Barisan Bersatu bagi Demokrasi Menentang Diktator

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Barisan Bersatu bagi Demokrasi Menentang Diktator (Bahasa Thai: แนวร่วมประชาธิปไตยต่อต้านเผด็จการแห่งชาติ; นปช.; bahasa Inggeris: United Front for Democracy Against Dictatorship, UDD) lebih dikenali dengan pakaian baju merah di Thailand. Mereka anti kerajaan dan menyokong mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra . Modus operandi UDD sama dengan PAD (baju kuning).

Krisis Thailand berpunca dari era pentadbiran Thaksin , rampasan kuasa 19 September 2006 dan penggubalan Perlembagaan Thailand yang tidak adil.[1] Thaksin dilantik sebagai Perdana Menteri dipilih secara demokrasi dan menang besar dalam dua pilihan raya sebelumnya. Thaksin Shinawatra digulingkan sewaktu menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada 19 September 2006 .Akibatnya Thaksin hidup dalam buangan, dituduh rasuah, harta dirampas oleh mahkamah Thailand dan kini menjadi warganegara Montenegro.

Lokasi perhimpunan UDD ialah di Ratchaprasong dan Salom ,Wat Bovornniwes, Wat Tri Thosathep, Wat Makutkasattiyaram, Wat Kae Nang Leong, Wat Sommanas Viharn, Nank Leong Stadium, Dusit Zoo dan Universiti Teknologi Rajamangala. Mereka mahu menghimpun 1 juta penunjuk perasaan, tetapi gagal. Dr Panitan Wattanayagorn menganggarkan sekitar 40,000 hingga 50,000 penunjuk perasaan hadir. Bilangan baju merah ini berubah dari semasa ke semasa.

Pentas utama perhimpunan terletak di jambatan Phan Fa, di Ratchadamneon Avenue. Imej mereka ialah baju merah, lilit kepala merah dan topi merah .

Tujuan[sunting | sunting sumber]

Tujuan dan tuntutan UDD bertambah dari semasa ke semasa. :

  1. Menuntut Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva meletak jawatan. Abihisit mestilah dipertanggungjawabkan terhadap kematian penunjuk perasaan. Abhisit dituduh mengambil alih kuasa secara tidak sah.
  2. UDD setuju pilihan raya baru tetapi menuntut Parlimen dibubarkan dalam tempoh 15 hari.
  3. UDD menuntut tentera undur, kembali ke kem dan tidak perlu mengawal lima kuil, sebuah universiti, sebuah stadium dan sebuah zoo di Bangkok.
  4. Liberalisasi Thailand daripada masyarakat mengikut kelas.
  5. Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban hendaklah didakwa oleh polis.Beliau menjadi ketua Pusat Resolusi Keadaan Darurat.[2]
  6. Semua pegawai kerajaan hendaklah berhenti berkhidmat dengan kerajaan supaya Abhisit berhenti serta-merta.

Pemimpin UDD[sunting | sunting sumber]

Antara pemimpin UDD ialah :

  1. Natthawut Saikua - berikrar mengadakan perhimpunan secara aman.
  2. Veera Musikapong - menuntut kerajaan diktator dan elitis sekarang dibubarkan dalam tempoh 24 jam.
  3. Jatuporn Prompan - berunding dengan tentera. Kawalan tentera memberi gambaran Thailand tidak demokrasi dan ditadbir oleh tentera.[3]
  4. Kwanchai Praipanna - pemimpin kanan[4]
  5. Dr Weng Tojirakarn - sama-sama berunding dengan Abhisit Vejjajiva.
  6. Arisman Pongruangrong - berjaya melepaskan diri dari hotel pada 17 April 2010 . Dia digelar pengganas kerana pendirian radikal kerana mengetuai serbuan terhadap sidang kemuncak Asia Tenggara 2009 di Pattaya yang memaksa persidangan dibatalkan. [5]Dua pegawai polis, seorang kolonel dan seorang mejar jeneral ditawan untuk memastikan beliau selamat.

Tentera dan polis Thailand tidak mengambil sebarang tindakan dengan harapan perhimpunan akan tamat dengan sendiri. UDD akan terus mengadaan perhimpunan aman walaupun kerajaan menggunakan kekerasan - menangkap dan menembak penunjuk perasaan.

Mereka mendapat semangat baru apabila pegawai kanan tentera turut menyokong . 'Askar tembikai' merujuk kepada pemimpin tentera yang berseragam hijau dan berhati merah yang simpati dengan perjuangan mereka.

Taktik dan strategi UDD[sunting | sunting sumber]

UDD berjaya menghimpunkan ribuan penyokong dengan imej baju merah untuk berhimpun di kawasan perniagaan di Bangkok, Thailand dari Mac, April dan Mei 2010. Mereka sanggup tidur baring di tengah jalan raya Bangkok sambil mendengar karaoke dari pentas yang didirikan. Bagi menguatkan desakan mereka, tayar, buluh dan kayu panjang digunakan sebagai benteng dan senjata menghalang kemaraan polis dan tentera Thailand.

Pentas khas dibina berhampiran Jambatan Phan Fa .Persembahan karaoke , nyanyian dan persembahan kebudayaan diadakan . Alat berbentuk tapak kaki berwarna merah turut digunakan.

Perarakan jalanan sambil membawa bendera merah dan riben merah yang berkibar serta membunyikan hon kenderaan. Mereka membawa pelekat dan sepanduk ‘Baju Merah sayang penduduk Bangkok.’ Perarakan ini membabitkan trak pikap dari luar bandar, teksi, bas mini, sedan mewah dan kenderaan beroda tiga di ibu kota ini dipanggil ‘tuk-tuk.’

  1. 21 Mac : Kempen derma darah berjaya mengumpul 80 gelen dan dipindahkan ke dalam puluhan jag plastik besar. Kemudian dipercik ke pejabat Abhisit, di ibu pejabat parti pemerintah dan kediaman peribadinya. Lukisan dan puisi berdarah juga dihasilkan.[6]
  2. 10 April : 12,000 penunjuk perasaan serbu Thaicom Teleport dan DTH Centre, sehari selepas kerajaan menarik balik penyiaran People Television (PTV) .Mereka cuba mengembalikan semula saluran antikerajaan.Waran tangkap dikeluarkan terhadap 24 pemimpin penunjuk perasaan Baju Merah.[7]
  3. 13 April : Perarakan usung keranda mayat penunjuk perasaan diadakan di seluruh Bangkok terutama di tapak bersejarah Ayuthia dan Chinatown.Sesi berkabung untuk mereka yang terkorban diadakan.[8]
  4. 30 April : Baju merah menyerbu Hospital Chulalongkorn untuk mencari tentera yang mungkin bersembunyi. Pemimpin Baju Merah, Dr Weng Tojirakarn meminta maaf di atas tindakan menceroboh oleh baju merah itu. Ratusan pesakit dipindahkan ke hospital lain , mengurangkan rawatan pesakit luar dan menangguh semua pembedahan kecuali bagi kes kecemasan.[9]
  5. Bertempur menggunakan senjata. Pusat Penyelesaian Situasi Kecemasan (CRES) menyatakan baju merah membawa senapang dan bom ketika pertempuran di persimpangan Khok Wua. Tentera terpaksa berundur dari Rajdamnoen. [10]

Tindakan kerajaan[sunting | sunting sumber]

Pada peringkat awal, kereta perisai tentera dikerah mengawal tanpa tindakan kekerasan.Pusat Penyelesaian Situasi Kecemasan (CRES) Kolonel Sansern Kaewkamnerd menyatakan kereta perisai itu bertujuan melindungi tentera dari diserang.Pada 10 April, 25 orang, termasuk 20 orang awam dan 5 tentera terbunuh dan lebih 800 cedera apabila pihak tentera cuba mengambil semula kawasan di sekitar Ratchadamneon Avenue.

Akibatnya beberapa kereta perisai dan trak tentera dirampas dan dibakar. Dawai kawat dipasang bagi menyekat kebanjiran penyokong dan bekalan makanan. Abhisit sendiri terpaksa tidur dan bekerja dari sebuah kem tentera.

30 Mac , Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva menawarkan diadakan pilihan raya. Abhisit berunding kali ke-2 kedua dengan pemimpin UDD di Institut Prajahipok di wilayah Nonthaburi. Rundingan itu disertai oleh Setiausaha Agung kepada Perdana Menteri, Korbsak Saphawasu dan Ahli Parlimen Demokrat Chamni Sakdiset. Pemimpin UDD ialah Veera Musikapong, Jatuporn Prompan dan Dr Weng Tojirakarn.[11] Topik rundingan mereka ialah pembubaran Parlimen, rampasan kuasa pada 2006 sebagai punca masalah politik sekarang, pindaan Perlembagaan, campur tangan tentera dalam politik dan perarakan besar-besaran.

11 April : tentera memasuki kawasan Monumen Demokrasi Bangkok, dekat Jalan Khao San. Kolonel Sansern Kaewkamnerd menuduh penunjuk perasaan melepaskan tembakan pelutru hidup tetapi dinafikan.Jrucakap APTN melihat dua pengawal keselamatan Baju Merah membawa raifal penggempur.Empat askar dan 17 orang awam termasuk seorang jurukamera Jepun (Hiro Muramoto, 43) yang bertugas untuk Reuters terbunuh dalam keganasan itu, manakala lebih 800 lagi cedera. [12]

Kerajaan menghantar sms kepada pemimpin UDD akan agar berundur darim kawasan 3km persegi meliputi pusat membeli-belah ternama, hotel lima bintang dan pejabat-pejabat utama.[13]

Kini 50,000 tentera dan polis dikerah mengawal keadaan selepas menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Negeri Thailand dari 11 Mac hingga 23 Mac di tujuh wilayah termasuk Bangkok. [14]

Khattiya Sawasdipol pegawai tentera yang belot telah ditembak di kubu kumpulan baju merah.Dia yang digelar ‘Seh Daeng’ (Panglima Merah) ditembak ketika sedang diwawancara.Kerajaan menangguhkan rancangan memotong bekalan elektrik dan air di kawasan itu berikutan rayuan penduduk sekitar.[15] Jeneral Anupong Paojinda menyatakan ada anggota tentera yang membantu dan menyokong kumpulan baju merah. Ini bermakna berlaku perpecahan dalam tentera. Tentera yang belot ini dicop sebagai ‘tembikai hijau di luar tetapi merah di dalam’.[16]


Menteri Luar Thailand, Kasit Piromya menuduh Thaksin sebagai penghasut dan melabelnya sebagai pengganas tidak berguna. Thaksin bagaikan diktator Hitler, Mussolini dan Stalin dan pergerakan pengganas, al-Qaeda.[17]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Krisis Thailand: Perbincangan Jalan Damai Disambung Isnin
  2. ^ "Kerajaan Abhisit tak faham tuntutan Baju Merah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-15. Dicapai pada 2010-05-16.
  3. ^ Baju Merah Asak Tentera Kembali Ke Kem
  4. ^ "Baju Merah belum sedia undur". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-09. Dicapai pada 2010-05-16.
  5. ^ Pemimpin Baju Merah pakai tali keluar hotel[pautan mati kekal]
  6. ^ Baju Merah setuju berunding[pautan mati kekal]
  7. ^ "Baju Merah serbu stesen TV". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-13. Dicapai pada 2010-05-16.
  8. ^ "Baju Merah berarak usung mayat rakan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-16. Dicapai pada 2010-05-16.
  9. ^ Baju Merah Minta Maaf Kepada Hospital
  10. ^ "Kumpulan Baju Merah berikrar usir Abhisit". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-15. Dicapai pada 2010-05-16.
  11. ^ Abhisit Tawar Untuk Bubar Parlimen Menjelang Akhir Tahun Ini
  12. ^ Baju Merah cetus korban berdarah
  13. ^ Kumpulan Baju Merah Teruskan Protes Di Sebalik Amaran Tindakan Tegas
  14. ^ Kumpulan Baju Merah Beri Kerajaan Tempoh 24 Jam Amaran Terakhir
  15. ^ "Jeneral Baju Merah kena tembak". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-16. Dicapai pada 2010-05-16.
  16. ^ "'Askar bantu Baju Merah'". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-28. Dicapai pada 2010-05-16.
  17. ^ "Baju Merah tolak helah suruhanjaya pilihan raya". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-17. Dicapai pada 2010-05-16.