Bantahan politik Thai 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bantahan politik Thai 2010 ialah satu siri bantahan pada 2010 terhadap kerajaan Abhisit Vejjajiva di Thailand. Bantahan ini merupakan kesinambungan krisis politik Thailand 2008 dan bertukar menjadi ganas pada Mac-April 2010.

Pada 26 Februari, Mahkamah Agung Thailand merampas sebahagian aset bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra berjumlah 46.3 bilion baht (RM4.7 bilion).[1] Lanjutan itu, Barisan Bersatu bagi Demokrasi Menentang Diktator (UDD) mengumumkan akan mengadakan perarakan bantahan besar pada hari Sabtu, 13 Mac 2010 di tengah kota Bangkok. Perarakan ini secara amnya berlalu dengan aman.

Pada 10 April pula, situasi berubah menjadi ganas apabila pembantah bertindak balas terhadap cubaan askar kerajaan meleraikan pendudukan mereka. 21 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 800 lagi cedera.[2]

Salah satu simbol bantahan UDD: penepuk merah dalam bentuk kaki

Perarakan penyokong Thaksin Mac[sunting | sunting sumber]

Penganjur perarakan ini ialah Barisan Bersatu bagi Demokrasi Menentang Diktator (UDD), juga dikenali sebagai 'si baju merah', dipimpin oleh Veera Musikapong. Mereka menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra sejak sekian lama. Perhimpunan dan perarakan aman akan diadakan selama seminggu sehingga kerajaan dibubarkan. Jatuporn Prompan menyatakan perhimpunan protes turut diadakan di seluruh Thailand.

Mereka menyertai demonstrasi ke arah demokrasi dan menamatkan ketidakadilan. Perdana Menteri Thailand gagal melaksanakan keadilan dan demokrasi. Parlimen Thailand hendaklah dibubarkan dan mengadakan pilihan raya bagi memilih perdana menteri baru.

UDD mendakwa kerajaan campuran enam parti pimpinan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva tidak sah kerana bukan dipilih oleh rakyat. Sebaliknya dibentuk oleh tentera dalam 'rampasan kuasa senyap' selepas sebuah parti pemerintah yang pro-Thaksin dibubarkan.

Jeneral Prem Tinsulanonda menjadi sasaran kerana menjadi dalang dalam rampasan kuasa tentera yang menggulingkan Thaksin pada 2008. Prem juga presiden Majlis Privi yang memberi nasihat kepada raja Thai. Prem juga bertindak sebagai penasihat Bank Bangkok, antara bank terbesar di Thailand. Prem mengatur Bank Bangkok untuk membina sebuah padang golf yang mencerobohi Taman Perlindungan Hidupan Liar Khao Soi Dao di tenggara Thailand.[3]

Thaksin yang banyak membantu orang miskin di utara Thailand didapati rasuah dan salah guna kuasa oleh mahkamah. Kini, Thaksin berada di Dubai bago mengelak dipenjarakan atas tuduhan rasuah. Dia pernah berada di Kemboja, menjadi penasihat ekonomi Perdana Menteri Kemboja Hun Sen. Melalui laman sosial Twitter, Thaksin menyeru orang ramai menyertai demonstrasi hujung minggu itu.[4]

Taktik dan strategi[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Mac 2010, si baju merah (UDD) berkumpul secara aman di hadapan markas Rejimen Infantri ke-11 di daerah Bang Khen. Dr Panitan Wattanayagorn melaporkan bahawa 2 anggota tentera cedera ringan akibat serangan bom tangan M79 di Rejimen Infantri ke-1 di Jalan Vibharudi Rangsit.

Kumpulan anti kerajaan Thailand mengancam untuk menyimbah darah mereka di Rumah Kerajaan iaitu pejabat Perdana Menteri di Bangkok, pada jam 6 petang, 16 Mac 2010 sekiranya kerajaan masih enggan membubarkan Parlimen. Natthawut Saikua selaku pemimpin Barisan Bersatu bagi Demokrasi Menentang Diktator (UDD) menyatakan mereka akan menghiris darah daripada 100,000 penunjuk perasaan di pentas berhampiran Jambatan Phan Fa, Ratchadamneon Avenue.

Darah akan disimbah ke pejabat Parti Demokratik, di Jalan Setthasiri, dan kediaman rasmi Perdana Menteri Thailand. Apa yang penting Abhisit Vejjajiva tidak boleh meneruskan kerja-kerjanya, berundur dan membuarkan Parlimen dan pilihan raya baru diumumkan.[5]

Kira-kira 50,000 anggota tentera dikerahkan ke kota Bangkok kerana si baju merah datang dari pelbagai penjuru. Kebanyakan mereka datang dari Chiang Mai di utara dan Udon Thani di timur laut Bangkok. Kawasan ini ramai penyokong tegar Thaksin.

Kerajaan juga akan memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu memenjarakan seseorang tanpa bicara. Perintah berkurung dan mengehadkan pergerakan turut dikenakan kepada seluruh penduduk Bangkok.[6]

Bantahan[sunting | sunting sumber]

Perarakan pada Ahad 14 Mac merupakan yang terbesar dalam sejarah Thai, dan berlangsung secara aman.[7] Bagaimanapun, saluran TV percuma Thailand, yang dikawal kerajaan atau tentera, mendakwa terdapat cuma 25,000 pembantah di tapak utama di Jambatan Phan Fah.[8]

Perhimpunan pada 20 Mac

Bantahan ini berterusan dengan para penunjuk perasaan kekal di Bangkok selepas perarakan. Beberapa bahagian penting di Bangkok telah diduduki pembantah.

Bertambah buruk[sunting | sunting sumber]

Pada 8 April, Abhisit mengisytiharkan perintah darurat di Bangkok dan lima wilayah berdekatan. Ini membolehkan tentera menahan sesiapa yang dianggap ancamaan kepada keselamatan negara, menapis media, dan menegah perhimpuran melebihi lima orang.[9]

Pada 10 April, bantahan bertukar ganas apabila askar kerajaan cuma mengambil kembali kawalan beberapa kawasan di Bangkok yang telah diduduki pembantah.[10] Askar menembak peluru getah dan gas pemedih mata kepada himpunan pembantah, yang membalas dengan bom petrol dan bom tangan.[10] 21 orang dilaporkan terbunuh, termasuk seorang jurukamera Reuters.[2] Lebih 800 lagi cedera.[2] Tentera kemudian berundur.[10]

15 Mei, 10:08 AM waktu tempatan: Lori sampah terbakar akibat pertempuran di simpang Jalan Rama 4 dan Soi Ngam Duphli

Pada 14 Mei, unit-unit polis dan tentera Thai tiba untuk mengepung dan menyuraikan kem utama pembantah, dan berdepan dengan tentangan hebat daripada puak baju merah sehingga menyebabkan kematian dua orang dan puluhan lagi cedera, termasuk Mejar-Jeneral Tentera Thai Khattiya Sawasdipol yang membelot angkatan kerajaan untuk menjadi penasihat Baju Merah mengenai perihal keselamatan dan pertahanan.[11]

Menjelang petang 15 Mei waktu tempatan, angka kematian telah meningkat kepada 24, dengan lebih 179 cedera. Pertempuran masih berlaku.[12]

Pada 16 Mei, jumlah kematian meningkat kepada 33, dengan bilangan yang cedera mencecah 230. Kerajaan menggesan golongan berusia terlalu muda atau terlalu tua agar meninggalkan kem sebelum tengah hari Isnin sekiranya tentera bertindak keras.[13] Khattiya Sawasdipol meninggal dunia akibat tertembak pada 17 Mei.[14]

Pada 17 Mei, helikopter tentera Thai menabur risalah ke arah perkhemahan utama Baju Merah untuk menggesa mereka agar meninggalkan tempat itu, tetapi dibalas dengan tembakan roket buatan tangan ke arah helikopter. Perkhemahan mereka dikepung di semua arah, sementara kerajaan Thai government menetapkan batas waktu 3:00 petang waktu tempatan untuk puak Baju Merah berundur. Pertempuran berterusan apabila tentera Thai menembak-nembak terus ke arah sesiapa yang bergerak-geri di perkarangan tapak penunjuk perasaan, sambil menerima tembak balas Baju Merah dalam bentuk mercun.[15] Pada akhir hari, jumlah mangsa mencecah 37 mati dan 266 cedera.[16]

Pada 19 Mei, Tentera melakukan serbuan habis-habisan dengan menggunakan APC lalu menumpaskan pertahanan baju merah sehingga menyebabkan lima orang terbunuh, termasuk seorang wartawan Itali, dan dua lagi askar cedera parah dalam serangan bom tangan. Ketua-ketua pembantah menyerah diri kepada polis demi mengelakkan pertumpahan darah berpanjangan. Kebanyakan pembantah mengebu ketua mereka yang mengisytiharkan berakhirnya tunjuk perasaan dan tidak mengikut langkah mereka menyerah diri kepada pihak berkuasa. Perbalahan puak baju merah dengan tentera berterusan di kebanyakan kawasan bandaraya. Puak baju merah membakar bangunan Bursa Saham, bank-bank, dua pusat beli-belah (termasuk Central World di tapak bantahan utama mereka), sebuah stesen TV, sebuah pawagam yang ranap sama sekali, dan hotel-hotel yang membina perintang sebagai perlindungan. Jumlah kematian sejak 14 Mei dilaporkan berada pada takat 44 orang.[17] There were reports of clashes in Thailand's northern provinces after the surrender was announced, resulting in a town hall being burned by red shirts in Udon Thani.[18] Since May 14th, 51 people have been killed in clashes, 12 of whom died during the army crackdown and subsequent fighting in Bangkok. [19]

Kesan[sunting | sunting sumber]

Kerajaan campuran kini dalam kucar-kacir, manakala situasi politik yang tidak menentu meresahkan pelabur selain menjejaskan pasaran saham. [20]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mahkamah Thai Perintah Supaya Dirampas 46.3 Bilion Baht Aset Thaksin Diarkibkan 2016-03-04 di Wayback Machine Bernama
  2. ^ a b c "21 killed, more than 800 injured in Thailand political violence". Kyodo News. 11 April 2010. Dicapai pada 11 April 2010.[pautan mati kekal]
  3. ^ 'Baju Merah' tunjuk perasaan depan Bangkok Bank Utusan Online
  4. ^ Thaksin seru anjur protes besar-besaran Utusan Online
  5. ^ Kumpulan Baju Merah Ancam Simbah Darah Di Pejabat Perdana Menteri Bernama
  6. ^ Penyokong Thaksin mula berkumpul di Bangkok Utusan Online
  7. ^ IPS, In Convoys of Red, Rural Masses Stage Historic Protest Diarkibkan 2010-03-16 di Wayback Machine, 14 Mac 2010
  8. ^ CSM, Biased TV stations intensify divides in Thailand protests, 22 Mac 2010
  9. ^ Armour, troops on streets; Gunfire in scuffle after PM declares emergency Diarkibkan 2012-04-27 di Wayback Machine MCOT
  10. ^ a b c Robin Henry (10 April 2010). "Nine dead as Thai troops clash with Red Shirt protesters". Times Online. Dicapai pada 10 April 2010.
  11. ^ Deadly clashes as police besiege Bangkok protesters BBC NEWS pada 14 Mei 2010
  12. ^ "Thai violence spirals, both sides seek reinforcements". theStar. 2010-05-15. Dicapai pada 2010-05-16.
  13. ^ http://www.timesonline.co.uk/tol/news/world/asia/article7128358.ece
  14. ^ http://www.nationmultimedia.com/home/2010/05/17/politics/Seh-Daeng-pronounced-dead-at-920-am30129546.html
  15. ^ Y&feature=channel Ceasefire Call Amid Battle for Bangkok
  16. ^ "Thai govt says no peace talks unless protests end". Yahoo! News. 18 May 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-20. Dicapai pada 18 May 2010.
  17. ^ http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/thailand/7739025/Thailand-protests-Red-shirts-surrender-as-army-storms-Bangkok-camp.html
  18. ^ http://www.rte.ie/news/2010/0519/thailand.html
  19. ^ http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/thailand/7741635/Bangkok-in-flames-as-protesters-refuse-to-back-down.html
  20. ^ Baju Merah mahu lancar protes besar-besaran