Perkhidmatan bas RapidKL
RapidKL merupakan pengendali bas terbesar di Lembah Kelang ketika ini. Pada masa sekarang, terdapat 179 laluan bas penumpang yang dikendali RapidKL, setelah melalui langkah pembaharuan secara menyeluruh sepanjang tahun 2006. Bas-bas RapidKL terdiri daripada bas baru yang dibeli untuk menampung pembaharuan perkhidmatan, dan bas lama yang merupakan bekas bas berjenama Intrakota Komposit dan Cityliner yang dibeli oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad pada tahun 2003 dan dialihkan operasinya ke RapidKL tahun berikutnya.
Isi kandungan |
Pembaharuan Perkhidmatan Bas [sunting]
Pada Januari 2006, RapidKL memulakan pembaharuan menyeluruh bagi laluan-laluan bas bekas Intrakota dan Cityliner yang diwarisi RapidKL. Sewaktu RapidKL mengambil alih pengendalian bas daripada kedua-dua syarikat tersebut pada Oktober 2003, terdapat 98 laluan stage bus dan 39 laluan feeder bus.
Pembaharuan tersebut melibatkan melakar semula kesemua laluannya dan mengaturkannya semula berdasarkan konsep "hub and spoke". Empat jenis perkhidmatan dihasilkan, iaitu laluan Ekspres, Bandar, Utama dan Tempatan.
Perkhidmatan laluan Ekspres beroperasi dari suatu tempat ke suatu tempat tanpa atau dengan sedikit hentian di tengah laluan. Perkhidmatan bandar beroperasi dalam pusat niaga Kuala Lumpur yang menghubungkan lima hab utama bandar. Bas laluan utama melalui perjalanan dari hab-hab ini ke hab-hab subbandar atau setempat di luar pusat bandaraya dan cuma berhenti di hentian bas tertentu di sepanjang perjalanan. Perkhidmatan tempatan pula beroperasi dari hab subbandar/setempat ke kawasan perumahan.
Bas tempatan mengambil penumpang dari pelbagai kawasan perumahan dan membawa mereka ke hab subbandar/setempat. Perkhidmatan utama seterusnya membawa mereka ke hab bandar di mana perkhidmatan bandar akan menamatkan perjalanan mereka di destinasi mereka. Ini akan diulang dalam perjalanan balik ke arah yang lain.
Menurut RapidKL, terdapat 3 laluan ekspres, 15 laluan pengantara bandar, 19 laluan utama dan 140 laluan tempatan secara keseluruhannya. Pada September 2006, RapidKL mengendali 849 buah bas yang berkhidmat di laluan-laluan tersebut.
RapidKL juga membahagikan Lembah Kelang kepada enam kawasan dan sistem penomboran bas banyak menuruti nombor zon masing-masing.
Pembaharuan ini menerima reaksi bercampur-campur dari para pengguna.
Menggunakan Bas RapidKL [sunting]
Terdapat empat jenis perkhidmatan bas yang disediakan (diikuti istilah bahasa Inggeris dan tanda warnanya), iaitu:
- Perkhidmatan bandar (City Shuttle, merah)
- Perkhidmatan utama (Trunk Routes, biru)
- Perkhidmatan tempatan (Local Shuttle, hijau)
- Perkhidmatan ekspres (Express Route, jingga)
Rangkaian bas dibahagi kepada enam kawasan (diikuti dengan tarikh pelancaran):
- Kawasan 1: Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (16 Januari)
- Kawasan 2: Utara dan Barat Laut - Kepong, Selayang, Gombak, Batu Caves, Segambut dan Bandar Manjalara (Mac)
- Kawasan 3: Timur dan Timur Laut - Setapak, Ulu Klang, Wangsa Maju, Keramat, Ampang dan Pandan (30 April)
- Kawasan 4: Selatan dan Tenggara - Cheras, Serdang, Kajang, Balakong, Putrajaya, Cyberjaya dan Bandar Baru Bangi (1 Julai)
- Kawasan 5: Barat Daya - Subang Jaya, Puchong, dan bahagian Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang di selatan Lebuhraya Persekutuan (23 September)
- Kawasan 6: Barat - Damansara, Bandar Utama, Kota Damansara dan bahagian Petaling Jaya, Shah Alam di utara Lebuhraya Persekutuan (23 September)
Mulai 21 April 2007, seiring dengan satu langkah peningkatan mutu perkhidmatan bas, kini nombor-nombor laluan disertakan satu huruf antara berikut yang menandakan jenis laluan:
- B:Bandar (cth: B103)
- U:Utama (cth: U209)
- T:Tempatan (disusuli angka kawasan, cth: T301 berkhidmat di Kawasan Tiga)
- E:Ekspres (cth: E1)
Sesetengah penumpang RapidKL perlu menaiki lebih daripada satu bas untuk melengkapkan perjalanan. Beberapa perhentian bas disediakan berdekatan dengan stesen LRT sebagai ciri-ciri utama kemudahan integrasi RapidKL.
Tambang [sunting]
Mulai 1 September 2009, pas harian yang digunakan sejak Janurai 2006 dimansuhkan, oleh itu hanya tiket sehala akan dijual di semua bas. Tambang konsesi dikenakan kepada pelajar sekolah kerajaan yang berpakaian seragam, golongan kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan warga emas yang memiliki Kad Warga Emas RapidKL.
| Jenis Pas | Dewasa | Konsesi |
|---|---|---|
| Bas Bandar | RM 1.00 | RM 0.50 |
| Bas Tempatan | RM 1.00 | RM 0.50 |
| Bas Ekspres | RM 3.80 | RM 1.90 |
| Dewasa | Zon 1 | Zon 2 | Zon 3 | Zon 4 ke atas |
|---|---|---|---|---|
| Zon 1 | RM 1.00 | RM 1.90 | RM 2.50 | RM 3.00 |
| Zon 2 | RM 1.90 | RM 1.00 | RM 1.90 | RM 2.50 |
| Zon 3 | RM 2.50 | RM 1.90 | RM 1.00 | RM 1.90 |
| Zon 4 ke atas | RM 3.00 | RM 2.50 | RM 1.90 | RM 1.00 |
| Konsesi | Zon 1 | Zon 2 | Zon 3 | Zon 4 ke atas |
| Zon 1 | RM 0.50 | RM 0.90 | RM 1.20 | RM 1.50 |
| Zon 2 | RM 0.90 | RM 0.50 | RM 0.90 | RM 1.20 |
| Zon 3 | RM 1.20 | RM 0.90 | RM 0.50 | RM 0.90 |
| Zon 4 ke atas | RM 1.50 | RM 1.20 | RM 0.90 | RM 0.50 |
Kad perjalanan bulanan atau rapidpass juga boleh dibeli di semua stesen tren dan terminal bas pada 24 hingga 7 hari bulan setiap bulan.
| Jenis Pas | Tambang | Catatan |
|---|---|---|
| rapidpass Integrasi | RM 150.00 | Sah di semua laluan bas BANDAR, UTAMA, TEMPATAN & EKSPRES dan juga rapidKL Laluan Kelana Jaya,Laluan Ampang, dan KL Monorail. |
| rapidpass Integrasi LRT | RM 100.00 | Sah di laluan-laluan Laluan Kelana Jaya, Laluan Ampang, dan KL Monorail sahaja. |
| rapidpass Semua | RM 100.00 | Sah di laluan-laluan bas BANDAR, UTAMA & TEMPATAN sahaja. |
| rapidpass Bas Konsesi | RM 50.00 | Sah di laluan-laluan bas BANDAR, UTAMA & TEMPATAN serta pemegang konsesi sahaja. |
| rapidpass Bas Tempatan | RM 40.00 | Sah di laluan-laluan bas TEMPATAN sahaja. |
Isteri/suami dan sejumlah empat orang anak bawah umur 15 tahun boleh mengiringi pemegang pas secara percuma pada hujung minggu dan cuti umum.
Penjadualan [sunting]
Meskipun tiada jadual kehadiran bas yang tetap, namun terdapat maklumat kekerapan (headway) dan waktu operasi. Kekerapan bas adalah seperti berikut:
- Perkhidmatan bandar: 10–20 minit
- Perkhidmatan utama: 15–30 minit
- Perkhidmatan tempatan: 15–30 minit
- Perkhidmatan ekspres: 30–60 minit
Terdapat perjalanan berjadual yang tidak tertakluk kepada kekerapan tersebut. Maklumat lanjut mengenai kekerapan bas boleh diperoleh di laman web RapidKL.
RapidBET - Rapid Bus Express Transit [sunting]
Antara laluannya adalah:
- BET1 - Seksyen 8 Kota Damansara, Petaling Jaya ke Pasar Seni via Lebuhraya Penchala Link (laluan biasa = U88)
- BET2 - Bandar Sungai Long, Cheras ke Pasar Seni via Grand Saga Lebuhraya Cheras-Kajang (laluan biasa = U41)
- BET3 - USJ 8, Subang Jaya/Subang Mewah, ke Pasar Seni via Lebuhraya Pantai Baru (laluan biasa = U63)
- BET4 - Taman Sri Muda, Shah Alam ke Pasar Seni via Lebuhraya Pantai Baru (laluan biasa = U64)
- BET7 - Sri Nilam Apartment ke Lebuh Ampang (near Titiwangsa LRT) via Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) (laluan biasa = U22)
- BET8 - Semenyih Sentral ke Pasar Seni via Lebuhraya Kajang–Seremban
Laluan bas [sunting]
Berikut ialah senarai penuh laluan bas RapidKL mulai 16 November 2009.
- Untuk butiran laluan, sila layari laman web RapidKL.
Kawasan 1 [sunting]
| Pusat Bandaraya Kuala Lumpur[2] | ||
|---|---|---|
| No. laluan |
Dari | Ke |
| B103 | Titiwangsa | Bukit Bintang |
| B112 | Stesen LRT Maluri | KL Sentral |
| B114 | Stesen LRT Maluri | Stesen Titiwangsa |
| B115 | Stesen LRT Pasar Seni | Kompleks Kerajaan Jalan Duta |
Kawasan 2 [sunting]
| Selayang, Kepong dan Gombak[3] | ||
|---|---|---|
| No. laluan |
Dari | Ke |
| E11A | Warta Baru, Jalan Ipoh | Wisma Sumber Asli, Persiaran Perdana |
| E11B | Pinggiran Batu Caves | Persiaran Perdana |
| U1 | Pinggiran Batu Caves | Pasar Seni |
| U1 (W) | Pinggiran Batu Caves | Pasar Seni |
| U2 | Taman Greenwood | Pasar Seni |
| U2A | Flat Taman Pinggiran, Lebuhraya Pinggiran | Pasar Seni |
| U3 | Bandar Baru Selayang, Jalan 2/2 | HSBC, Medan Pasar |
| U4 | Aman Puri, Jalan Wangsa Permai | HSBC, Medan Pasar |
| U5 | Stesen LRT Taman Melati | Lebuh Ampang |
| U6 | Taman Jasa Utama | Medan Pasar |
| U6 (W) | Taman Jasa Utama | Medan Pasar |
| U7 | Mont Kiara / Desa Hartamas | Bangkok Bank |
| U8 | Damansara Damai | Medan Pasar |
| U8 (W) | Damansara Damai | Medan Pasar |
| U10 | Pinggiran Batu Caves | Pasar Seni |
| U11 | Taman Sri Sinar | Medan Pasar |
| U12 | Universiti Islam Antarabangsa | Lebuh Ampang |
| U13 | Desa Aman Puri via Taman Ehsan | Medan Pasar |
| U14 | Sri Segambut | Bangkok Bank |
| U201 | Batu 12, Gombak | Chow Kit |
| U209 | Taman Selayang jaya | Medan Pasar |
| U222 | Jinjang Utara | Medan Pasar |
| U224 | Bandar Dato Senu | Kotaraya |
| U224 (W) | Bandar Dato Senu | Kotaraya, Jalan Tun Tan Cheng Lock |
| T203 | Stesen LRT Gombak, Jalan Terminal Duta | Pinggiran Batu Caves |
| T204 | Taman Greenwood, Jalan Batu Caves | Kampung Nakhoda, Jalan Nakhoda Kanan via Taman Samudera |
| T205 | Stesen LRT Taman Melati, Persiaran Pertahanan | Setapak Garden |
| T223 | Taman Dato Senu, Jalan Dato Senu 26 | Titiwangsa, Jalan Tun Razak |
| T225 | Kompleks Sungai Mas, Jalan Ipoh | Taman Mastiara, Jalan 1/18B |
| T226 | Stesen LRT Taman Melati | Taman Melewar |
| T229 | Metro Prima | Warta Lama |
| T231 | Stesen LRT Gombak | Universiti Islam Antarabangsa |
Kawasan 3 [sunting]
| Keramat, Ampang dan Pandan[4] | ||
|---|---|---|
| No. laluan |
Dari | Ke |
| BET7 | Sri Nilam | Jalan Hang Lekiu |
| U20 | Taman Melawati | Titiwangsa / Chow Kit |
| U21 | Ukay Perdana, Jalan Ukay Perdana | Chow Kit, Jalan Chow Kit |
| U22 | Sri Nilam | Jalan Hang Lekiu (Lin Ho) |
| U22 (W) | Sri Nilam | Jalan Hang Lekiu (Lin Ho) |
| U23 | Taman Melawati | Lebuh Ampang via MINDEF |
| U24 | Seksyen 2 Wangsa Maju, Jalan 4/27A | Bukit Bintang, HSBC, Jalan Sultan Ismail |
| U25 | Seksyen 10, Wangsa Maju / Stesen LRT Sri Rampai | Lebuh Ampang via Setapak Jaya |
| U26 | Bukit Indah, Ampang | Jalan Hang Lekiu (Lin Ho) |
| U27 | Sri Nilam | Menara Maybank |
| U28 | Taman Mulia Jaya | Jalan Hang Lekiu (Lin Ho) |
| U29 | Taman Mulia Jaya | Jalan Hang Lekiu (Lin Ho) |
| U30 | Pandan Mewah | Jalan Hang Lekiu (Lin Ho) |
| U30 (W) | Pandan Mewah | Jalan Hang Lekiu (Lin Ho) |
| U31 | Pandan Indah | Menara Maybank |
| U31 (W) | Pandan Indah | Menara Maybank |
| U32 | Taman Dagang | Menara Maybank |
| U33 | Ayer Panas | Lebuh Ampang |
| U34 | Stesen LRT Wangsa Maju | Ampang Point |
| U36 | Taman Dagang | Chow Kit |
| U332 | Lembah Jaya Utara | Garden City Hotel |
| T301 | Stesen LRT Wangsa Maju | Wangsa Walk / Carrefour |
| T302 | Stesen LRT Wangsa Maju | Seksyen 10, Wangsa Maju |
| T304 | Stesen LRT Wangsa Maju | Taman Melawati |
| T305 | Stesen LRT Wangsa Maju | Ukay Perdana |
| T307 | Stesen LRT Dato Keramat | Ampang Point |
| T309 | Stesen LRT Setiawangsa | Taman Setiawangsa |
| T312 | Stesen LRT Wangsa Maju | UTAR via Jalan Genting Klang |
| T320 | Bukit Indah | Ampang Point |
| T323 | Stesen LRT Cempaka | Tasik Tambahan via Taman Mawar |
| T324 | Stesen LRT Cempaka | Taman Bukit Permai |
| T327 | Taman Shamelin | Maluri |
| T328 | Ampang Point | Stesen LRT Pandan Indah |
| T329 | Taman Dagang | Maluri |
| T330 | Stesen LRT Dato Keramat | Desa Pandan |
Kawasan 4 [sunting]
| Cheras, Kajang, Sungai Besi dan Putrajaya[5] | ||
|---|---|---|
| No. laluan |
Dari | Ke |
| BET2 | Bandar Sungai Long | Pasar Seni |
| BET8 | Semenyih Sentral | Pasar Seni |
| E1 | Putrajaya Sentral | Pasar Seni |
| T405 | Stesen Bandar Tasik Selatan | Taman Awana Cheras |
| T408 | Stesen Bandar Tasik Selatan | Taman Segar / Taman Bukit Supreme |
| T417 | Taman Sri Pulai | Stesen LRT Sungai Besi |
| T418 | Sri Petaling | Technology Park Malaysia via Bandar Puncak Jalil |
| T421 | Taman Gembira | Stesen Bandar Tasik Selatan |
| T422 | Stesen LRT Bukit Jalil | Stesen LRT Salak Selatan |
| T424 | Desa Tasik | HUKM via Stesen LRT Bandar Tasik Selatan |
| T427 | Cyberjaya Transport Terminal | Lim Kok Wing Universiti |
| T428 | Cyberjaya Transport Terminal | Cyberjaya Park & Ride |
| T430 | UKM | Bandar Kajang |
| T431 | Polytech Bangi | Bandar Kajang |
| T433 | Bandar Sri Permaisuri / HUKM | Stesen LRT Salak Selatan |
| U40 | Terminal Kajang | Pasar Seni |
| U40 (W) | Terminal Kajang | Pasar Seni |
| U41 | Bandar Sungai Long | Pasar Seni |
| U42 | Putrajaya Sentral | Stesen KTM Serdang |
| U43 | Putrajaya Sentral | Bandar Utama |
| U44 | Bandar Sri Permaisuri | Bukit Bintang |
| U45 | Bandar Tun Razak | Bukit Bintang |
| U46 | Damai Perdana | Bukit Bintang |
| U46 (W) | Damai Perdana | Bukit Bintang |
| U47 | Awana Cheras | Menara Maybank |
| U48 | Desa Petaling | Bukit Bintang |
| U49 | Damai Perdana | Pasar Seni |
| U410 | Taman Tun Perak | Bukit Bintang |
| U411 | Taman Impian Ehsan | Kota Raya |
| U412 | TNB Pangsun, Jalan Hulu Langat | TM Batu 10, Lebuhraya Cheras Kajang |
| U412A | Kampung Ulu Lui, Jalan Sungai Lui | TM Batu 10, Lebuhraya Cheras Kajang |
| U415 | Beranang | Bandar Kajang Prima Saujana |
| U416 | UPM / Taman Sri Serdang | Stesen KTM Serdang |
| U423 | Pasar Seni | TUDM Sungai Besi |
| U429 | Terminal Pengangkutan Cyberjaya (CTT) | Putrajaya Sentral |
| U432 | Puncak Jalil | Kota Raya |
Kawasan 5 [sunting]
| Klang, Shah Alam Selatan, Subang Jaya, Jalan Klang Lama dan Puchong[6] | ||
|---|---|---|
| No. laluan |
Dari | Ke |
| BET3 | Subang Mewah | Pasar Seni |
| BET4 | Taman Sri Muda | Pasar Seni |
| T505 | Stesen LRT Taman Jaya | Taman Sri Sentosa |
| T506 | Puchong Jaya / Taman Kinrara | Tesco / I0I Mall |
| T507 | Bandar Kinrara | Tesco / IOI Mall |
| T508 | Taman Wawasan Puchong | IOI Mall |
| T509 | Puchong Utama | IOI Mall |
| T510 | Puchong Prima | Puchong Utama |
| T511 | Puchong Prima | IOI Mall |
| T513 | Puchong Utama | Saujana Puchong |
| T515 | Puchong Utama | Pulau Meranti |
| T523 | USJ 8 | Subang Parade |
| T527 | Hentian Bandar Shah Alam | Stesen keretapi Batu Tiga / Subang Mas |
| T528 | Sri Muda | Hentian Bandar Shah Alam |
| T529 | Hentian Bandar Shah Alam | Seksyen 16 - 17, Shah Alam via Stesen Komuter |
| T530 | Taman Sri Muda | Kota Kemuning |
| U60 | Puchong Utama | Pasar Seni |
| U60 (W) | Puchong Utama | Pasar Seni |
| U62 | Klang | Sunway Pyramid |
| U63 | USJ 8 / Subang Mewah | Pasar Seni |
| U64 | Taman Sri Muda | Pasar Seni |
| U65 | Putra Heights / Alam Megah | Pasar Seni |
| U66 | Taman Medan | Pasar Seni via Petaling Jaya |
| U66 (W) | Taman Medan | Pasar Seni via Petaling Jaya |
| U67 | USJ 8 / Subang Mewah | Pasar Seni |
| U68 | Sri Manja / Sentosa | Pasar Seni |
| U68 (W) | Sri Manja / Sentosa | Pasar Seni |
| U69 | Putra Perdana | Pasar Seni via Batu 14 |
| U70 | Puchong Prima | Pasar Seni |
| U71 | Bukit Jalil | Pasarama Kota |
| U72 | Taman Desa | Pasar Seni |
| U73 | Taman Overseas Union | Pasar Seni |
| U74 | Pantai Hill Park | Pasar Seni |
| U75 | PJ Old Town | Pasar Seni via Pantai Dalam |
| U75A | KTM Pantai Dalam | Pasar Seni |
| U76 | Subang Parade | Kotaraya |
| U504 | OG Height / PPR Taman Muhibbah | Pasar Seni |
Kawasan 6 [sunting]
| Shah Alam Utara, Subang, Damansara, Petaling Jaya Utara dan Bangsar[7] | ||
|---|---|---|
| No. laluan |
Dari | Ke |
| BET1 | Kota Damansara | Jalan Sultan Mohamed |
| T600 | UiTM, Puncak Alam | Bandar Puncak Alam |
| T601 | Hentian Bandar Shah Alam | Seksyen 7, Shah Alam |
| T602 | Hentian Bandar Shah Alam | Seksyen 11, 9, 8, 6, 4, 2 |
| T603 | UiTM Seksyen 2, Shah Alam | UiTM Kampus Utama, Shah Alam |
| T604 | Seksyen 7, Shah Alam | UiTM Kampus Utama, Shah Alam |
| T607 | Stesen LRT Kelana Jaya | Ara Damansara / Lembah Subang |
| T608 | Subang Perdana | Bukit Subang |
| T610 | Subang Bistari / Mahsing | Subang Perdana |
| T622 | Stesen LRT Kelana Jaya | Taman Mayang Mas |
| T624 | Stesen LRT Kelana Jaya | Kelana Centre Point / Stadium MBPJ |
| T625 | Stesen LRT Taman Bahagia | SS6, SS5, SS3 |
| T626 | Stesen LRT Taman Bahagia | Damansara Utama |
| T627 | Stesen LRT Taman Paramount | Kg Tunku Sg Way Seksyen 51A |
| T628 | Stesen LRT Asia Jaya | Sek 14, Sek 17 |
| T628B | Stesen LRT Asia Jaya | Sek 14, Sek 17 |
| T629 | Stesen LRT Asia Jaya | Eastin Hotel |
| T629B | Stesen LRT Asia Jaya | Eastin Hotel |
| T631 | Stesen LRT Universiti | Mid Valley |
| T632 | Bukit Angkasa | Universiti Malaya |
| T633 | Stesen LRT Kerinchi | Pantai Hill Park |
| T634 | Stesen LRT Bangsar | Pusat Bandar Damansara |
| T635 | Stesen LRT Universiti | Pusat Perubatan Universiti Malaya |
| U80 | UiTM Seksyen 2, Shah Alam | Pasar Seni |
| U80 (W) | UiTM Seksyen 2, Shah Alam | Pasar Seni |
| U81 | Subang Suria / Mahsing | Pasar Seni |
| U81 (W) | Subang Suria / Mahsing | Pasar Seni |
| U82 | Bandar Utama | KL Sentral |
| U82 (W) | Bandar Utama | KL Sentral |
| U83 | KL Sentral | Kompleks Kerajaan Jalan Duta |
| U84 | Kelana Jaya | Pasar Seni |
| U85 | Stesen LRT Taman Paramount / SS2 (SEAPARK) | Pasar Seni |
| U86 | Bandar Utama | Metro Prima |
| U87 | Pasar Seni | Bangsar Park |
| U88 | Kota Damansara | Pasar Seni |
| U89 | Stesen LRT Kelana Jaya | Kota Damansara Seksyen 11, 13, 5, 4 |
| U90 | UiTM, Puncak Alam | UiTM Seksyen 2 / Hentian Bandar Shah Alam |
| U91 | Jalan Pasar | Pasar Seni |
| U605 | Seksyen 2, Shah Alam | Puncak Perdana |
| U618 | Titiwangsa / Chow Kit | Mont Kiara |
| U623 | Stesen LRT Kelana Jaya | Subang Parade |
| U623 (W) | Stesen LRT Kelana Jaya | Subang Parade |
RapidBET [sunting]
BET ialah sistem yang mana bas menggunakan lebuh raya yang kurang sesak untuk menghubungkan pusat bandaraya dengan kawasan jauh yang sangat ramai penduduk. Perkhidmatan ini hanya berhenti di hentian-hentian yang tertentu dan bergantung pada bas penyuap dan kemudahan park-n-ride demi penumpang yang mencukupi. Perkhidmatan RapidBET hanya disediakan pada waktu kemuncak pagi dan petang hari bekerja sahaja.
Laluan-laluannya adalah seperti berikut:
- RapidBET1: Kota Damansara, PJ — Pasar Seni melalui Penchala Link
- RapidBET2: Bandar Sungai Long — Pasar Seni melalui Lebuhraya Grand Saga
- RapidBET3: Subang Mewah — Pasar Seni melalui Lebuhraya Baru Pantai
- RapidBET4: Taman Sri Muda — Pasar Seni melalui Lebuhraya Baru Pantai
- RapidBET7: Sri Nilam — Lebuh Ampang melalui Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur
- RapidBET8: Semenyih Sentral — Pasar Seni
Lihat juga [sunting]
Rujukan [sunting]
- ↑ 1.0 1.1 1.2 "RapidKL bus fares". http://www.myrapid.com.my/tickets-fares/bus. Capaian 2011-06-08.
- ↑ "Area Two". RapidKL. http://www.myrapid.com.my/dev/bus/routes?a=1. Capaian 2012-04-16.
- ↑ "Area Two". RapidKL. http://www.myrapid.com.my/dev/bus/routes?a=2. Capaian 2012-04-16.
- ↑ "Area Two". RapidKL. http://www.myrapid.com.my/dev/bus/routes?a=3. Capaian 2012-04-16.
- ↑ "Area Two". RapidKL. http://www.myrapid.com.my/dev/bus/routes?a=4. Capaian 2012-04-16.
- ↑ "Area Two". RapidKL. http://www.myrapid.com.my/dev/bus/routes?a=5. Capaian 2012-04-16.
- ↑ "Area Two". RapidKL. http://www.myrapid.com.my/dev/bus/routes?a=6. Capaian 2012-04-16.