Bismillah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Basmalah)
Lompat ke: pandu arah, cari
Frasa "Bismillah" ditulis dengan seni Khat.
Sebuah bentuk kesenian Bismillah dalam bentuk buah jambu

Bismillah atau Basmalah (Bahasa Arab: بسملة) ialah sebuah perkataan Arab yang digunakan sebagai nama pengumpulan pada keseluruhan frasa Islam secara berulangan. Frasa ini merupakan ayat pertama pada "surah" (atau bab) dalam Al-Qur'an, dan digunakan dalam berbilang konteks oleh umat Muslim. Ia disebut beberapa kali dalam solat dan sering dijadikan frasa mukadimah dalam segala urusan rasmi bagi beberapa negara Islam.

Dalam Qur'an, ia sering dinomborkan sebagai ayat pertama surah pertama, tetapi menurut pandangan Al-Tabari, ia adalah pendahuluan sebelum ayat pertama. Ia juga terletak di semua permulaan surah kecuali surah kesembilan, tetapi tidak dinomborkan kecuali di surah pertama tadi. Frasa ini juga muncul dua kali dalam Surah An-Naml, iaitu di permulaan dan pada ayat ke-30.

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi ar-raḥmāni ar-raḥīmi
"Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani"

Perkataan "basmalah" sendiri terbit dari sebutan empat konsonan pertama bagi bismi-llāhi... yang akarnya adalah b-s-m-l (ب س م ل). Akar konsonan abstrak ini digunakan untuk menerbitkan kata nama basmalah, begitu juga bentuk kata kerja yang bermaksud "baca basmala". Perlakuan memberikan nama bagi perkataan yang lazim disebut atau zikir juga berlaku seperti frasa "Allahu Akbar", yang dirujuk sebagai "Takbir" (juga Ta'awwudh dll.); dan kaedah mengambil empat huruf konsonan juga seperti berlaku seperti kata nama "Hamdala" bagi Alhamdulillah.

Makna Kristian alternatif[sunting | sunting sumber]

Umat Kristian penutur bahasa Arab kadang-kadang menggunakan perkataan Bismillah untuk merujukkan pada rumusan liturgil "Dengan nama Bapa, Anak, dan Roh Kudus" (باسم الآب والابن والروح القدس, bismi-l-’abi wa-l-ibni wa-r-rūḥi l-qudusi), dari Matthew 28:19.

Numerologi[sunting | sunting sumber]

Perkataan بسم الله الرحمن الرحيم Jumlah nilai
Pecahan huruf ه ل ل ا م س ب ن م ح ر ل ا م ي ح ر ل ا
Nilai huruf 2 60 40 1 30 30 5 50 40 8 200 30 1 40 10 8 200 30 1 786

Jumlah nilai huruf dalam Bismillah al-Rahman al-Rahim, mengikut satu sistem numerologi bahasa Arab, adalah 786. Terdapat dua kaedah mengatur huruf abjad Arab. Salah satu kaedah adalah mengikut abjad biasa (digunakan untuk tujuan yang paling biasa), bermula dengan huruf Alif ا, ba ب, ta ت, tha ث, dan seter4snya. Kaedah lain yang dikenali sebagai kaedah angka Abjad (atau ordinal). Dalam kaedah ini, huruf akan disusun dalam susunan yang berikut: Abjad, Hawwaz, Hutti, Kalaman, Sa'fas, Qarshat, Sakhaz, Zazagh; setiap huruf mempunyai nilai aritmetik diberikan kepadanya, dari 1 hingga 1,000. Susunan ini mungkin dilakukan pada abad ke-3 Hijrah pada zaman Abbasiyah, berikutan amalan penutur bahasa Semitik lain seperti bahasa-bahasa Aramia, Ibrani, Syriac dan Kasdim.

Dengan mengambil kira nilai angka semua huruf-huruf dalam bismillah, menurut abjad susunan, jumlahnya ialah 786. Di benua kecil India angka Abjad telah menjadi popular. Sesetengah orang – kebanyakannya di India dan Pakistan – menggunakan 786 sebagai pengganti untuk Bismillah ("Dengan nama Allah"). Mereka menulis nombor ini untuk mengelakkan daripada menulis nama Allah atau ayat-ayat al-Quran pada kertas biasa (yang boleh menjadi kotor atau bersentuhan dengan bahan-bahan haram). Amalan ini tidak datang dari zaman Nabi Muhammad SAW, dan tidak diterima secara meluas oleh umat Islam.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]