Barisan Rakyat Sabah Bersekutu
| Barisan Rakyat Sabah Bersekutu Federated Sabah People's Front BERSEKUTU |
|
|---|---|
![]() |
|
| Ketua | Datuk Harris Salleh (Pengasas) |
| Diasaskan | 1998 |
| Dibubarkan | 2010 |
| Ibu pejabat | Kota Kinabalu Sabah |
| Malaysia |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
|
|
Kerajaan
Eksekutif
Perundangan
Badan Kehakiman
Pilihan raya
Hubungan luar
Bahagian-bahagian
|
|
Negara-negara lain · Atlas Portal Politik |
Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (BERSEKUTU) atau Federated Sabah People's Front atau Parti Bersekutu merupakan parti politik yang ditubuhkan di Sabah, Malaysia oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh bersama para penyokongnya pada 1998.
Isi kandungan |
Matlamat [sunting]
Datuk Harris mendakwa bahawa rakyat Sabah telah mahukan beliau memimpin semula negeri Sabah bagi menangani pelbagai permasalahan yang gagal diselesaian oleh Barisan Nasional(BN).
Pilihan raya 1999 [sunting]
Beliau amat optimis untuk menggulingkan kerajaan BN negeri lantas mengambil keputusan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Sabah 1999 di mana Parti Bersekutu menentang BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) di kesemua 48 kawasan Dewan Undangan Negeri Sabah. PBS sendiri hanya meletakkan calon di 40 kawasan.
Malangnya dalam PRU Sabah 1999, bukan sahaja Parti Bersekutu tewas di kesemua 48 kawasan yang ditandinginya malah calon-calon Bersekutu telah kehilangan wang pertaruhan mereka. Barisan Nasional berjaya memenangi 31 kerusi manakala PBS menang 17 kerusi. Melalui situasi tersebut dapat disimpulkan bahawa ternyata rakyat Sabah tidak boleh menerima pemimpin yang pernah menghitamkan sejarah Sabah pada lewat tahun 1970-an dan awal 1980-an. Sehingga kini Parti Bersekutu masih mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Umum namun tetap gagal untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Pembubaran [sunting]
Part Bersekutu telah diumumkan pembubarannya oleh presidennya, Berman Angkap pada 15 Disember 2010 yang telah menubuhkan parti baru bernama Parti Barisan Rakyat Sabah (SPF).[1][2]
