Bathilda Bagshot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bathilda Bagshot ialah seorang watak kecil dalam siri novel Harry Potter. seorang sejarawan terkenal dan juga pengarang buku Sejarah Sihir. Kenalan lama keluarga Albus Dumbledore ini tinggal di Godric's Hollow, dan pernah berjiran dengan James dan Lily Potter. Gellert Grindelwald ialah cucu saudaranya yang tinggal di Godric's Hollow setelah diusir dari Durmstrang. Bathilda ialah sumber maklumat utama bagi biografi Dumbledore oleh Rita Skeeter yang menjampinya dengan Veritaserum; mungkin sekali ingatannya turut diubah-ubah selepas "wawancara" tersebut.[1] Harry hendak ke Godric's Hollow untuk memperoleh maklumat dari Bathilda; oleh sebab dia menyangka Dumbledore mengamanahkan Pedang Gryffindor kepadanya. Dia mati sebelum Harry sempat tiba di Godric's Hollow, mungkin angkara Lord Voldemort yang menjampi mayatnya untuk dijadikan samaran bagi ularnya, Nagini untuk menunggu Harry. Ular tersebut kemudiannya diarah menahan Harry sebaik sahaja dia tiba di rumah Bathilda untuk mencari pedang tersebut agar mudah bagi Voldemort untuk menewaskannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dalam buku Harry Potter dan Azimat Maut, Bab 18, didapati bahawa Bathilda Bagshot dihantar salinan The Life and Lies of Albus Dumbledore yang disisipkan nota: "Dear Batty, Thanks for your help. Here's a copy of the book, hope you like it. You said everything, even if you don't remember it. Rita."

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.