Banu Nadhir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Serangan terhadap Bani Nadhir
The Prophet's Seal.jpg
Lukisan mohor Nabi Muhammad (SAW)
Maklumat am
Tarikh 17 Mac 624 M / 17 Ramadhan 2 H
Lokasi Madinah
Hasil Kemenangan Islam[1]
Pihak yang berperang
Muslim dari Madinah Bani Nadhir
Komander dan pemimpin
Nabi Muhammad (SAW)
sunting
Lihat pendokumenan templat ini


Bani Nadhir atau Banu Nadhir (Bahasa Arab: بنو النظير‎) merupakan segolongan puak daripada kaum Yahudi yang menetap di kawasan Lembah Hijaz berdekatan kota Madinah sehingga abad ketujuh Masihi. Kawasan perkampungan mereka terletak di Wadi Mudzaineb (di tenggara kota suci Madinah Al Munawwarah. Jarak perkampungan itu terletak kira-kira 3.5 kilometers (2.2 bt) dari Masjid Nabawi dan kira-kira 1 kilometer (0.62 bt) dari Masjid Quba. Kini bekas tapak perkampungan itu sahaja masih tinggal tetapi masyarakat Yahudi Banu Nadhir sudah tiada.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada awalnya puak Banu Nadhir terikat dengan perjanjian dengan kaum Muslim Madinah, namun atas sikap mereka (Banu Nadhir) yang suka bermusuhan dan selalu mengingkari perjanjian, mereka beberapa kali cuba dan berusaha membunuh Nabi Muhammad (SAW), tetapi kerja jahat mereka itu tidak berhasil dan menemui kegagalan.

Akhirnya, atas perintah Allah, Nabi Muhammad SAW telah menghalau dan mengusir mereka dari bumi Madinah.

Serangan terhadap Bani Nadhir berlaku pada bulan Ogos 625 M (Rabi al-Awwal, 4 H)[1][2] Kejadian ini digambarkan dalam Surah al-Hasyr (Surah 59) yang memerikan pembuangan negeri dari Madinah yang dikenakan terhadap Bani Nadhir selepas mereka didakwa mahu membunuh Nabi Muhammad.[3]

Mengikut kisah yang terkandung dalam Sirah berjudul The Sealed Nectar karya Saif ur-Rahman Mubarakpuri, serangan itu dilakukan kerana Malaikat Jibrail (AS) memaklumkan Nabi Muhammad bahawa beberapa orang anggota Bani Nadhir berkomplot mahu membunuh baginda.[1] Penulis Barat seperti W Montgomery Watt pula berpendapat ia susulan kritikan Yahudi terhadap Nabi Muhammad dan keraguan yang dibangkitkan mereka tentang sama ada al-Quran itu benar-benar Kalam Allah.[4]

Mengikut buku Sealed Nectar juga, pengepungan tidak mengambil masa yang lama dan Yahudi Bani Nadhir dengan rela hati mematuhi perintah Nabi Muhammad dan seterusnya meninggalkan kota Madinah. Kafilah mereka termasuk 600 unta yang mebawa barangan kaum tersebut dan juga ketua-ketua mereka, Huyai bin Akhtab dan Salam bin Abi al-Huqaiq, yang berlepas menuju Khaibar sementara yang lain menuju ke Syam. Dua orang daripada mereka memeluk Islam dan dengan itu dibenarkan menyimpan harta masing-masing. Nabi Muhammad merampas senjata, tanah, rumah dan kekayaan mereka yang kemudiannya dibahagi-bahgikan kepada para Muhajirin dan dua orang Ansar yang miskin.[1] Bani Nadhir juga bertempur dengan tentera Islam kemudiannya dalam Pertempuran Khaibar.

Dalam hal pembuangan negeri, suku Yahudi Bani Quraizah berkecuali, dan begitu juga Abdullah bin Ubai (ketua Bani Khazraj yang menjadi sekutu Nadhir) serta suku Arab Bani Ghatafan. Mereka berjanji membantu Bani Nadhir tetapi melanggar janji. Dilaporkan bahawa Ayat Kesebelas Surah al-Hasyr diturunkan kerana kejadian ini[1]:

“Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang munafik itu? Mereka tergamak berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir dari kalangan (kaum Yahudi) ahli Kitab: "Sesungguhnya, kalau kamu dihalau keluar sudah tentu kami akan keluar bersama-sama kamu, dan kami tidak akan tunduk taat kepada sesiapapun untuk menentang kamu selama-lamanya; dan kalau kamu diperangi, sudah tentu kami akan membela kamu!" Padahal Allah mengetahui dan menyaksikan bahawa sebenarnya mereka adalah pendusta.”[al-Quran 59:11 (Basmeih)]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 Rahman al-Mubarakpuri, Saifur (2005), The Sealed Nectar, Darussalam Publications, ms. 189  (online)
  2. Tabari, Al (25 Sep 1990), The last years of the Prophet (translated by Isma’il Qurban Husayn), State University of New York Press 
  3. Jamie Stokes (2005), Encyclopedia of the Peoples of Africa and the Middle East, Volume 1, Infobase Publishing, ms. 99, ISBN 978-0-8160-7158-6, "According to Islamic tradition, the Bani Nadir were expelled from Medina in 625 after being implicated in a plot to assassinate Muhammad" 
  4. Tabari, Al (2008), The foundation of the community, State University of New York Press, ms. xxxv, ISBN 978-0-88706-344-2, "The main underlying reason for the expulsion of the clan of al-Nadir was the same as in the case of Quaynuqa, namely, that Jewish criticisms endangered teh ordinary Muslim's belief in Muhammad's prophethood and in the Quran as revelation from God." 

Rujukan[sunting | sunting sumber]