Bar gay

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Comptons of Soho, London, UK. Diambil semasa London Pride 2010.

Bar gay ialah tempat minum yang disajikan untuk pelanggan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT); istilah gay digunakan bagi menyatakan konsep penerimaan meluas bagi komuniti LGBT.

Bar-bar gay ini dianggap sebagai pusat bagi kebudayaan gay dan menjadi satu daripada beberapa tempat bagi mereka yang mempunyai orientasi seks sesama jenis dan pelbagai jantina bersosial secara terbuka. Nama-nama lain turut digunakan bagi tempat sebegini termasuklah bar lelaki, bar wanita, kelab gay, pub gay, bar queer, bar lesbian, bergantung kepada niche komuniti yang mereka sajikan.

Dengan perkembangan internet dan peningkatan penerimaan terhadap komuniti LGBT di dunia Barat, kewujudan bar gay dalam komuniti LGBT menjadi semakin berkurangan.[1] Di kawasan yang tiada bar gay, sesetengah tempat hanya mengadakan malam gay sahaja.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Geoff Williams (19 September 2007). "10 Businesses Facing Extinction in 10 Years". Entrepreneur. Dicapai pada 2008-11-26.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]