Bantuan:Sumbangan pengguna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Descriptions of features on MediaWiki "user contributions" page

Laman sumbangan pengguna merupakan laman janaan automatik yang menyenaraikan suntingan-suntingan yang dibuat oleh seseorang pengguna di Wikipedia.

Anda boleh menyemak sumbangan anda sendiri untuk mengingati semula laman-laman mana yang pernah anda usahakan (dan juga mengaksesnya lagi dengan mudah), dan juga untuk melihat sama ada adanya suntingan susulan selepas suntingan anda. Ini merupakan alternatif cepat untuk mengakses senarai pantau anda, khususnya jika senarai pantau anda mengandungi banyak laman. Laman sumbangan pengguna lain juga boleh diakses dan berguna untuk melihat sumbangan pengguna lain. Ia boleh digunakan untuk mengesan laku musnah, pencabulan hak cipta, dan sebagainya.

Laman sumbangan pengguna[sunting | sunting sumber]

Mengakses[sunting | sunting sumber]

  • Laman sumbangan anda sendri. Untuk mengakses laman sumbangan pengguna anda sendiri, klik Sumbangan saya di atas halaman, atau taipkan Khas:SumbanganSaya dalam ruangan Cari.
  • Laman sumbangan pengguna lain. Untuk mengakses sumbangan seseorang pengguna log masuk (akaun bernama), pergi ke laman penggunanya (cth. User:Example) dan klik pautan Sumbangan pengguna yang tersenarai di bawah menu Alatan di sebelah kiri skrin. Ini berkesan walaupun laman pengguna belum dibuat (iaitu terpaparnya ruangan penyuntingan).
  • Sumbangan daripada alamat IP. Untuk mengakses sumbangan pengguna tanpa nama (yang dikenali dengan alamat IP), gunakan salah satu kaedah berikut:
    • Klik alamat IP di mana ia muncul dalam senarai pantau anda, sama ada dalam Perubahan terkini atau dalam Sejarah laman.
    • Isikan alamat IP itu ke dalam ruangan Cari dan tekan Pergi.
    • Jika pengguna itu disekat, maka terdapat satu pemberitahuan akan dipaparkan dalam petak merah di atas sekali skrin sumbangan.

Ingatlah bahawa sesuatu alamat IP awam mungkin pernah digunakan oleh pelbagai pengguna pada masa-masa yang berbeza. Begitu juga, seseorang pengguna mungkin telah memakai berbilang alamat IP dan/atau nama pengguna (iaitu mungkin penggunaan berbilang akaun secara tidak munasabah, atau "boneka"). Apabila seseorang pengguna menggunakan akaun gantian secara munasabah, akaun-akaun gantian sewajarnya dicamkan dengan jelas oleh pengguna berkenaan. Walau apapun, setiap akaun atau alamat IP mempunyai laman sumbangan tersendiri.

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah satu contoh laman sumbangan pengguna (wajah semasa Wikipedia mungkin sedikit berbeza):
Contoh laman sumbangan pengguna

  1. Nama pengguna atau IP penyumbang
  2. Borang pencarian yang membolehkan anda mencari mengikut nama pengguna, alamat IP, tarikh, atau ruang nama (seperti Templat).
  3. Senarai suntingan, ditunjukkan dari terbaru hingga terlama. Setiap suntingan mengambil tak lebih satu baris yang mengandungi:
  4. Waktu dan tarikh suntingan yang dipaparkan dalam format kegemaran anda.
  5. (seja) membawa anda ke sejarah laman di mana anda boleh melihat semua suntingan yang dibuat pada laman itu. Ini mungkin berguna jika seseorang telah mengemas kini suatu laman yang anda pernah usahakan, dan anda ingin melihat perubahan itu.
  6. (beza) membawa anda ke laman perbezaan antara semakan yang menunjukkan perubahan antara suntingan itu dan semakan sebelumnya. Semakan selepas suntingan itu muncul di bawah perubahannya di mana anda boleh melihat hasil suntingan tersebut.
  7. k menandakan suntingan kecil; B menandakan laman baru.
  8. Nama semasa laman yang disunting.
  9. ringkasan suntingan, iaitu keterangan yang dituliskan oleh penyunting itu (atau dihasilkan secara automatik dalam hal-hal tertentu). Jika ringkasan itu bermula dengan pautan anak panah dan teks kelabu, maka pengguna itu hanya menyunting bahagian yang dinyatakan dalam laman itu sahaja. Wikipedia membubuh yang ini secara automatik setelah anda menyunting bahagian sahaja.
  10. (puncak) menandakan bahawa suntingan itu ialahn semakan semasa, iaitu keadaan laman berkenaan adalah sama dengan yang kali terakhir disimpan oleh penyunting itu. Ini boleh digunakan untuk memantau laman (jika suntingan terakhir anda pada laman anda tidak menunjukkan (puncak), maka laman itu sudah pun diubah).
  11. Jika seseorang penyunting telah membuat sejumlah suntingan yang mencecah muatan satu muka surat, pada baris ini terdapat pautan kepada suntingan terkini (Terkini), suntingan terlama (Terawal) ataupun muka surat suntingan yang berikutnya atau sebelumnya (n berikutnya / n sebelumnya).
  12. Nombor-nombor biru menyenaraikan bilangan suntingan yang dipaparkan pada satu muka surat: 20, 50, 100, 250 atau 500. Nombor yang anda pilih itu menggantikan n pada pautan ke muka surat yang berikutnya atau sebelumnya, cth. (100 berikutnya / 100 sebelumnya). Paparan sehingga 5000 suntingan semuka surat boleh dicapai dengan mengubah suai URL.

Tidak ditunjukkan dalam contoh ini: terdapat suntingan yang diberi tag oleh penapis salah guna (cth: (Tag: rujukan digugurkan)); tag yang digunakan itu terpapar selepas ringkasan suntingan. Tag tidak boleh dibubuh atau dibuang secara manual, dan bertujuan untuk membantu para penyunting untuk mengenal pasti sebarang suntingan yang bermasalah untuk diperiksa; ini tidak semestinya membuktikan bahawa suntingan itu bermasalah.

Para pentadbir dan pengguna-pengguna lain yang memiliki peralatan khas menikmati pilihan tambahan pada laman sumbangan.

Maklumat berikut tidak selalu timbul:

  • Suntingan daripada laman yang dihapuskan selepas itu (melainkan laman itu, termasuk semakan yang berkenaan, telah dipulihkan). Jika semakan berkenaan telah dipulihkan tetapi bukan yang sebelumnya, maka hakikat bahawa pengguna itu telah menyunting laman itu dipelihara, termasuk waktu dan ringkasan suntingan, dan hasilnya, tetapi bukan perubahannya. Pentadbir boleh menggunakan Special:DeletedContributions untuk melihat semakan yang belum dipulihkan. Bagaimanapun, adalah mustahil untuk membuat laman perbezaan antara semakan secara terus.
  • Memuat naik imej baru yang sama nama dengan yang sudah wujud, sekaligus menggantikannya
  • Penghapusan atau pemulihan laman (jika pengguna itu merupakan pentadbir). Untuk ini, gunakan Special:Logs.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]