Batu Kurau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Batu Kurau
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 4°58′38″N 100°48′00″E / 4.9771°N 100.8001°E / 4.9771; 100.8001
Negara Malaysia
Negeri Perak Darul Ridzuan
DaerahLarut, Matang dan Selama
Aras45 m (148 ft)

Batu Kurau ialah sebuah mukim yang terletak di dalam pentadbiran Daerah Larut dan Matang di negeri Perak, Malaysia.[2] Batu Kurau terkenal akan hasil buah durian.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Batu Kurau merupakan salah sebuah mukim di daerah Larut Matang yang terletak kira-kira 20 Km dari Bandar Taiping. Batu kurau boleh dilawati dengan melalui Jalan Besar dari Kamunting ke Batu Kurau atau dari Selama melalui Jalan Redang Panjang atau Jalan Pondok Tanjung ke Batu Kurau.

Dari sudut sejarah, Batu Kurau telah dibuka sejak tahun 1850-an lagi, apabila pemimpin Batu Kurau yang pertama iaitu Tok Amar Wan Kasa Bin Raja Hulubalang Pattani telah dilantik menjadi Penghulu pada tahun 1859-1867. Dalam hal ini didapati sejarah kewujudan mukim Batu Kurau adalah sezaman dengan sejarah pembukaan dan kemajuan bandar Taiping pada tahun 1850-1857 semasa Long Jaafar menjadi pembesar di jajahan Larut (Taiping).

Menurut orang tua-tua, asal-usul nama Batu Kurau diambil sempena daripada seketul batu besar yang menyerupai ikan kurau terletak di tebing Sungai Kurau (berhampiran jambatan jalan raya Kampung Batu 14). Sungai ini berpunca daripada beberapa batang anak sungai dari Kampung Sempeneh, Anak Kurau, Changkat Lobak hingga ke Kampung Pondok Tanjung, seterusnya mengalir ke Bukit Merah dan masuk muara di Kuala Kurau, daerah Kerian.[3]

Penduduk di Batu Kurau kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu keturunan Pattani yang mempunyai pertalian darah dengan penduduk wilayah Pattani, Selatan Thai. Sememangnya orang Pattani suka memilih tempat yang strategik untuk membuka kampung sesuai dengan cara hidup mereka yang bercucuk tanam dan menternak haiwan. Mereka suka tinggal di kawasan kaki bukit yang mempunyai lata sungai yang jernih airnya serta kawasan tanah pamah yang berpaya untuk menanam padi. Kawasan kaki bukit memang sesuai untuk tanaman pokok buah-buahan seperti durian, langsat, manggis, cempedak dan sebagainya; sementara lata yang mengalir ke sungai-sungai dapat membekalkan air ke sawah padi. Justeru, kehidupan orang Pattani yang begitu simbiosis dengan faktor alam semula jadi ini telah menjadi satu nostalgia sebagaimana dengan serangkap lagu lama orang Pattani seperti di bawah :

Ayun pak pek pak pong,
Gulai asam pedas,
Pakai baju tampung,
Lenggang bagai duras,
Duras buaya kampung,
Hilir-hilir mudik,
Mana kampung kita,
Balik sana bukit!

Justeru, walau di mana jua di negara ini, jika kita melihat pemandangan topografi seperti ini sudah pasti penduduknya adalah terdiri daripada orang-orang Pattani. Sebagai contoh di negeri Perak orang Pattani juga tinggal di Ijok, Selama, Bukit Gantang, Air kuning, Lenggong, Gerik dan Pengkalan Hulu; sementara di Kedah pula seperti di Baling dan juga Sik.

Nama-nama tokoh besar yang lahir dari Batu Kurau ialah seperti Allahyarham Dato’ Seri Hj. Kamaruddin B. Mat Isa mantan Menteri Besar Perak yang kelima (1970-1974) yang berasal dari Kampung Batu 16. Selain itu, Allahyarham Tuan Hj. Muhammad Saman B. Muhammad yang lebih dikenali sebagai Hj. Mat Saman Kati (1922-1995) berasal dari Kampung Relau Berdiri, Batu 16; merupakan seorang ulama terkenal dan pernah dilantik sebagai Mufti negeri Perak dari tahun 1978-1986.

Terbaru, ialah Datuk Ustaz Mohammad Kazim Elias atau dikenali dengan gelaran UKE. Beliau adalah penceramah bebas yang terkenal di Malaysia. Sering beliau menyampaikan ceramah dengan nada yang santai dan bersahaja juga diselit komedi kekeluargaan bagi menarik perhatian pendengar.


Penghulu[sunting | sunting sumber]

Nama-nama Penghulu mukim Batu Kurau dari zaman dahulu hingga sekarang adalah seperti berikut : [4]


  1. Tok Amar Wan Kasa B. Raja Hulubalang Petani (1859-1867)
  2. Wan Musa B. Tok Amar Wan Kasa (1868-1881)
  3. Tok Semanggik B. Wan Musa (1882-1887)
  4. Wan Teh Safiah Bt.Wan Ismail (1888-1889)* Satu-satunya Penghulu kaum wanita
  5. Mohd. Ali B. Tok Amar Wan Kasa (1890-1895)
  6. Hj. Mohd. Noh B. Laksamana Mohd. Amin (1896-1897)
  7. Hj. Mohd. Saman B. Hj. Mohd. Amin (1898-1901)
  8. Raja Chik Abd. Hamid B. Raja Hj.Yahaya;Tok Muda Imam Paduka Tuan (1902-1904)
  9. Raja Hj.Yahaya B. Raja Syed Mohd. Ali (1905-1907)
  10. Raja Shahbuddin B. Raja Dagang; Tok Seri Rakna (1908-1910)
  11. Hj. Abdullah Ali B. Retam; Tok Perdana (1911-1913)
  12. Mohd. Sulaiman B. Salleh (1914-1919)
  13. Mohd. Sajak B. Pandak; Tok Rakna Sakti (1920-1930)
  14. Pandak Abd. Karim B. Doya; Tok Rakna Bongsu (1931-1936)
  15. Mat Piah B. Abdullah (1937-1946)
  16. Hj. Wan Abd. Manan B. Hj. Wan Abu Bakar (1947-1953)
  17. Raja Sulaiman B. Raja Abdullah (1954-1960)
  18. Meor Mohd. Yusoff B. Hj. Meor Hamzah (1961-1962)
  19. Raja Ismail B. Raja Ahmad Tajuddin (1963-1969)
  20. Megat Amir B. Megat Yahia (1969-1971)
  21. Wan Abdullah B. Wan Im (1972-1974)
  22. Abd. Aziz B. Hj. Rafie (1975-1979)
  23. Zolkapli B. Adnan (1980-1987)
  24. Hj.Tun Yaacob B. Hj.Tun Abd. Raffar (1988-1993)
  25. Zolkapli B. Adnan (1994-2006)
  26. Zulkhalil B. Hj. Ahmad Razali (2007)

Kampong[sunting | sunting sumber]

Batu Kurau mempunyai lebih dari seratus buah kampung, dan diantaranya ialah :-[5]

  1. Kampung Batu 14
  2. Kampung Batu 15
  3. Kampung Batu 16
  4. Kampung Batu 20
  5. Kampung Pantai Besar Ulu
  6. Kampung Sungai Ara
  7. Kampung Gudang
  8. Kampung Relang
  9. Kampung Jelai
 10. Kampung Air Hitam
 11. Kampung Pondok Quin
 12. Kampung Bukit Bertam
 13. Kampung Changkat Perah
 14. Kampung Titi Kasai
 15. Kampung Jabi
 16. Kampung Repoh
 17. Kampung Sempeneh Cempaka
 18. Kampung Anak Kurau
 19. Kampung Perak
 20. Kampung Ulu Sepetang
 21. Kampung Pondok Tanjung
 22. Kampung Changkat Lobak
 23. Kampung Padang Lalang
 24. Kampung Sungai Akar
 25. Kampung Cherok Pelanduk
 26. Kampung Changkat Mesjid
 27. Kampung Changkat Madrasah
 28. Kampung Becah
 29. Kampung Simpang Empat
 30. Kampung Simpang Empat Tengah
 31. Kampung Anak Kurau Seberang
 32. Kampung Sempeneh Seberang
 33. Kampung Perak
 34. Kampung Titi Kasai Tengah
 35. Kampung Lilin
 36. Kampung Cherok Kelian
 37. Kampung Batu 14 1/2
 38. Kampung Batu 15 1/2
 39. Kampung Changkat Semambu
 40. Kampung Pantai Besar Ijok
 41. Kampung Pantai Besar Batu Kurau
 42. Kampung Bawah Gunung
 43. Kampung Changkat Larah
 

Selain itu, ia juga mempunyai beberapa buah kampung kecil yang lain di bawah seliaan Jawatan Kuasa Kerja Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung masing-masing.

Masjid di Batu Kurau[sunting | sunting sumber]

  1. Masjid Al-a'la, Kampung Titi Kasai 34500 Batu Kurau
  2. Masjid Al-kahfi, Kampung Jelai 34520 Batu Kurau
  3. Masjid Al-kurawi, Kampung Batu 15 34500 Batu Kurau, Taiping
  4. Masjid Ar-Ridzuaniah, Kampung Perak 34500 Batu Kurau
  5. Masjid As-samaniah, Kampung Pantai Besar 34520 Batu Kurau
  6. Masjid Batu 20, Kampung Batu 20 34200 Batu Kurau, Taiping
  7. Masjid Darul Falah, Kampung Sungai Ara 34520 Batu Kurau
  8. Masjid Islahiah Ulu Sepetang, Batu Kurau 34010 Taiping
  9. Masjid Jamek Kampung Anak Kurau 34500 Batu Kurau, Taiping
  10. Masjid Kamaliah, Kampung Air Hitam 34520 Batu Kurau, TaipIng
  11. Masjid Kampung Bukit Bertam, Kampung Bukit Bertam 34500 Batu Kurau
  12. Masjid Kampung Changkat Perah, Kampung Changkat Perah 34500 Batu Kurau
  13. Masjid Kampung Sempeneh Cempaka, Kampung Sempeneh Cempaka, 34500 Batu Kurau
  14. Masjid Kampung Gudang, Kampung Gudang, Batu Kurau
  15. Masjid Kampung Relang, Kampung Relang, Jelai 34520 Batu Kurau
  16. Masjid Kampung Repoh, Kampung Repoh 34500 Batu Kurau
  17. Masjid Tajul Qamar, Kampung Sempeneh Seberang 34500 Batu Kurau
  18. Masjid Sungai Jernih, Kampung Sungai Jernih, Ijok 34510 Batu Kurau
  19. Masjid Al-Ehsaniah, Bagan Baru Ijok 34510 Batu Kurau
  20. Masjid Al-Syukriah Felda Ijok 34120 Selama
  21. Masjid Ar-Rahman, Redang Panjang Ijok 34510 Batu Kurau
  22. Masjid Toh Paduka, Kampung Masjid, Ijok 34510 Batu Kurau
  23. Masjid Tuan Haji Yunus Sungai Segar, Ijok 34510 Batu Kurau

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Batu Kurau, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. Dicapai pada 24 Mei 2021.
  2. ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  3. ^ http://pdttaiping.perak.gov.my/my/informasi/bandar-taiping/mukim-batu-kurau.html
  4. ^ Mukim Batu Kurau - Senarai Nama Penghulu Batu Kurau (2 muka surat)
  5. ^ Mukim Batu Kurau - Senarai Kampung di Batu Kurau

Pautan luar[sunting | sunting sumber]