Bawang Putih Bawang Merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bawang Putih Bawang Merah ialah sebuah cerita rakyat lama di Kepulauan Melayu yang terkenal. Ia mengisahkan tentang Bawang Puteh yang kehilangan ibu bapa dan terpaksa duduk di bawah jagaan ibu tirinya yang membencinya, begitu juga dengan saudara tirinya "Bawang Merah". Namun akhirnya Bawang Puteh berkahwin dengan putera raja dan hidup gembira di dalam Istana.

Dalam cerita asal bahasa Melayu, Bawang Merah merupakan prognosis (yang selalu mengalir air mata) sementara Bawang Putih (yang berbau kuat) menjadi antagonis penjahat.[1] Bagaimanapun kini watak Bawang Putih pula ditonjolkan sebagai watak utama dengan watak Bawang Merah menjadi jahat.

Kisah ini pernah dirakamkan sebagai sebuah filem klasik Bawang Putih Bawang Merah lakonan Datin Umi Kalthom dan Latiffah Omar yang diterbitkan Cathay Keris Filem pada 1959. Filem klasik ini arahan Datuk S Roomai Noor telah diolah daripada novel Bawang Putih Bawang Merah karya asal Allahyarham Salleh Ghani, juga bertindak sebagai penulis skrip dan penolong pengarah filem itu. [2]

Adaptasi cerita[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]



Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]