Bater

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
A spoon pouring batter into a bowl
Satu bater cair untuk membuat lempeng

Bater merupakan satu bancuhan campuran kombinasi tepung bersama bahan cecair, seperti air, susu, santan atau bir. Telur juga merupakan komponen biasa digunakan. Selalu juga bahan penaik digunakan, bagi menampakkan adunan kelihatan ringan dan berangin.[1]. Adunan ini boleh jadi pekat atau cair.

Kelikatan atau kadar kecairan adunan mengikut kadar sukatan cecair yang digunakan. Bagi mendapatkan hasil untuk dimakan, bater boleh dimasak dengan cara goreng, bakar dan kukus. Satu adunan cair boleh dijadikan satu bahan yang manis ataupun berherba. Bahan masakan seperti garam juga kadang-kadang ditambah sebagai bahan perisa. Buah-buahan, rempah-ratus dan sayur-sayuran boleh juga ditambah dijadikan bahan perisa.

Bater boleh dipukul dengan tangan ataupun menggunakan pengisar.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Bater datang dari perkataan Perancis lama, sekitar awal kurun ke-14, merujuk perbuatan memukul, batre, di akhir kurun ke-14, merujuk kata nama batteure. Dari kata nama Latin battuere membawa erti perbuatan untuk mengetuk, memukul.[2]

Jenis[sunting | sunting sumber]

Cair[sunting | sunting sumber]

Sukatan cecair adalah agak tinggi,bersamaan 250ml atau 1 cawan. Konsistensi adunan agak berkrim dan cair. Mudah dituang dan disebarkan. Bila dituang ke kuali ia cepat merebak menjadi lapisan nipis. Ia boleh digunakan sebagai tepung sadur, seperti makanan Jepun iaitu tempura. Di Malaysia, bater jenis ini dijadikan kuih seperti kek, apam, lempeng, roti jala atau roti kirai, kuih serabai.

Pekat[sunting | sunting sumber]

Sukatan cecair adalah rendah, bersamaan 125ml atau 1/2 cawan.[3] Konsistensi adunan berkrim dan lebih pekat. Adunan agak likat dan sukar dituang kerana agak likat. Sukar merebak dalam kuali kerana agak likat. Juga boleh dijadikan bahan penyadur. Di Malaysia, bater jenis ini boleh dibuat kuih seperti kuih rengas (kuih kacang/kuih kasturi), cucur udang, cucur bawang dan lempeng kelapa.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.