Barli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Barli
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Poaceae
Genus:
Hordeum
Spesies:
vulgare
Sinonim[1]
Senarai
    • Frumentum hordeum E.H.L.Krause nom. illeg.
    • Frumentum sativum E.H.L.Krause
    • Hordeum aestivum R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum americanum R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum bifarium Roth
    • Hordeum brachyatherum R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum caspicum R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum coeleste (L.) P.Beauv.
    • Hordeum daghestanicum R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum defectoides R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum durum R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum elongatum R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum gymnodistichum Duthie
    • Hordeum heterostychon P.Beauv. [Spelling variant]
    • Hordeum hexastichon L.
    • Hordeum hibernaculum R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum hibernans R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum himalayense Schult.
    • Hordeum hirtiusculum R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum horsfordianum R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum ircutianum R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum jarenskianum R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum juliae R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum kalugense R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum karzinianum R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum kiarchanum R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum laevipaleatum R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum lapponicum R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum leptostachys Griff.
    • Hordeum macrolepis A.Braun
    • Hordeum mandshuricum R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum mandshuroides R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum michalkowii R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum nekludowii R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum nigrum Willd.
    • Hordeum pamiricum Vavilov nom. inval.
    • Hordeum parvum R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum pensanum R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum polystichon Haller
    • Hordeum praecox R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum pyramidatum R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum revelatum (Körn.) A.Schulz
    • Hordeum sativum Jess. nom. illeg.
    • Hordeum sativum Pers. nom. inval.
    • Hordeum scabriusculum R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum septentrionale R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum stassewitschii R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum strobelense Chiov.
    • Hordeum taganrocense R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum tanaiticum R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum tetrastichum Stokes
    • Hordeum transcaucasicum R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum violaceum R.E.Regel nom. inval.
    • Hordeum walpersii R.E.Regel nom. inval.
    • Secale orientale Schreb. ex Roth nom. inval.
Hordeum vulgare

Barli (Tulisan Jawi: بارلي) atau beras belanda[2][3] (Hordeum vulgare) merupakan suatu spesies tumbuhan tergolong dalam keluarga rumput Poaceae; biji-bijinya dimanfaatkan sebagai bijirin sumber makanan penting untuk manusia dan makanan ternakan.

Tumbuhan ini telah lama diusahakan sebagai suatu tanaman makanan sejak sekian lama dari 10,000 tahun dahulu di Hilal Subur sekitar benua Eurasia.[4][5] Kajian 2017 dilakukan Pertubuhan Makanan Sedunia mendapati tanaman barli sebagai tanaman keempat terbesar ditanam di dunia selepas jagung, beras dan gandum sebanyak lebih 149 juta tan metrik.[6]

Di Malaysia, bijirin yang dikenali umum sebagai "barli" sebenarnya merujuk kepada satu tanaman lain yang panggil "air mata Nabi Ayub" dalam bahasa Inggeris (Job's Tears, coix lacryma-jobi). Tumbuhan ini sebenarnya berlainan genus dengan barli asli, namun ia seringkali dijual di pasaran dengan nama "barli" atau "barli mutiara Cina".

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Barli yang ditanam merupakan keturunan dari Barli liar (Hordeum spontaneum), yang masih boleh ditemui di Timur Tengah. Kedua-dua bentuk (luder) adalah diploid (2n=14 kromosom). Kesemua variasi barli menghasilkan biji benih yang mampu tumbuh apabila dikacukan dan dengan itu dianggap satu spesies yang sama masa kini. Perbezaan utama antara berli liar dan yang ditanam adalah rachis rapuh pada barli liar yang membantu kepada penyebaran sendiri (self-propagation). Jumpaan terawal barli datangnya dari tapak Epi-Paleolitik di Levant, bermula di Natufian. Barli yang ditanam telah dijumpai pada lapisan akeramik neolitik (PPN B) di Tell Abu Hureyra di Syria. Penanaman barli kelihatannya sama dengan gandum.

Barli, dilihat sebagai pemberian utama dan silam dari bumi, mempunyai kepentingan upacara (had ritual significance), kemungkinannya dari tempoh terawal Misteri Eleusinian (Eleusinian Mysteries). Penyediaan kykeon atau minuman campuran bagi penerimaan (initiates), disediakan dari barli dan herba, dirujuk dalam Homeric hymn hingga Demeter, yang juga dikenali sebagai "Ibu-barli".

Orang-orang Greek mengeringkan barli groats dan mengoreng mereka sebelum menyediakan bubur, menurut Pliny yang Tua Sejarah Semulajadi Pliny (Pliny's Natural History) (xviii.72). Ini menghasilkan malt yang menapai dan menjadi beralkohol sedikit.

Penanaman[sunting | sunting sumber]

Barli

Barli boleh dibahagikan kepada dua kumpulan penanaman, musim luruh dan bunga (fall and spring), yang boleh ditambah variati kacukan dikenali sebagai (bear) atau (bigg), yang mempunyai kandungan zat yang setara, walaupun lebih berkualiti rendah. Jenis musim bunga ditanam seperti oat; jenis musim luruh, seperti gandum musim luruh. Barli awal, dengan pelbagai nama, pernah ditanam di Britain di atas tanah yang direhatkan pada musim panas tahun lepas, atau pada tanah dalam keadaan baik (high condition).

Musim penanaman benih barli musim bunga adalah dalam tempoh March atau April, walaupun hasil yang baik pernah dihasilkan oleh benih yang disemai lebih lewat.

Barli boleh dibahagikan kepada jumlah baris kernal pada kepala. Tiga spesies telah ditanam; barli dua baris (Hordeum distichum), barli empat baris (Hordeum tetrastichum L. dan barli enam baris(Hordeum vulgare) pembahagian menurut istilah traditional. Dalam barli dua baris hanya satu bunga subur, dua dalam variati empat baris two, dalam enam baris ketiga-tiganya; penanaman barli moden biasanya menggunakan H. vulgare.

Barli dua baris merupakan bentuk jenis terawal, barli liar turut mempunyai dua baris. Barli dua baris mempunyai kandungan protin lebih rendah berbanding barli enam baris tetapi mempunyai kandungan enzim lebih tinggi. Barli berprotin tinggi paling sesuai bagi makanan haiwan atau menghasilkan malt yang mempunyai kandungan (adjunct) tinggi. Barli dua baris terbaik bagi malt tulin. Barli empat baris tidak sesuai bagi penapaian.

Terdapat juga barli tanpa sekam dan (hulled), barli bersekam hulled adalah bentuk lebih awal.

Barli sesuai dengan pelbagai keadaan dan masa kini merupakan tanaman utama di kawasan serdahana dan tropika.

Pengeluaran[sunting | sunting sumber]

Pengeluar barli utama adalah :

Rusia 72,000 km²
Kanada 45,000 km²
Ukraine 37,000 km²
Turki 36,000 km²
Sepanyol 33,000 km²
Australia 30,000 km²
Morocco 23,000 km²
USA 21,000 km²
Iraq 12,000 km²
Iran 10,000 km²

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Oat, barli, dan sebahagian barangan yang dihasilkan daripadanya.

Barli merupakan makanan ruji bagi manusia dan haiwan lain. Ia lebih tahan tanah dengan kandungan garam yang tinggi berbanding gandum, yang mungkin menjelaskan peningkatan penanaman barli di Mesopotamia semenjak alaf ke-2 SM seterusnya. Barli masih mampu hidup dalam keadaan yang terlalu sejuk bagi sesetengah jenis bijian lain seperti rai.

Air barli enak diminum panas atau sejuk. Air ini sebenarnya dibuat daripada sejenis bijirin yang dipanggil "air mata Nabi Ayub" (Job's Tears) yang berlainan spesis dengan barli asli.

Penghasilan barli malt merupakan kandungan utama penghasilan bir dan wiski.

Di Malaysia, bijirin yang dikenali umum sebagai "barli" sebenarnya merujuk kepada satu tanaman lain yang panggil "air mata Nabi Ayub" dalam bahasa Inggeris (Job's Tears, coix lacryma-jobi). Tumbuhan ini sebenarnya berlainan genus dengan barli asli, namun ia seringkali dijual di pasaran dengan nama "barli" atau "barli mutiara Cina". Air "barli" ini enak diminum panas atau sejuk. Ia dianggap dapat menyejukkan badan dalam kepercayaan orang Cina.


Menurut Household Cyclopedia 1881:

Selain daripada gandum tanaman bijiran paling berharga adalah barli, terutamanya ditanah ringan dan berbatu (light and sharp soils).

Ia adalah tanaman bijiran lemah dan mudah rosak pada semua peringkat tumbesarannya, terutamanya semasa percambahan; hujan lebat hampir pasti merosakkan tanaman ditanah terbaik; dan dalam semua proses selepasnya perhatian dan usaha lebih diperlukan bagi menjamin kejayaan berbanding bijiran lain. Proses penuaian adalah paling sukar, dan seringkali diiringi bahaya; malah melerai barli sukar dilaksanakan menggunakan mesin, kerana bulu dipuncaknya (awn) cenderung melekat pada biji benih dan menyukarkan tugas memisahkan biji daripada jerami. Malah, barli, lebih manja berbanding gandum, dan secara umumnya adalah tanaman berisiko tinggi. Kecuali pada tanah yang subur dan (genial), di mana cuaca sesuai bagi penanaman gandum, ia tidak patut ditanam.

Penyediaan tanah[sunting | sunting sumber]

Barli biasanya ditanam selepas bawang, dan kadang-kala selepas kacang pea dan kacang, tetapi jarang sekali seseorang petani yang bagus menyemainya selepas gandum dan oat, kecuali di bawah sebab-sebab tertentu. Sekiranya disemai selepas bawang ia biasanya dilakukan selepas satu bajakan, yang dilakukan sepantas bawang dituai, dengan itu tanah mendapat kebaikan daripada frost musim bunga. Tetapi seringkali dua atau lebih bajakan diperlukan bagi ladang yang dituai, kerana apabila kemarau musim bunga tiba, permukaan tanah menjadi keras walaupun selepas tanaman sebelumnya baru dituai. Ini menjadikan pembajakan, menyisir dan memadatkan tanah yang lebih kerap diperlukan daripada biasa. Apabila disemai selepas kacang peas dan kacang, bajak semasa musim sejuk dan bunga biasanya dilakukan: tetapi apabila selepas tanaman gandum atau oat, tiga bajak diperlukan, agar tanah berada dalam keadaan sesuai. Operasi ini amat sukar dalam musim hujan dan lewat, dan jarang dalam kes ini tanaman setimpal dengan usaha yang dikeluarkan. Di mana keadaan tanah memerlukan tiga kali bajakan sebelum ia boleh disemai dengan barli, adalah lebih baik membiarkan tanah rehat sepanjang musim panas daripada mengambil risiko yang sering berlaku selepas penanaman musim bunga. Sekiranya cuaca kering, kelembapan hilang semasa proses berlainan, dan tuaian yang tidak sempurna terhasil; sekiranya hujan keuntungan membajak rugi, dan kesemua keburukan benih basah akan kekal bagi tanaman masa hadapan.

Kuantiti yang perlu disemaikan berbeza-beza bagi setiap kes, tergantung kepada mutu tanah dan keadaan-keadaan yang lain. Untuk tanah yang subur, lapan pek bagi setiap ekar (110 kg/ha) kekadang mencukupi, tetapi 12 pek seekar (160 kg/ha) adalah lebih biasa, dan untuk tanah yang tidak subur, lebih banyak pek diperlukan.

Melalui anggaran yang baik, jumlah biji yag disemaikan adalah cukup-cukup sahaja untuk memastikan hasil yang penuh tanpa bergantung kepada penumbuhan tunas; sebenarnya, sewaktu cara ini diamalkan, hasilnya akan masak pada waktu yang sama, dan kesemua butirnya adalah baik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Plant List: A Working List of All Plant Species, dicapai pada 2 Februari 2016
  2. ^ Wilkinson, Richard James (1901). "belanda". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 112. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  3. ^ "beras belanda". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ Badr A, Müller K, Schäfer-Pregl R, El Rabey H, Effgen S, Ibrahim HH, Pozzi C, Rohde W, Salamini F (April 2000). "On the origin and domestication history of Barley (Hordeum vulgare)". Molecular Biology and Evolution. 17 (4): 499–510. doi:10.1093/oxfordjournals.molbev.a026330. PMID 10742042.
  5. ^ Zohary D, Hopf M (2000). Domestication of Plants in the Old World: The Origin and Spread of Cultivated Plants in West Asia, Europe, and the Nile Valley (ed. 3rd). Oxford University Press. m/s. 59–69. ISBN 978-0-19-850357-6.
  6. ^ "Crops/Regions/World List/Production Quantity for Barley, 2017 (pick list)". UN Food and Agriculture Organization Corporate Statistical Database (FAOSTAT). 2018. Dicapai pada 8 September 2018.
Sumber utama