Batik

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Batik berasal dari kata Jawa "amba" yang bermakna menulis dan kata Jawa "nitik" yang bermakna membuat titik. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap.Teknik Batik telah diketahui lebih seribu tahun, kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Nigeria, Cameroon dan Mali, atau di Asia, seperti India, Sri Lanka, Bangladesh , Iran, Thailand, Indonesia, dan Malaysia.Batik telah menjadi sebahagian dari budaya dunia terutama di alam Melayu,dan sejak lama yang merangkumi negara ASEAN.

Pada masa kini terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai batik moden bagi memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah, tetapi batik tradisi turut dihasilkan disamping itu.

Isi kandungan

[sunting] Budaya batik

[sunting] Baju batik di Indonesia

Pada awalnya baju batik kerap dikenakan pada acara acara rasmi untuk menggantikan baju jas. Tetapi dalam perkembangannya pada masa Orde Baru baju batik juga dipakai sebagai pakaian rasmi siswa sekolah dan pegawai negeri (batik Korpri) yang menggunakan seragam batik pada hari Jumaat. Perkembangan selanjutnya batik mulai bergeser menjadi pakaian sehari-hari terutama digunakan oleh kaum wanita. Pegawai swasta biasanya memakai batik pada hari Khamis atau Jumaat.

[sunting] Baju batik di Malaysia

Setiap hari Khamis, semua kakitangan awam lelaki di Malaysia dikehendaki memakai baju batik Malaysia mulai 17 Januari 2008. Sebelum ini peraturan memakai baju batik hanya pada hari Sabtu sahaja. Kemudian diubah kepada 1 haribulan dan 15 haribulan. Tetapi orang ramai mudah lupa menyebabkan kembali semula kepada sistem lama berdasarkan hari.[1]

[sunting] Lihat juga

[sunting] Rujukan

  1. Peraturan baru pakaian batik bagi kakitangan awam, Bernama

[sunting] Pautan luar