Bas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Parisian Omnibus, lewat abad ke-19.
Bas persiaran Packard di Salt Lake City, 1913
Bas Routemaster di Depoh Acton.
Sebuah bas dua tingkat yang diletakkan di tepi jalan di Tyne and Wear, England.
Bas boleh bengkok yang dikendalikan Lembaga Pengangkutan Chicago di Chicago, Illinois, AS.
Sebuah bas di Cúcuta, Colombia pada tahun 1920

Bas merupakan sebuah kenderaan jalan raya yang besar serta direka bentuk untuk membawa penumpang yang ramai sebagai tambahan kepada pemandu dan kadang-kadang konduktor bas. Perkataan bas berasal daripada perkataan Latin omnibus, yang bermaksud 'untuk semua'. Nama penuh bas ialah 'Kenderaan Omnibas' - bermaksud 'kenderaan untuk semua'.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Terdapat tanda bas pertama disediakan seawal 1662[1], walaupun perkhidmatan pengangkutan awam bas serius yang ditarik kuda tidak bermula sehingga 1820-an.

Jenis perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Bas transit tempatan di Canberra, ACT.
  • Bas transit tempatan - Menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi kawasan dalam sesuatu bandar, dengan jarak sekitar beberapa kilometer sahaja.
  • Bas antara bandar - Juga dikenali sebagai bas henti-henti, bas ini menyediakan perkhidmatan di sepanjang laluannya di antara dua bandar utama, termasuklah di kawasan kampung atau pekan-pekan kecil di sepanjang laluannya.
  • Bas shuttle - Menyediakan perkhidmatan pengangkutan di antara dua destinasi, misalnya dari lapangan terbang ke pusat bandar raya. Bas-bas oleh pusat pelancongan serta kolej dan universiti juga dikategorikan sebagai bas shuttle.
  • Bas persiaran - Disediakan bagi menunjukkan tempat-tempat menarik kepada pelancong dengan menaiki bas tersebut. Biasanya apabila bas persiaran melalui tempat-tempat menarik, pemandu pelancong akan memberi penerangan mengenai tempat-tempat tersebut kepada pelancong. Bas-bas persiaran jarak jauh biasanya membenarkan pelancong untuk turun seketika di beberapa tempat menarik.
  • Bas sekolah - Menyediakan perkhidmatan pengangkutan transit tempatan kepada pelajar-pelajar sekolah.
  • Bas Pekerja Digunakan untuk menghantar dan mengambil balik pekerja dari tempat kediaman mereka ke kilang tempat mereka bertugas.
  • Bas Ekspres Memberikan perkhidmatan jarak jauh antara bandar-bandar besar.

Terdapat juga Bas Ekspres Eksekutif yang mengenakan tambang lebih mahal tetapi dengan beberapa kelebihan seumpama layanan di dalam kapalterbang merangkumi keselesaan, makanan dan minuman serta ruang duduk yang lebih luas.

Jenis bas[sunting | sunting sumber]

Bas ekspres merah (Expresso Biarticulado) di Curitiba, Brazil.
Bas ekspres yang diletakkan di Chichen Itza, Mexico.
  • Bas komuter (juga dikenali sebagai bas transit) biasanya mempunyai dua gandar serta dua pintu (hadapan dan tengah). Tempat duduk bas komuter selalunya terhad serta mempunyai ruang untuk penumpang berdiri. Ruang meletak barang juga tidak disediakan kerana ketinggian lantai yang rendah.
  • Bas sekolah juga serupa seperti bas komuter, tetapi disesuaikan untuk kegunaan pelajar sekolah.
  • Bas elektrik yang menggunakan tenaga elektrik daripada bateri.
  • Tram atau bas troli merupakan sejenis bas elektrik tetapi memperoleh bekalan kuasa elektrik daripada talian elektrik bertiang.
  • Bas hibrid atau bas kacukan yang menggunakan gabungan sumber elektrik daripada bateri dengan enjin pembakaran dalaman.
  • Bas ekspres atau koc adalah lebih berat, selalunya mempunyai dua gandar dengan hanya satu pintu utama dan tiada ruang berdiri. Kerusi penumpang di dalam bas ekspres pula adalah lembut, selesa serta boleh dilaras. Ketinggian lantainya juga tinggi, membolehkan ruang meletak yang besar turut disediakan. Di samping itu, terdapat juga rak kecil di atas kepala bagi menempatkan barang-barang yang lebih kecil.

Pengeluaran bas[sunting | sunting sumber]

Asalnya kebanyakan pembina bas terdiri daripada pembina badan kereta kuda, dan kemudiannya pengeluar kereta dan lori. Bas terawal biasanya terdiri daripada badan bas yang dipasang pada sistem kerangka lori. Pendekatan badan campur kerangka ini berterusan sehingga membawa kepada pengeluar moden khusus, di mana enjin bas yang menggunakan enjin diesel dibina oleh sesebuah syarikat tertentu, manakala kerangka dan badan dibina oleh syarikat yang berlainan. Walau bagaimanapun, terdapat juga syarikat khusus yang membina sepenuhnya bas, daripada enjin sehinggalah kepada badan bas.

Pengeluar bas moden kini turut menyertakan peralatan berteknologi canggih seperti alat GPS,Wi-Fi, Permainan Komputer, Skrin LCD Peribadi, mesin tiket elektronik serta sistem maklumat penumpang elektronik di dalam bas bagi menambah kecekapan operasi sistem pengangkutan bas.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]