Reorganisation Act 2006, suatu Akta Parlimen yang membenarkan Kumpulan untuk berjalan operasi dalam struktur yang lebih mudah. Akta ini membenarkan HBOS untuk menjadikan Gabenor dan Syarikat Bank Scotland sebagai sebuah syarikat awam terhad, Bank of Scotland plc, yang kini adalah subsidiari utama HBOS. Halifax plc dan subsidiari lain HBOS, Capital Bank plc, memindahkan aset dan liabiliti ke Bank Scotland plc, dan jenama Halifax dikekalkan.

Nota bank[sunting | sunting sumber]

Sekeping nota £50 Bank Scotland

Bank Scotland adalah bank yang pertama di Eropah yang berjaya mengeluarkan mata wang kertas yang boleh ditunaikan (kemudahan ini amat berguna dalam keadaan pencetakan duit syiling Scotland yang lemah pada akhir abad ke-17). Haknya untuk mengeluarkan nota bank dikekalkan sehingga hari ini, tetapi juga diberi ke bank lain selepas 1716 apabila monopoli Bank ditamatkan. Mengikuti Akta Kesatuan pada 1707, bank menyeliakan pencetakan duit syiling lama Scotland ke dalam Sterling.

Pada 1826 percubaan Parlimen United Kingdom untuk melarang penghasilan nota bank kurang daripada lima pound nilai muka mencetuskan kemarahan di Scotland. Sir Walter Scott telah menulis beberapa surat ke Edinburgh Weekly Journal di bawah pseudonym "Malachi Malagrowther" yang akhirnya memaksa kerajaan untuk berlembut dan membenarkan bank Scotland untuk terus mencetak nota £1. Kerana ini, gambar Sir Walter masih terdapat di semua nota Bank Scotland.

Isu terkini[sunting | sunting sumber]

Isu nota kini Bank Scotland menampilkan Sir Walter Scott di hadapan, dan di belakang dan juga menampilkan industri-industri Scotland yang berjaya:

Siri baru 2007[sunting | sunting sumber]

Sekeping nota £20 isu 2007

Bank Scotland mengeluarkan siri baru nota bank pada musim gugur 2007, yang bertemakan jambatan Scotland. Isu nota Bank Scotland ini dikeluarkan dari edaran sekurang-kurangnya tiga tahun.

Warna dan saiz semua nota baru adalah sama dengan reka bentuk terdahulu tetapi teks pada nota-nota lebih besar daripada yang terdahulu. Ini dibuat untuk bantuan bagi mereka yang mempuyai masalah penglihatan. 'Cornerstones' telah ditambahkan ke nota-nota baru. Corak-corak tanda air ini berada di semua sudut nota, yang akan memperbaiki lagi ketahanan nota-nota ini.

Ciri-ciri pengawalan baru juga ditambahkan dalam reka bentuk baru. Ini termasuk benang logam keselamatan terbenam di setiap nota bank, yang mengandungi nilai nombor di hadapan nota £20, £50 dan £100, yang menampilkan rencana Bank Scotland dan nilai nombor pada nota tersebut.

Polisi Gaelic[sunting | sunting sumber]

Walaupun bank ini beroperasi dalam masyarakat Gaelic di Scotland, ia masih beroperasi hanya dalam bahasa Inggeris pada awal tahun 1970an. Pada tahun 1972, aktivis Gaeli Iain Noble berjaya memujuk bank untuk mengeluarkan buku cek dalam bahasa Gaelic (sebenarnya dwi bahasa). Ia akhirnya menjadi popular dan diikuti oleh Royal Bank. Hari ini, bank mengiklankan dirinya di Highlands dan Hebridges dengan bahasa Gaelic "Banca na h-Alba", walaupun isu nota seterusnya tidak akan ada perkataan Gaelic yang menghampakan penyokong bahasa Gaelic.

Struktur Korporat[sunting | sunting sumber]

Bank mempunyai beberapa subsidiari dan jenama:

Senarai Gabenor Bank Scotland[sunting | sunting sumber]

  1. John Holland 1696-1697
  2. David Melville, 3rd Earl of Leven 1697-1728
  3. Alexander Hume, 2nd Earl of Marchmont 1728-1740
  4. Charles Hope, 1st Earl of Hopetoun 1740-1742
  5. Colonel John Stratton 1742
  6. John Hay, 4th Marquess of Tweeddale 1742-1762
  7. Hugh Hume, 3rd Earl of Marchmont 1763-1790
  8. Henry Dundas, 1st Viscount Melville 1790-1811
  9. Robert Dundas, 2nd Viscount Meville 1812-1851
  10. James Alexander, 10th Earl of Dalhousie 1851-1860
  11. John Campbell, 2nd Marquess of Breadalbane 1861-1862
  12. George Hamilton-Baillie, 11th Earl of Haddington 1863-1870
  13. John Hamilton Dalrymple, 10th Earl of Stair 1870-1903
  14. Alexander Hugh Bruce, 6th Baron Balfour of Burleigh 1904-1921
  15. William John Mure 1921-1924
  16. Sidney Herbert, 16th Baron Elphinstone 1924-1955
  17. Sir John Craig 1955-1957
  18. Steven Bilsland, 1st Baron Bilsland 1957-1966
  19. Henry Alexander Hepburne-Scott, 10th Lord Polwarth 1966-1972
  20. Ronald John Bilsland Colville, 2nd Baron Clydesmuir 1972-1981
  21. Sir Thomas Neilson Risk 1981-1991
  22. Sir David Bruce Pattullo 1991-1998
  23. Sir Alistair Grant 1998-1999
  24. Sir John Shaw 1999-2001
  25. Sir Peter Burt 2001-2003
  26. George Mitchell 2003-2006
  27. Dennis Stevenson, Lord Stevenson of Coddenham 2006-

Bola sepak[sunting | sunting sumber]

Bank Scotland menaja Liga Perdana Scotland sejak 1998 sehingga ke musim 2006/2007 apabila ia menolak mempebaharui tajaan untuk menaja sukan masyarakat yang lebih digemari.

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]