Bayangan Galactica

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bayangan Galactica (Jepun: シャドウ・ギャラクティカ, Hepburn: Shadō Gyarakutika) merupakan sekumpulan karekter fiksyen, iaitu watak antagonis terakhir dalam siri Sailor Moon yang dicipta oleh Naoko Takeuchi. Bayangan Galactica bertindak dengan mencuri "Benih Bintang" iaitu intisari kehidupan semua makhluk di alam semesta. Tujuan mereka adalah untuk membentuk semula alam semesta seperti yang dimahukan oleh Chaos.

Watak-Watak Utama[sunting | sunting sumber]

Sailor Galaxia[sunting | sunting sumber]

Sailor Galaxia (Jepun: セーラーギャラクシア, Hepburn: Sērā Gyarakushia) adalah watak antagonis utama dalam siri kelima Sailor Moon. Dia juga adalah musuh terkuat Sailor Moon. Dia menyatakan dirinya sebagai Ratu Bayangan Galactica yang bersinar keemasan. Dia berazam untuk mengumpulkan semua Kristal Srikandi Sailor di alam semesta untuk menjadi pemerintah mutlaknya. Kristal miliknya, iaitu Kristal Lazuardi, dikatakan antara kristal Srikandi Sailor paling berkuasa di alam semesta.

Di dalam manga, sebelum bermulanya siri "Sailor Moon", Sailor Galaxia lahir di sebuah planet kecil yang dianggapnya sebagai "sampah". Dia berkelana sendiri sehinggalah kuasanya bangkit. Namun tanpa tujuan hidup yang nyata, dan tidak puas dengan hanya menjadi seorang Srikandi Sailor, dia mencari kuasa. Dia meninggalkan planetnya untuk mencari planet lain yang lebih sesuai buatnya. Di masa pencariannya itu, dia telah bertemu Chaos dalam bentuk Death Phantom. Chaos menunjukkannya Galaxy Cauldron dan akhirnya Galaxia mengetahui bahawa untuk mengawalnya, dia perlu mengumpulkan Kristal Sailor dari semua Srikandi Sailor di seluruh galaksi dan dengan menggabungkan semua Kristal tersebut dan Kristal Sailor Moon, dia dapat mengalahkan Chaos untuk menjadi pemerintah seluruh galaksi.

Dia kemudian membentuk Bayangan Galactica dan berkelana dari planet ke planet, memusnahkan setiap darinya dan mencuri Benih Bintang dari Srikandi Sailor yang menjadi penjaga planet tersebut. Semasa sampai di Bumi, dia telah mencuri Benih Bintang keemasan Tuxedo Bertopeng di depan mata Usagi; dan selepas itu, bersama konco-konconya, mencuri Benih Bintang semua Srikandi Sailor yang ada di Bumi sehingga hanya yang tinggal adalah Usagi dan ChibiChibi.

Pertarungan antara Sailor Moon dan Galaxia berlarutan hingga ke Galaxy Cauldron dan akhirnya Galaxia hampir dibunuh oleh Chaos dengan menolaknya jatuh ke gaung. Sailor Moon menyelamatkannya dan pada saat akhir itulah, dia menyedari, dia sebenarnya mencari kasih sayang, bukannya kuasa. Pada masa Galaxia menghulurkan tangannya kepada Sailor Moon, gelangnya yang menjadi sumber kuasa dan hidupnya berkecai dan dia akhirnya musnah.

Menurut adaptasi anime, Sailor Galaxia adalah Srikandi Sailor terkuat di alam semesta. Dia mengakhiri siri Peperangan Para Sailor dengan mengurung sumber segala kejahatan, iaitu Chaos di dalam tubuhnya. Namun, ianya merosakkan tubuh dan fikiran Galaxia dan dia mula memusnahkan banyak planet. Apabila mula menyerang Sistem Suria, dia meleraikan sumpahan Ratu Nehelenia untuk memaksa kebangkitan Sailor Saturn. Selepas Ratu Nehelenia telah diselamatkan, Galaxia mengarahkan Srikandi Animamates untuk mencuri Benih Bintang dari para Srikandi Sailor, namun tidak berjaya. Pertarungan antara Galaxia dengan Sailor Moon berakhir dengan Chaos dibebaskan dari tubuh Galaxia. Akhirnya Galaxia kembali ke angkasa lepas untuk mengembalikan semua Benih Bintang Srikandi Sailor yang dicuri ke tempat asalnya.

Chaos[sunting | sunting sumber]

Chaos (Jepun: カオス, Hepburn: Kaosu) adalah antagonis di dalam siri terakhir Sailor Moon.

Chaos dikatakan menghantar jelmaan-jelmaannya dalam bentuk musuh yang pernah ditentang Sailor Moon, iaitu Ratu Metalia, Wiseman, Pharaoh 90 dan Ratu Nehelenia. Dia memperalatkan Sailor Galaxia untuk mencuri semua Benih Bintang yakni Kristal Srikandi Sailor supaya dia dapat membebaskan dirinya dan menguasai alam semesta. Dia digambarkan sebagai suatu "jisim ruang 4 dimensi" hitam yang tersangat besar semasa pertarungannya dengan Sailor Moon.

Akan tetapi, dengan bantuan semua para Srikandi Sailor, Sailor Moon berjaya mengurungnya kembali ke dalam Galaxy Cauldron dan semua yang telah terkorban dikembalikan ke planet masing-masing dan pada masanya sendiri. Akan tetapi, dikatakan bahawa Chaos tidak mati dan berkemungkinan akan kembali sebagai Sailor Chaos di masa Sailor Cosmos wujud.

Sailor Chaos[sunting | sunting sumber]

Sailor Chaos (Jepun: セーラーカオス, Hepburn: Sērā Kaosu) digambarkan sebagai Chaos yang dilahirkan semula. Menurut Sailor Cosmos, Chaos akan muncul kembali dari Galaxy Cauldron sebagai Srikandi Sailor yang kuat. Sailor Cosmos yang tidak mahu peperangan antara dia dengan Sailor Chaos berlarutan, akhirnya kembali ke masa lampau sebagai Chibichibi dan meyakinkan Sailor Moon untuk memusnahkan Galaxy Cauldron supaya peperangan yang disebabkan oleh Chaos dihentikan serta-merta.

Srikandi Animamates[sunting | sunting sumber]

Srikandi Animamates (Jepun: セーラーアニマメイツ, Hepburn: Sērā Animameitsu) merupakan konco-konco Sailor Galaxia dalam misinya mengumpulkan Benih Bintang. Mereka muncul dalam manga dan anime. Nama-nama mereka bermula dengan "Sailor" diikuti dengan nama unsur kimia (biasanya logam atau aloi) dan nama haiwan. Mereka diketuai oleh Sailor Chi dan Sailor Phi di dalam manga, dan Sailor Lead Crow di dalam anime.

Di dalam manga, walaupun mereka bergelar Srikandi Sailor, mereka bukanlah Srikandi Sailor yang sejati, tetapi hanyalah makhluk hidup biasa yang telah menyerahkan benih bintang mereka kepada Galaxia. Malah, di dalam manga, dikatakan bahawa mereka telah membunuh Srikandi Sailor di planet mereka sendiri untuk memuaskan hati Galaxia. Antara Srikandi Sailor yang telah dibunuh oleh mereka ialah Sailor Coronis, Sailor Mau, Sailor Chu dan Srikandi Sailor yang menjadi penjaga planet Mermaid dan Cocoon.

Di dalam anime, Puteri Kakyuu menyatakan bahawa Sailor Tin Nyanko sebelumnya adalah Srikandi Sailor yang sejati. Para Srikandi Animamates ini menyamar sebagai pekerja di stesen TV Galaxy ("Ginga Terebi") supaya dapat lebih mendekati mangsa-mangsa mereka. Mereka mencari Benih Bintang yang dapat bersinar abadi, biarpun dikeluarkan dari tubuh pemiliknya. Mereka memakai sepasang gelang emas Galaxia yang memberi mereka kuasa untuk menjadi Srikandi Sailor, mengambil benih bintang dari mangsa mereka dan menukarkan mangsa mereka menjadi Faj. Setiap di antara mereka ini telah menyerahkan Kristal Sailor kepada Galaxia dan sekiranya gelang emas tersebut ditanggalkan dari mereka, mereka akan musnah. Sailor Moon bertarung dengan setiap di antara mereka dan hanya dia yang mampu mengembalikan benih bintang Faj tadi ke dalam tubuh pemiliknya. Srikandi Animamates mampu berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan pondok telefon hitam.

Sailor Iron Mouse[sunting | sunting sumber]

Sailor Iron Mouse (Jepun: セーラーアイアンマウス, Hepburn: Sērā Aian Mausu) adalah Srikandi yang pertama muncul di antara Srikandi Animamates. Nama manusianya, Chiūko Nezu (Jepun: 根津 宙子), berkait dengan sifatnya yang seperti tikus. Dia bersifat keanak-anakan dan mudah merasa tegang, dan sangat menggeruni Galaxia. Dia sangat pendek, menyukai pekerjaannya serta menjadikan orang ternama sebagai mangsanya.

Iron Mouse bertarung dengan Srikandi Sailor semasa konsert gabungan di antara Srikandi Cahaya Bintang dan Sailor Neptune. Yaten Kou memusnahkannya sebelum dia sempat menyerang. Dikatakan bahawa Sailor Iron Mouse telah membunuh Sailor Chu, Srikandi penjaga planet asalnya iaitu planet Chu dan mengambil Benih Bintangnya supaya dia dapat menjadi Srikandi Sailor.

Sailor Aluminum Siren[sunting | sunting sumber]

Sailor Aluminum Siren (Jepun: セーラーアルーミナムセイレーン, Hepburn: Sērā Arūminamu Seirēn) muncul selepas Sailor Iron Mouse dimusnahkan. "Seiren" adalah nama satu watak dalam mitos Yunani di mana ia menggoda para kelasi dan pelayar dengan suaranya yang merdu. Nama manusianya ialah Reiko Aya (Jepun: 彩 れい子) dan kebolehannya berkait rapat dengan manipulasi lagu. Anime menggambarkannya sebagai seorang yang sangat bersopan santun dan suka makan. Akan tetapi, apabila bertarung, dia boleh berubah menjadi seorang yang kejam.

Di dalam manga, dia berjaya mengambil Benih Bintang Sailor Mercury dan Sailor Jupiter, serta cuba menyerang Usagi dan Seiya dengan serangan "Galactica Tsunami". Anime menggambarkan dia sebagai salah seorang pesaing Sailor Lead Crow dalam perlumbaan mendapat kedudukan nombor satu di kalangan Srikandi Animamates. Dia berjaya mengetahui identiti sebenar Sailor Moon sebagai Usagi dan hampir berjaya mendapat Benih Bintangnya. Akan tetapi Srikandi Sailor dan Srikandi Cahaya Bintang menghalang dia. Disebabkan kegagalannya memperoleh sebarang Benih Bintang, Galaxia mengambil kembali gelang emas yang dipakai oleh Siren dan akhirnya membawa kepada kemusnahannya.

Sailor Lead Crow[sunting | sunting sumber]

Sailor Lead Crow (Jepun: セーラーレッドクロウ, Hepburn: Sērā Reddo Kurō) adalah watak ketiga di kalangan Srikandi Animamates yang muncul. Nama manusianya ialah Akane Karasuma (Jepun: 烏丸 あかね), yang berkait dengan sifat burung gagak. Di dalam anime, dia adalah satu-satunya Srikandi Animamates yang bertarung dengan semua Srikandi Pelindung Sailor Moon dan meskipun seorang yang panas baran, tetapi handal bertarung.

Di dalam manga, dia muncul di kuil Rei Hino untuk bersemuka dengan dua ekor burung gagak yang dipelihara oleh Rei Hino, iaitu Phobos dan Deimos. Dikatakan, Phobos dan Deimos dipilih oleh Puteri Mars untuk menjadi penjaganya. Dikatakan juga, Sailor Lead Crow telah membunuh Sailor Coronis, Srikandi penjaga planet Coronis, iaitu planet asal Phobos, Deimos dan Crow sendiri, dan mengambil Benih Bintang Coronis supaya dia boleh menjadi Srikandi Sailor. Dia menyerang mereka berdua dengan serangan "Galactica Tornado" dan berjaya memperoleh Benih Bintang kedua-duanya. Sailor Moon kemudian memusnahkan Crow dengan serangan Kucupan Sinar Bintang Bulan Madunya.

Adaptasi anime pula menyatakan bahawa dia adalah pesaing bagi Sailor Aluminum Siren. Dia juga adalah ketua semua Srikandi Animamates, dan menganggap Siren sebagai pesaing terkuatnya. Walaupun sebagai pesaingnya, dia sangat mengambil berat terhadap Siren dan sering bersama dia dalam pencarian Benih Bintang. Selepas Siren dimusnahkan oleh Galaxia, dia cuba menyambung tugas Siren dan akhirnya melalui buku catatan Siren yang ditinggalkannya, dia mengetahui identiti sebenar Usagi, rakan-rakannya dan Three Lights sebagai Srikandi Sailor. Dia memerangkap Sailor Moon dengan mewujudkan lohong hitam dari gelang emas Galaxia dan mengancam untuk memusnahkan rakan-rakan dan seluruh sekolahnya dengan membebaskan lohong hitam tersebut. Usagi terpaksa menurut permintaan Crow dan membiarkan Benih Bintangnya diambil bagi menyelamatkan rakan-rakannya. Crow hampir berjaya memperoleh Benih Bintang Usagi, namun Sailor Tin Nyanko menyerang Crow dan menyebabkan lohong hitam yang diwujudkan terbebas dan memusnahkan Crow.

Sailor Tin Nyanko[sunting | sunting sumber]

Sailor Tin Nyanko (Jepun: セーラーティンにゃんこ, Hepburn: Sērā Tin Nyanko) adalah Srikandi Animamates yang keempat muncul. Nama manusianya, iaitu "Nyanko Suzu" mempunyai kaitan dengan sifat seekor kucing. Manga memperkenalkan wataknya sebagai seorang pelajar pertukaran dari Libya dan seperti Crow, dia bersemuka dengan Luna dan Artemis untuk mengambil Benih Bintang mereka. Dikatakan, Luna dan Artemis serta Tin Nyanko berasal dari planet Mau dan Tin Nyanko telah membunuh Sailor Mau, Srikandi penjaga planet tersebut. Tin Nyanko menyerang Luna dan Artemis tetapi Diana datang untuk melindungi mereka. Serangan "Galactica Puppet" dari Tin Nyanko menukarkan mereka menjadi manusia dan mencederakan tanda bulan sabit di dahi mereka sebelum kembali bertukar kepada kucing yang cedera parah.

Anime menceritakan Sailor Tin Nyanko adalah merupakan pesaing kepada Crow dan Siren. Melalui Crow, dia juga mengetahui identiti sebenar Usagi dan menyamar sebagai pelajar di sekolahnya. Semasa Tin Nyanko bertarung dengan Sailor Moon, Usagi cuba memulihkannya namun hanya mampu memusnahkan salah satu gelang emas Galaxia. Hal ini menyebabkan dia separuh tersedar dan mengalami dua identiti berbeza, iaitu Tin Nyanko baik di mana pakaiannya berwarna putih dan Tin Nyanko yang jahat di mana pakaiannya berwarna hitam.

Semasa konsert terakhir Three Lights, Tin Nyanko menyerang semua penonton akan tetapi disebabkan sebahagian dari dirinya mengarahkan dia untuk tidak menyerang, dia menjadi keliru. Puteri Kakyuu kemudiannya menyatakan bahawa Tin Nyanko juga adalah Srikandi Sailor sejati dan gelang Galaxia yang musnah itulah yang menyebabkan bahagian baiknya disedarkan semula. Pada masa inilah Galaxia muncul dan mengambil kembali sebelah gelang emasnya dari Tin Nyanko seterusnya memusnahkannya.

Sailor Heavy Metal Papillon[sunting | sunting sumber]

Sailor Heavy Metal Papillon (Jepun: セーラーヘビーメタルパピヨン, Hepburn: Sērā Hebīmetaru Papiyon) hanya muncul di dalam manga dan merupakan watak terakhir dari kalangan Srikandi Animamates yang diketengahkan. Papillon adalah perkataan Perancis yang bermaksud "rama-rama" dan di dalam budaya Jepun, rama-rama adalah simbol bagi jiwa seseorang. Dia berasal dari planet Cocoon dan digelar "Pemburu Jiwa". Dia menjadi penjaga perkuburan di tengah-tengah galaksi yang sentiasa dikelilingi rama-rama. Di sana, rama-rama tersebut adalah sisa dari Srikandi Sailor yang telah diambil Kristal Sailornya.

Dalam perjalanan Sailor Moon, Puteri Kakyuu dan ChibiChibi ke tengah-tengah galaksi, mereka bertemu dengan dia dan Papillon menunjukkan kepada mereka kubur yang sedang disediakan bagi mereka. Papillon kemudian menangkap mereka dan cuba membunuh mereka. Mujurlah Sailor Chibi Moon dan Srikandi Berempat tiba dan membebaskan mereka dengan serangan berkumpulan "Kucupan Membeku Sang Gadis Merah Jambu". Srikandi Berempat kemudiannya memusnahkan Papillon dengan serangan berkumpulan mereka iaitu "Panahan Hutan Amazon".

Pelayan-Pelayan[sunting | sunting sumber]

Sailor Lethe dan Sailor Mnemosyne[sunting | sunting sumber]

Sailor Lethe (Jepun: セーラーレテ, Hepburn: Sērā Rete) dan Sailor Mnemosyne (Jepun: セーラームネモシュネ, Hepburn: Sērā Munemoshune), seperti Papillon, hanya ada di dalam manga. Mereka berdua adalah saudara kembar dari planet kembar Lethe dan Mnemosyne. Planet tersebut digambarkan sebagai planet yang kecil, miskin dan sering dilanda peperangan dan kekacauan. Apabila Galaxia tiba di planet tersebut dan memusnahkan segalanya, Sailor Lethe dan Mnemosyne tidak mempunyai pilihan lain kecuali untuk mengikutnya dengan harapan, di satu masa, mereka akan menikmati kedamaian.

Di dalam mitos Yunani, Lethe merupakan nama penjaga sungai Lethe, sungai yang dikatakan wujud di dunia orang mati di mana jiwa-jiwa akan melalui sungai tersebut supaya ingatan kehidupan masa lampaunya dihilangkan sebelum dilahirkan semula. Mnemosyne pula merupakan penjaga sungai Mnemosyne, di mana ianya memberi semula ingatan dan kesedaran.

Di dalam manga, Sailor Lethe memperkenalkan dirinya sebagai seorang pendayung di sungai gurun. Dia memerangkap Sailor Moon di dasar Sungai Kehilangan, membunuh Luna, Artemis serta Diana dan cuba menyerang Sailor Moon dengan serangan "Galactica Myosotis Alpestris". Akan tetapi dia dihalang oleh Mnemosyne. Lethe berkata bahawa Kristal Perak Sailor Moon adalah punca segala kemusnahan dan kekacauan dan hanya dengan memusnahkannya, barulah kedamaian akan dicapai. Mengetahui hal tersebut, Sailor Moon memberi dirinya untuk dibunuh dan ini menyentuh hati Lethe dan Mnemosyne. Akhirnya mereka berdua sedar, peperangan akan terus berlaku walaupun Sailor Moon dimusnahkan. Ketika mereka hendak membebaskan Sailor Moon, mereka dibunuh oleh Sailor Chi dan Sailor Phi.

Sailor Chi dan Sailor Phi[sunting | sunting sumber]

ralat: {{nihongo}}: Teks Jepun dan romaji diperlukan (bantuan) dan ralat: {{nihongo}}: Teks Jepun dan romaji diperlukan (bantuan) merupakan pengikut Galaxia yang paling setia. Seperti Papillon, Lethe dan Mnemosyne, mereka hanya diketengahkan dalam manga. Nama mereka adalah berdasarkan dua abjad Yunani, X (Kai) dan Φ (Fai).

Pasangan ini dikenali sebagai Srikandi Penjaga Taman Kristal, yang bertugas menjaga Benih Bintang yang diletakkan di taman yang mengelilingi istana Galaxia. Mereka berfungsi sebagai utusan Galaxia, memantau konco-konconya dan memberi laporan mengenai tindakan mereka. Mereka telah membunuh Srikandi Cahaya Bintang, Sailor Kakyuu, Lethe dan Mnemosyne serta ramai lagi srikandi di alam semesta. Mereka akhirnya dimusnahkan oleh Sailor Moon.

Ahli-Ahli Lain[sunting | sunting sumber]

Manga menceritakan bagaimana Galaxia menghidupkan semula Tuxedo Mask dan semua Srikandi pelindung Sailor Moon, menjadikan mereka semua pengikutnya. Mereka menyerang Sailor Moon, Sailor Chibi Moon dan ChibiChibi melalui serangan asal mereka dengan versi "Galactica". Serangan bertubi-tubi tersebut menyebabkan Sailor Moon cedera dan kehilangan sayapnya, namun akhirnya dia memusnahkan gelang emas yang berada di tangan mereka dan mereka semua bertukar menjadi debu.

Di dalam anime, Uranus dan Neptune menerima tawaran Galaxia untuk menjadi pengikutnya apabila mereka berdua sudah tidak terdaya untuk bertarung dengan Galaxia. Sebagai gantinya, mereka harus memberi Benih Bintang mereka kepada Galaxia dan Galaxia memberi mereka gelang emasnya. Sebagai bukti kesetiaan Uranus dan Neptune terhadap Galaxia, mereka menyerang Sailor Pluto dan Sailor Saturn dan mengambil Benih Bintang mereka. Akan tetapi semua itu hanya sebagai samaran untuk mereka mencari peluang menyerang Galaxia dengan senjatanya sendiri dalam cubaan untuk mengeluarkan Benih Bintang Galaxia. Malang sekali Galaxia tidak mempunyai Benih Bintang dan akhirnya gelang emas Galaxia diambil kembali, membawa kepada kematian mereka.

Faj[sunting | sunting sumber]

Faj (Jepun: ファージ, Hepburn: Fāji) hanya muncul di dalam anime. Ianya merupakan satu jelmaan Sailor yang diwujudkan oleh Srikandi Animamates apabila mangsa mereka tidak memiliki Benih Bintang yang kekal bersinar dan menjadi hitam. Mereka bukanlah Sailor yang sebenar, melainkan hanya jelmaan yang menyerupai sifat utama atau hobi si pemilik benih bintang tersebut. Sailor Moon, melalui serangan "Kucupan Sinar Bintang Bulan Madu" dan "Kucupan Kuasa Kristal Perak Bulan", mampu memulihkan Faj ini kembali kepada manusia biasa serta mengembalikan benih bintang mereka ke dalam tubuh pemiliknya. Selain Sailor Moon, Puteri Kakyuu juga dikatakan mempunyai kuasa yang serupa.

Sekiranya mangsa memiliki Benih Bintang yang kekal bersinar biarpun selepas dikeluarkan dari tubuh pemiliknya, mangsa tersebut tidak akan bertukar menjadi Faj, sebaliknya tubuhnya akan lenyap menjadi kelipan bersinar yang akhirnya menghilang.

Penglihatan awal

Untuk menetapkan penglihatan awal templat, |state= parameter boleh digunakan:

  • |state=collapsed: {{Bayangan Galactica|state=collapsed}} untuk menunjukkan templat dikecutkan, iaitu, tersembunyi selain dari palang tajuknya
  • |state=expanded: {{Bayangan Galactica|state=expanded}} untuk menunjukkan templat dikembangkan, iaitu dapat dilihat sepenuhnya
  • |state=autocollapse: {{Bayangan Galactica|state=autocollapse}}
    • menunjukkan templat dikecutkan ke palang tajuk jika terdapat {{palangnav}}, {{palangsisi}}, atau sebarang jadual lain pada laman dengan atribut boleh lipat
    • menunjukkan templat dalam keadaan dikembangkan jika tiada terdapat benda boleh lipat yang lain pada laman

Jika parameter |state= tidak ditetapkan, penglihatan awal templat diambil daripada parameter |default= dalam templat. Untuk templat ini, yang tersebut sedang menilai ke autocollapse.