Beagle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Beagle
Imej beagle
Beagle triwarna
Nama lainBeagle Inggeris
Negara asalEngland
Trait
Berat Jantan 22–25 lb (10.0–11.3 kg)
Betina 20–23 lb (9.1–10.4 kg)
Tinggi 13–16 in (33–41 cm)
Bulu Lapis bulu keras sederhana panjang yang berbulu pendek
Warna Triwarna atau putih dalam gabungan dengan hitam dan sawo matang/perang atau perang/sawo matang atau kuning/putih
Jangka hayat 12.5 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Beagle[a] ialah satu baka anjing pemburu bau kecil yang berpenampilan serupa dengan anjing pemburu rubah yang jauh lebih besar. Beagle dikembangkan terutamanya untuk penjejakan kelinci yang dikenali sebagai beagling. Dengan deria bau yang hebat dan naluri penjejakan yang tinggi, beagle ialah baka utama yang digunakan sebagai anjing penghidu untuk import pertanian dan barang makanan terlarang dalam urusan kuarantin di seluruh dunia. Beagle merupakan anjing peliharaan popular kerana saiznya, perangai baiknya, dan kekurangan masalah kesihatan terwaris.

Baka moden dikembangkan di Great Britain pada sekitar tahun 1830-an daripada beberapa baka, termasuk anjing pemburu Talbot, beagle desa utara, anjing pemburu selatan, dan mungkin juga harrier.

Beagle telah digambarkan dalam kebudayaan popular sejak Era Elizabeth dalam kesusasteraan dan lukisan dan lebih terkini dalam filem, di televisyen, dan dalam buku komik.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu selatan disangkakan merupakan leluhur kepada beagle.

Asal usul beagle tidak diketahui.[1] Pada abad ke-11, William si Penakluk membawa anjing pemburu Santo Hubert dan anjing pemburu Talbot ke Britain. Di Britain, kedua-dua strain ini kemudian disilangkan dengan grehaun Inggeris untuk memberikan kelajuan dan stamina untuk pemburuan rusa.[2] Beagle serupa dengan harrier dan anjing pemburu selatan yang pupus, walaupun lebih kecil dan lebih perlahan.[1]

Sejak Zaman Pertengahan, kata beagle digunakan sebagai keterangan generik untuk anjing pemburu lebih kecil, walaupun anjing ini agak berbeza berbanding dengan baka moden. Baka-baka katik bagi anjing jenis beagle dikenali sejak zaman Edward II dan Henry VII, yang kedua-dua memiliki kawanan glove beagle ("beagle sarung tangan"), yang dinamai sedemikian kerana anjing ini cukup kecil untuk muat pada sarung tangan, dan zaman Ratu Elizabeth I membela baka yang dikenali sebagai pocket beagle ("beagle saku"), yang berdiri setinggi 8–9 inci (20–23 cm) pada paras bahu. Anjing yang cukup kecil untuk muat di dalam "saku" atau beg pelana ini tunggang sekali dalam perburuan. Anjing-anjing pemburu lebih besar mengejar mangsa ke paras tanah, kemudian para pemburu melepaskan anjing-anjing kecil untuk meneruskan perburuan melalui belukar. Elizabeth I merujuk anjing ini sebagai singing beagle baginda ("beagle menyanyi") dan kerap menghibur tetamu di meja diraja baginda dengan membiarkan pocket beagle baginda melompat-lompat di antara piring dan cangkir.[3] Sumber-sumber abad ke-19 merujuk baka-baka ini secara saling boleh tukar dan ada kemungkinan bahawa kedua-dua nama ini merujuk keragaman kecil sama. Dalam karya George Jesse, Researches into the History of the British Dog, dari tahun 1866, pemuisi dan penulis awal abad ke-17, Gervase Markham, dipetik merujuk beagle sebagai anjing yang cukup kecil untuk duduk di tangan seorang lelaki dan merujuk

beagle miten kecil kenit, yang mungkin merupakan pendamping untuk gaun wanita, dan di lapangan akan berlari selicik mana-mana anjing pemburu yang ada, hanya muziknya sangat kecil seperti rid. (terjemahan)[4]

Menjelang abad ke-18, dua baka telah dikembangkan untuk pemburuan kelinci dan arnab: anjing pemburu selatan dan beagle desa utara (atau anjing pemburu utara). Anjing pemburu selatan, iaitu anjing tinggi dan berat dengan kepala segi empat tepat dan telinga panjang dan lembut, banyak terdapat dari selatan Sungai Trent dan mungkin berkait rapat dengan anjing pemburu Talbot. Walaupun perlahan, ia memiliki stamina dan kebolehan penghiduan cemerlang. Beagle desa utara pula, mungkin silangan antara cabang stok anjing Talbot dengan grehaun Inggeris, dibiakbakakan terutamanya di Yorkshire dan banyak terdapat di kaunti-kaunti utara. Ia lebih kecil daripada anjing pemburu selatan, kurang berat, dan bermuncung lebih tajam. Ia lebih pantas daripada anjing pemburu selatan tetapi keboleh penghiduannya kurang berkembang baik.[5]

Piawaian untuk pocket beagle disusun selewat tahun 1901; susur galur genetik ini kini pupus, tetapi para pembiak baka moden telah mencuba untuk menghasilkan keragaman ini semula.[6]

Perkembangan baka moden[sunting | sunting sumber]

Reverend Phillip Honeywood menubuhkan kawanan beagle di Essex pada tahun 1830-an; kawanan ini dipercayai[oleh siapa?] membentuk asas untuk baka moden. Walaupun perincian bagi zuriat kawanan ini tidak tercatat, beagle desa utara dan anjing pemburu selatan disangkakan sangat diwakili; William Youatt mengesyaki bahawa harrier membentuk sebahagian besar pertalian darah beagle, tetapi asal usul harrier sendiri kabur.[1] Beagle Honeywood adalah kecil dan berdiri kira-kira setinggi 10 inci (25 cm) pada paras bahu, dan berwarna putih tulen menurut John Mills (yang menulis dalam The Sportsman's Library pada tahun 1845). Putera Albert dan Lord Winterton juga memilik kawanan beagle pada sekitar waktu ini, dan atas perkenan diraja, membawa kepada sedikit pemulihan minat terhadap baka ini, tetapi kawanan Honeywood dianggap sebagai yang terbaik antara ketiga-tiganya.[7]

Imej-imej awal beagle (ikut arah jam dari kiri atas): 1833, 1835, Medium oleh Stonehenge (1859, menggunakan imej "Beagle" 1852 oleh Youatt semula) dan beagle kerdil (1859)

Walaupun disebut sebagai penyumbang kepada perkembangan baka moden, Honeywood tertumpu pada penghasilan anjing untuk perburuan dan Thomas Johnson melakukan yang selebihnya untuk memperhaluskan pembiakbakaan untuk menghasilkan anjing yang merupakan pemburu menarik dan berkemampuan. Dua strain dikembangkan: keragaman berbulu kasar dan yang berbulu licin. Beagle berbulu kasar terus wujud sehingga permulaan abad ke-20, malah terdapat catatan tentang seekor yang menampilkan diri dalam pertunjukan anjing selewat tahun 1969, namun keragaman ini kini pupus, barang kali telah diserap ke dalam susur galur beagle piawai.[8]

Pada tahun 1840-an, jenis beagle piawai mula dikembangkan. Perbezaan antara beagle desa utara dengan anjing pemburu selatan telah hilang, tetapi masih ada variasi besar dari segi saiz, perwatakan, dan kebolehpercayaan dalam kalangan kawanan yang muncul.[9] Pada tahun 1856, "Stonehenge" (nama samaran bagi John Henry Walsh), yang menulis dalam Manual of British Rural Sports, masih membahagikan beagle kepada empat keragaman: beagle sederhana; beagle kerdil atau beagle riba; beagle rubah (versi lebih kecil dan lebih perlahan bagi foxhound); dan beagle berbulu kasar atau beagle terier, yang dikelaskan sebagai silangan antara mana-mana keragaman lain dengan salah satu baka terier Scotland.[10] Stonehenge juga memberikan permulaan bagi perihal piawai:

Dari segi saiz, beagle berukuran daripada 10 inci, atau malah kurang, hingga 15. Dari segi rupa bentuk, ia menyerupai anjing pemburu selatan lama yang katik, namun dengan lebih kerapian dan kecantikan; dan ia juga menyerupai anjing pemburu dalam gaya perburuan. (terjemahan)[10]

Menjelang tahun 1887, ancaman kepupusan semakin berkurang: terdapat 18 kawanan beagle di England.[11] The Beagle Club ("Kelab Beagle") ditubuhkan pada tahun 1890 dan piawaian pertama disusun pada masa sama.[12] Pada tahun berikutnya, Association of Masters of Harriers and Beagles (Persatuan Tuan Harrier dan Beagle) ditubuhkan. Kedua-dua pertubuhan bertujuan untuk melanjutkan kepentingan terbaik bagi baka ini, dan kedua-duanya berminat untuk menghasilkan jenis beagle piawai.[13] Menjelang tahun 1902, bilangan kawanan telah meningkat kepada 44.[11]

Eksport[sunting | sunting sumber]

Beagle digunakan di Amerika Syarikat sekurang-kurangnya menjelang tahun 1840-an, tetapi anjing-anjing pertama khususnya diimport untuk perburuan dan berkualiti berbeza. Oleh sebab Honeywood hanya telah memulakan pembiakbakaan pada tahun 1830-an, anjing-anjing ini barang kali bukan wakil bagi baka moden dan perihal mengenai anjing-anjing berkenaan sebagai anjing yang terlihat seperti dachshund bertungkai lurus dengan kepala lemah hanya sedikit serupa dengan piawaian. Usaha serius untuk mengasaskan susur galus berkualiti bermula pada awal tahun 1870-an apabila Jeneral Richard Rowett dari Illinois mengimportkan sebilangan anjing dari England dan memulakan pembiakbakaan. Beagle Rowett dipercayai telah membentuk model-model untuk piawaian Amerika pertama, yang disusun oleh Rowett, L. H. Twadell, dan Norman Ellmore pada tahun 1887.[14] Beagle diterima sebagai baka oleh American Kennel Club (AKC) pada tahun 1885.[15] Pada abad ke-20, baka ini telah tersebar ke seluruh dunia.[penjelasan lebih lanjut diperlukan]

Kepopularan[sunting | sunting sumber]

Jenis seragam untuk baka ini yang dikembangkan pada permulaan abad ke-20

Pada pembentukannya, Association of Masters of Harriers and Beagles mengambil alih penganjuran pertunjukan nalar di Peterborough yang telah bermula pada tahun 1889, dan The Beagle Club di United Kingdom mengadakan pertunjukan pertamanya pada tahun 1896.[12] Penunjukan nalar bagi baka ini membawa kepada perkembangan jenis seragam dan beagle terus terbukti sebagai kejayaan sehingga Perang Dunia Pertama tercetus apabila semua pertunjukan ditangguh. Selepas perang, baka ini sekali mengalami cabaran kemandirian di United Kingdom: pocket beagle terakhir barang kali lenyap semasa waktu ini, dan pendaftaran dicatat pada angka paling rendah sepanjang masa. Hanya ada sedikit pembiak baka (terutamanya Reynalton Kennels) yang dapat memulihkan minat terhadap anjing ini dan menjelang Perang Dunia Kedua, baka ini berprestasi baik lagi. Pendaftaran menurun lagi selepas hujung perang tetapi pulih dengan hampir segera.[16]

Sebagai anjing baka tulen, beagle sentiasa lebih popular di Amerika Syarikat dan di Kanada berbanding di tanah airnya, England. National Beagle Club of America ("Kelab Beagle Kebangsaan Amerika") ditubuhkan pada tahun 1888 dan menjelang tahun 1901, seekor beagle telah memenangi gelaran Best in Show. Sebagaimana di United Kingdom, kegiatan semasa Perang Dunia Pertama adalah minimal, tetapi baka ini menunjukkan pemulihan jauh lebih kuat di Amerika Syarikat apabila permusuhan tamat. Pada tahun 1928, ia memenangi sebilangan hadiah dalam pertunjukan Westminster Kennel Club dan menjelang tahun 1939, seekor beagle – Champion Meadowlark Draughtsman – telah merangkul gelaran top-winning American-bred dog untuk tahun itu.[17] Pada 12 Februari 2008, seekor beagle, K-Run's Park Me In First (Uno), memenangi kategori Best in Show dalam pertunjukan Westminster Kennel Club untuk kali pertama dalam sejarah pertandingan itu.[18] Di Amerika Utara, ia telah tekal berada dalam kalangan sepuluh baka paling popular selama lebih daripada 30 tahun. Dari tahun 1953 hingga tahun 1959, beagle menempati tangga ke-1 dalam senarai baka berdaftar American Kennel Club;[19] pada tahun 2005 dan pada tahun 2006, ia menempati tangga ke-5 antara 155 baka berdaftar.[20] Di United Kingdom, beagle tidak begitu popular, dengan tempat ke-28 dan tempat ke-30 dalam ranking pendaftaran dengan The Kennel Club pada tahun 2005 dan tahun 2006 masing-masing.[21] Di Amerika Syarikat, beagle merupakan baka ke-4 paling popular pada tahun 2012 dan tahun 2013, didahului oleh anjing pengutip Labrador, anjing gembala Jerman , dan anjing pengutip keemasan.[22]

Nama[sunting | sunting sumber]

Menurut Oxford English Dictionary, sebutan pertama bagi beagle dalam kesusasteraan Inggeris bertarikh kembali ke sekitar tahun 1475 dalam The Squire of Low Degree. Asal usul kata "beagle" tidak dipastikan, namun telah ada cadangan bahawa kata ini diterbitkan daripada kata beguele bahasa Perancis yang memaksudkan "tekak pintu".[23]

Sebab bagi kata beagle dalam beagle Kerry, yang hadir di Ireland sejak zaman Celt, tidak diketahui kerana pada ketinggian 22–24 inci (56–61 cm), ia jelas lebih tinggi daripada beagle zaman moden, dan malah lebih besar pada zaman sebelum ini. Sesetengah penulis mencadangkan bahawa kebolehan penghiduan beagle mungkin telah datang daripada pembiakbakaan silang antara strain-strain lebih awal dengan beagle Kerry. Ia, yang pada asalnya digunakan untuk pemburuan rusa, kini digunakan untuk pemburuan kelinci dan perburuan berkuda.[24]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Piawaian The Kennel Club (United Kingdom) menyatakan bahawa beagle patut mempamerkan wajah kualiti tanpa kekasaran.

Penampilan umum bagi beagle menyerupai foxhound katik namun kepalanya lebih lebar dan muncungnya lebih pendek dengan wajah yang sepenuhnya berbeza dan tungkainya lebih pendek secara berperkadaran dengan tubuhnya.[25] Ia pada umumnya setinggi 13–16 inci (33–41 cm) pada paras kelasa dan berukuran seberat 18–35 lb (8.2–15.9 kg), dengan betina yang lebih kecil sedikit berbanding dengan purata untuk jantan.[26] Ia mempunyai tengkorak licin yang agak berkubah dengan muncung berbentuk segi empat sama sederhana panjang dan hidung gumdrop hitam (atau kadang-kadang berwarna hati). Rahangnya kuat dan giginya bersentuhan dalam bentuk gunting dengan gigi atas yang muat dengan sempurna di hadapan gigi bawah. Kedua-dua set sejajar dengan sudut tegak dengan rahang. Matanya besar, berwarna hazel atau perang, dengan rupa merayu mirip hound. Telinga besarnya panjang, lembut, dan terletak rendah, serta membelok sedikit ke arah pipi dan membulat di hujung. Beagle mempunyai leher kuat dan sederhana panjang (yang cukup panjang untuk semudahnya membongkok ke tanah untuk menangkap bau), dengan sedikit lipatan kulit tetapi sedikit bukti gelambir; dada lebar yang menyempit ke arah abdomen menirus dan pinggang dan ekor panjang dan sedikit melengkung (dikenali sebagai buritan) berhujung dengan putih. Hujung putihnya, dikenali sebagai bendera, terhasil melalui pembiakbakaan terpilih, kerana ekornya kekal mudah terlihat apabila kepala anjing berada di bawah apabila mengikuti bau.[27] Ekornya tidak melingkar ke belakang, tetapi diangkat tegak-tegak apabila anjing aktif. Beagle mempunyai tubuh berotot dan lapis bulu sederhana panjang, licin, dan keras. Tungkai hadapannya lurus dan terangkat di bawah tubuh sementara tungkai belakangnya pula berotot dan cukup terlipat di stifel.[28]

Warna beagle: Dwiwarna "sawo matang dan putih" (betina lebih tua dengan warna pudar), triwarna putus-putis, dwiwarna "merah dan putih", "triwarna"

Beagle triwarna—putih dengan kawasan hitam besar dan cahaya perang muda—ialah yang paling umum. Beagle triwarna hadir dengan sebilangan cahaya warna, iaitu "triwarna klasik" dengan pelana hitam legam (juga dikenali sebagai "belakang hitam"), "triwarna gelap" (dengan tanda-tanda perang pudar yang bercampur sesama tanda-tanda hitam lebih prominen), dan "triwarna pudar" (dengan tanda-tanda hitam pudar yang bercampur sesama tanda-tanda perang lebih prominen). Sesetengah anjing triwarna memiliki pola putus-putus, kadang-kadang disebut bertompok. Anjing ini memiliki lapis bulu hampir putih keseluruhan dengan tompok-tompok bulu hitam dan perang. Beagle triwarna hampir sentiasa lahir sebagai anjing hitam dan putih. Kawasan putih biasanya menetap menjelang lapan minggu tetapi kawasan hitam mungkin pudar menjadi perang sebaik anak anjing bertumbuh. Warna perangnya mungkin memakan masa antara satu dengan dua tahun untuk sepenuhnya terbentuk. Sesetengah beagle secara beransur mengalami perubahan warna semasa tempoh hidup dan mungkin kehilangan tanda-tanda hitam sepenuhnya.[perlu rujukan]

Keragaman dwiwarna sentiasa mempunyai warna latar putih dengan kawasan-kawasan bagi warna kedua. Sawo matang dan putih ialah keragaman dwiwarna paling umum, namun ada pelbagai warna lain termasuk lemon, iaitu perang kekuning-kuningan sangat muda; merah, iaitu perang kemerah-merahan yang hampir jingga; dan warna hati, iaitu perang lebih gelap dan hitam. Warna hati tidak begitu umum dan malah tidak diizinkan menurut sesetengah piawaian; warna ini cenderung hadir dengan mata kuning. Keragaman berbintik atau berbelak mungkin sama ada berwarna putih atau hitam dengan bintik-bintik berlainan warna seperti beagle berbelak biru yang mempunyai tompok yang kelihatan seperti warna biru malam yang serupa dengan pewarnaan anjing pemburu rakun berbintik biru. Sesetengah beagle triwarna juga mempunyai bintik berbagai warna pada kawasan putih.[29][30]

Beagle berpola pelana yang mengekspresi domino purba (eA) disebut bertompok kelinci.[31] Domino membataskan pengeluaran eumelanin, lalu membawa kepada pelana lebih kecil dan pudar. Bulu gelap di kawasan pelana mempunyai dasar bulu berwarna cerah. Pigmen hidung mungkin berkurang ke arah tengah.[32]

Deria bau[sunting | sunting sumber]

Bersama dengan anjing pemburu darah dan anjing pemburu baset, deria bau beagle merupakan antara deria bau paling baik terbentuk sesama anjing lain.[33] Pada tahun 1950-an, John Paul Scott dan John Fuller memulakan kajian 13 tahun tentang tingkah laku anjing. Sebagai sebahagian daripada penyelidikan ini, mereka menguji kebolehan penghiduan bagi pelbagai baka dengan meletakkan seekor tikus padang seekar dan mencatat tempoh pencarian oleh anjing-anjing berkenaan. Beagle menemukannya kurang daripada seminit sementara terier rubah pula memakan 15 minit dan terier Scotland gagal menemukannya langsung.[33] Telinga panjangnya dan bibir lebar beagle barang kali membantu dalam penangkapan bau dekat dengan hidung.[34]

Variasi[sunting | sunting sumber]

Keragaman baka[sunting | sunting sumber]

American Kennel Club mengiktiraf dua keragaman terpisah bagi beagle: keragaman 13 inci untuk anjing yang berukuran kurang daripada 13 inci (33 cm) dan keragaman 15 inci untuk yang berukuran 13–15 inci (33–38 cm). Canadian Kennel Club mengiktiraf satu jenis tunggal, iaitu yang dengan ketinggian yang tidak melebihi 15 inci (38 cm). The Kennel Club dan kelab-kelab yang bergabung dalam Persekutuan Kinologi Antarabangsa mengiktiraf satu jenis tunggal dengan ukuran tinggi 13–16 inci (33–41 cm).

Puggle, silangan beagle/pug, yang menunjukkan trait daripada kedua-dua baka

Keragaman Inggeris dan keragaman Amerika kadang-kadang disebut. Walau bagaimanapun, tiada pengiktirafan rasmi daripada mana-mana kelab kenel untuk pembezaan ini. Beagle yang memadani piawaian American Kennel Club – yang tidak mengizinkan individu yang melebihi 15 inci (38 cm) – adalah lebih kecil pada purata daripada yang memadani piawaian The Kennel Club yang mengizinkan ketinggian sehingga 16 inci (41 cm).

Pocket beagle kadang-kadang diiklankan untuk jualan tetapi walaupun The Kennel Club pada asalnya menyediakan piawaian untuk pocket beagle pada tahun 1901, keragaman ini tidak lagi diiktiraf oleh mana-mana kelab kenel.

Strain yang dikenali sebagai patch hound dikembangkan oleh Willet Randall dan keluarga dari tahun 1896 khususnya untuk kebolehan pemburuan arnab. Ia menjejak susur galurnya kembali kepada Field Champion Patch, namun tidak semestinya mempunyai tanda tampal cantum.[35][36]

Baka silang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1850-an, John Henry Walsh (Stonehenge) mengesyorkan silangan antara beagle dengan terier Scotland sebagai anjing pengutip. Menurut beliau, baka silang ini merupakan pekerja baik, senyap, dan patuh, tetapi ada kelemahan kerana ia kecil dan jarang mampu membawa kelinci.[37] Lebih terkini, trend yang ada ialah "anjing pereka" dan salah satu baka silang anjing paling popular ialah silangan beagle/pug yang dikenali sebagai puggle. Sesetengah anak anjing silangan ini kurang mudah teruja berbanding dengan beagle dan mempunyai keperluan senaman lebih rendah, serupa dengan induk pug-nya; tetapi ada banyak yang sangat mudah teruja dan memerlukan senaman banyak.[38][39][40]

Perangai[sunting | sunting sumber]

Beagle yang berehat

Beagle mempunyai sikap tenang dan pembawaan lembut. Dengan perihal dalam beberapa piawaian baka yang menyebut anjing ini sebagai "riang", ia ramah dan biasanya tidak agresif mahupun bacul, tetapi ini bergantung pada individu. Ia menikmati kehadiran teman, dan walaupun pada awal mungkin kurang ramah dengan orang asing, ia mudah dipujuk. Ia tidak sesuai sebagai anjing pengawal kerana hal ini, tetapi kecenderungannya untuk menyalak atau melolong apabila bersemuka dengan sesuatu yang tidak dikenali menjadikanya anjing penjaga baik pula. Dalam sebuah kajian tahun 1985 yang dijalankan oleh Ben dan Lynette Hart, beagle diberi rating kemudahterujaan tertinggi bersama dengan terier Yorkshire, cairn terrier, schnauzer kerdil, terier putih Tanah Tinggi Barat, dan terier rubah.[41][b]

Ia menempati tangga ke-72 dalam The Intelligence of Dogs oleh Stanley Coren, apabila Coren menempatkannya dalam kalangan kelompok dengan darjah terendah bagi kecerdasan kerja/kepatuhan. Walau bagaimanapun, skala Coren tidak menaksir kefahaman, kemampuan untuk berdikari, atau kreativiti.[42][43] Beagle sangat baik dengan kanak-kanak dan ini merupakan salah satu sebab bagi kepopularannya sebagai anjing peliharaan keluarga. Beagle merupakan haiwan berkawanan; ia cenderung terhadap kebimbangan perpisahan,[44] iaitu keadan yang menyebabkannya memusnahkan benda apabila dibiarkan tanpa pengawasan. Bukan semua beagle melolong tetapi kebanyakannya menyalak apabila bersemuka dengan situasi aneh dan ada juga yang melolong apabila menangkap bau bagi bakal buruan.[45] Ia pada amnya juga mudah berbaik dengan kucing dan anjing lain. Keperluannya tidak terlalu tinggi dalam soal senaman; stamina semula jadinya bermaksud bahawa ia tidak mudah penat apabila bersenam, tetapi ia juga tidak perlu dikerjakan sehingga kelesuan sebelum rehat. Senaman nalar membantu dalam menghalang kenaikan berat yang merupakan kecenderungan bagi baka ini.[46]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian tahun 2024 di United Kingdom mendapati jangka hayat sebanyak 12.5 tahun berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[47]

Beagle mungkin cenderung kepada epilepsi, namun ini kerap dapat dikawal dengan ubat-ubatan. Hipotiroidisme dan sebilangan jenis kekerdilan hadir pada beagle. Dua keadaan khusunya adalah unik kepada baka ini: "Funny Puppy" ("Anak Anjing Lucu"), yang melibatkan anak anjing yang perlahan berkembang dan akhirnya tumbuh dengan tungkai lemah, belakang bengkok, dan, walaupun biasanya sihat, cenderung terhadap sebilangan penyakit;[48] dan sindrom Musladin-Lueke (MLS) yang menyebabkan mata yang sedikit serong dan jari kaki yang kurang terbentuk tetapi perkembangan lain kekal normal.[49] Displasia pinggul, umum pada harrier dan pada sesetengah baka besar, jarang dianggap sebagai masalah pada beagle.[50] Beagle dianggap sebagai baka kondrodistrofik, yang bermakna bahawa ia cenderung kepada jenis-jenis penyakit disk.[51]

Kenaikan berat dapat menjadi masalah pada anjing tua atau kurang gerak, yang kemudian dapat membawa kepada masalah jantung dan sendi.

Dalam kes-kes jarang, beagle dapat menghidap artritis poligen berperantara imun, iaitu keadaan yang melibatkan serangan sistem imun terhadap sendi), malah pada usia muda. Gejala-gejalnya kadang-kadang dapat dikurangkan melalui rawatan steroid.[48] Lagi satu penyakit jarang pada baka ini ialah degenerasi korteks serebelum neonatal. Anak-anak anjing terjejas adalah perlahan, mempunyai koordinasi lebih rendah, jatuh lebih kerap, dan tidak mempunyai gaya jalan normal. Penyakit ini mempunyai anggaran kadar pembawa sebanyak 5% dan kadar terjejas sebanyak 0.1%. Ujian genetik tersedia.[52][53]

Telinga terkelepainya dapat bermaksud bahawa telinga dalamnya tidak menerima aliran udara cukup atau bahawa udara lembap menjadi terperangkap, dan hal ini dapat membawa kepada jangkitan telinga. Beagle mungkin juga menghidap sebilangan masalah mata; dua keadaan mata umum pada beagle merupakan glaukoma dan distrofi kornea.[54] "Mata ceri", iaitu prolaps bagi kelenjar kelopak mata ketiga, dan distikiasis, iaitu keadaan yang melibatkan bulu mata yang tumbuh ke arah mata, lalu menyebabkan kerengsaan, kadang-kadang hadir; kedua-dua keadaan ini dapat diatasi melalui pembedahan.[48] Ia dapat menderitai beberapa jenis atrofi retina. Kegagalam sistem saliran nasolakrima dapat menyebabkan mata kering atau kebocoran air mata ke muka.[48]

Sebagai anjing lapangan, ia terdedah kepada kecederaan kecil seperti luka dan salah urat, dan, jika kurang aktif, kegemukan merupakan masalah umum kerana ia memakan bila-bila makanan tersedia dan bergantung pada pemilik untuk mengatur beratnya.[48] Apabila bekerja atau berlari dengan bebas, ia juga boleh jadi mengutip parasit seperti pinjal, sengkenit, tungau tuai, dan cacing pita, dan perengsa seperti benih rumput dapat terperangkap di dalam mata, telinga lembut, atau kaki.[55]

Beagle mungkin menunjukkan tingkah laku yang dikenali sebagai bersin berbalik, iaitu apabila ia berbunyi seakan-akan tercekik atau tercungap-cungap, tetapi sebenarnya menghirup udara melalui mulut dan hidung. Sebab tepat bagi tingkah laku ini tidak diketahui, tetapi hal ini dapat menjadi kejadian kerap dan tidaklah berbahaya kepada anjing.[56]

Sindrom poliarteritis juvenil anjing, yang juga dikenali sebagai sindrom poliarteritis juvenil beagle, ialah vaskulitis menekrosis berbilang sistem bagi arteri-arteri kecil.[57] Keadaan ini bercirikan demam akut berulang dan servikalgia sepanjang tempoh 3–7 hari.[58] Beagle cenderung dengan kebanyakan laporan berkenaan dengan baka ini — lalu menghasilkan nama "sindrom nyeri beagle".[58][59]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Purata saiz perinduk beagle ialah enam ekor anak anjing. Apabila ibu beagle melahirkan perinduk anaknya, setiap anak anjing cuma berukuran seberat beberap auns.[60]

Perburuan[sunting | sunting sumber]

The Caynsham Foot Beagles (sekitar tahun 1885)

Beagle dikembangkan terutamanya untuk pemburuan kelinci, iaitu aktiviti yang dikenali sebagai beagling. Ia dipandang sebagai pendamping perburuan unggul untuk orang tua-tua yang dapat ikut secara berkuda tanpa berkeras diri, untuk para pemburu muda yang dapat mengekori anjing secara berkuda, dan untuk para pemburu miskin yang tidak dapat menguruskan sekandang kuda perburuan bagus.[61] Sebelum kebangkitan fesyen untuk pemburuan rubah pada abad ke-19, perburuan merupakan acara seharian yang melibatkan kenikmatan yang diperoleh daripada pengejaran berbanding dengan pembunuhan. Dalam hal ini, beagle kecil sangat sepadan dengan kelinci, kerana, tidak seperti harrier, ia tidak secepatnya menyelesaikan perburuan, namun oleh sebab kebolehan penjejakan baunya yang hebat dan staminanya, ia hampir terjamin untuk akhirnya menangkap kelinci juga. Kawanan beagle berlari rapat-rapat bersama-sama ("sungguh rapat sehingga mungkin dapat dilitupi oleh selimut"[1]) yang berguna dalam perburuan panjang, kerana ini menghalang anjing sesat daripada mengaburkan jejak. Di dalam belukar tebal, ia juga lebih dipilih berbanding dengan spaniel apabila memburu pheasant.[62]

Dengan fesyen untuk perburuan lebih pantas, beagle semakin kurang popular untuk pemburuan kelinci, namun masih digunakan untuk pemburuan arnab. Dalam Anecdotes of Dogs (1846), Edward Jesse menyatakan:

Dalam penembakan arnab, di dalam semak dan belukar, tiada yang dapat menjadi lebih riang daripada beagle. Ia juga mudah terdengar dari jarak jauh dan di dalam belukar. Ia telah dipanggil beagle arnab kerana kerja ini, yang untuknya ia anehnya layak, terutamanya anjing yang agak berbulu dawai. (terjemahan)[3]

The Beagle has been used for rabbit-hunting since the earliest development of the breed.

Di Amerika Syarikat, ia kelihatannya telah digunakan terutamanya untuk pemburuan arnab sejak import terawal. Pemburuan kelinci dengan beagle menjadi popular lagi di Britain pada pertengahan abad ke-19 dan terus begitu sehingga diharamkan di Scotland melalui Akta Perlindungan Mamalia Liar (Scotland) 2002 dan di England dan di Wales melalui Akta Perburuan 2004. Di bawah perundangan ini, beagle masih dapat mengejar arnab dengan izin tuan tanah. Perburuan berkuda adalah popular di tempat yang terkesan oleh pengharaman perburuan atau untuk para pemilik yang tidak berhasrat untuk menyertai pemburuan haiwan hidup, tetapi masih ingin menguji kemahiran semula jadi anjing mereka.

Foot pack tradisional terdiri daripada setinggi 40 ekor Beagle, bermarsyalkan pemburu yang mengarah kawanan dan yang dibantu oleh sebilangan pembisik yang bertugas untuk mengembalikan anjing tersesat ke dalam kawanan. Pembawa acara perburuan bertanggungjawab penuh dari hari ke hari terhadap kawanan, dan mungkin atau tidak juga memegang peranan pemburu pada hari perburuan.

Oleh sebab perburuan dengan beagle dilihat sebagai hal sesuai untuk orang muda, banyak sekolah awam secara tradisional mengekalkan kawanan beagle. Bantahan dikemukan ke atas penggunaan beagle oleh Eton College untuk perburuan seawal tahun 1902 tetapi kawanan masih kekal wujud kini.[63] Pada tahun 2001, kawanan beagle Wye College dirampas oleh Animal Liberation Front.[64] Kawanan sekolah dan universiti masih dikekalkan oleh Eton College, Marlborough College, Radley College, Royal Agricultural University, dan Christ Church, Oxford.[65]

Sebagai tambahan kepada beagling teratur, beagle telah digunakan untuk perburuan atau penggarahan ke arah senjata (kerap secara berpasangan) untuk pelbagai buruan termasuk kelinci kasut salji, arnab ekor kapas, burung buruan, rusa roe, rusa merah, [[bobcat], koyote, babi hutan, adn rubah, dan malah pernah dicatat untuk pemburuan stoat.[66][67] Dalam kebanyakan hal, beagle digunakan sebagai gun dog, yang menggarah buruan ke arah senjata pemburu.[66]

Pengesanan[sunting | sunting sumber]

Beagle memiliki hidung cemerlang; anjing ini ditugasi oleh Agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat.

Beagle digunakan sebagai anjing pengesan dalam Briged Beagle dalam Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Anjing ini digunakan untuk mengesan item makanan di dalam bagasi yang dibawa ke dalam Amerika Syarikat. Selepas mencube dengan beberapa baka, beagle dipilih kerana ia agak kecil dan kurang menakutkan untuk orang yang tidak selesa dengan kehadiran anjing, mudah dijaga, cerdas, dan bekerja dengan baik untuk ganjaran.[68] Ia juga digunakan untuk tujuan ini di sebilangan negara lain termasuk oleh Kementerian Pertanian dan Perhutanan di New Zealand, Khidmat Kuarantin dan Pemeriksaan Australia, dan di Kanada, di Jepun, dan di Republik Rakyat China.[69][70][71] Baka-baka lebih besar pada umumnya digunakan untuk pengesanan bahan letupan kerana hal ini kerap melibatkan anjing yang melompat ke arah bagasi di atas sawat penyampai, yang merupakan kerja yang untuknya beagle yang lebih kecil tidak sesuai.[72]

Penggunaan dalam pengujian haiwan[sunting | sunting sumber]

Beagle ialah baka anjing yang paling kerap digunakan dalam pengujian haiwan oleh sebab saiznya dan sifat pasifnya. Di Amerika Syarikat, sebanyak 65,000 ekor beagle digunakan pada setiap tahun untuk ujian perubatan, ujian kosmetik, ujian kecantikan, dan ujian kimia lain. Anjing-anjing ini dibiakbakakan khusus untuk menjalani hidup berkurung dan melalui uji kaji.[73] Rescue + Freedom Project (dahulunya Beagle Freedom Project) telah berjaya membela agar beagle dilepaskan dari makmal.[74]

Beagle digunakan dalam pelbagai tatacara penyelidikan: penyelidikan biologi asasi, perubatan manusia gunaan, perubatan haiwan gunaan, dan perlindungan manusia, haiwan, atau alam sekitar.[75][76] Daripada 8,018 ekor anjing yang digunakan dalam pengujian di United Kingdom pada tahun 2004, sebanyak 7,799 merupakan beagle (97.3%).[77] Di United Kingdom, Akta Haiwan (Tatacara Saintifik) 1986 memberikan status istimewa kepada primat, equid, kucing, dan anjing dan pada tahun 2005, Jawatankuasa Tatacara Haiwan (yang ditubuhkan oleh akta) menetapkan peraturan bahawa pengujian terhadap tikus lebih diutamakan, walaupun sebilangan besar individu haiwan terlibat.[78] Pada tahun 2005, beagle terlibat dalam kurang daripada 0.3% daripada jumlah uji kaji terhadap haiwan di United Kingdom, tetapi antara 7670 uji kaji yang dijalankan terhadap anjing, 7406 uji kaji melibatkan beagle (96.6%).[75] Kebanyakan anjing dibiakbakakan secara khusus untuk tujuan ini, oleh syarikat seperti Harlan. Di United Kingdom, syarikat yang membiakbakakan haiwan untuk penyelidikan mesti berlesen di bawah Akta Haiwan (Tatacara Saintifik).[78]

Pengharaman dan aktivisme menentang pengujian beagle[sunting | sunting sumber]

Pengujian produk kosmetik terhadap haiwan diharamkan di beberapa negara anggota Komuniti Eropah,[79] tetapi Perancis membantah pengharaman ini dan telah berusaha untuk memansuhkannya.[80] Perkara ini diizinkan di Amerika Syarikat tetapi tidak wajib jika keselamatan dapat dipastikan melalui kaedah lain, dan spesies ujian tidak disebut oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA).[81] Apabila menguji ketoksikan bagi bahan tambahan makanan, bahan kontaminasi makanan, dan sesetengah dadah dan bahan kimia, FDA menggunakan beagle dan babi katik sebagai pengganti untuk pengujian manusia langsung.[82] Minnesota merupakan negeri pertama yang menggubal undang-undang adopsi Beagle Freedom pada tahun 2014, yang memandatkan bahawa anjing dan kucing diizinkan untuk diadopsi setelah menyelesaikan pengujian penyelidikan.[83]

Kumpulan-kumpulan anti-viviseksi telah melaporkan penganiayaan haiwan di dalam prasarana pengujian. Dalam futej tahun 1997 yang secara rahsia dirakam oleh wartawan bebas dalam Huntingdon Life Sciences di United Kingdom menunjukkan kakitangan yang menumbuk dan menjerit terhadap beagle.[84] Consort Kennels, pembiak baka beagle yang berpangkalan di United Kingdom untuk pengujian, ditutup pada tahun 1997 selepas desakan daripada kumpulan-kumpulan hak haiwan.[85]

Terdapat pelbagai contoh bagi penggiat yang menggunakan permintaan Akta Kebebasan Maklumat (FOIA) untuk memperoleh maklumat tentang pembayar cukai yang membiayai pengujian haiwan. Sebagai contoh, White Coat Waste Project, sekumpulan penggiat yang mendakwa bahawa pembayar cukai tidak pelru membayar $20 bilion pada setiap tahun untuk uji kaji terhadap haiwan,[86] menekankan bahawa Insitut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan menyediakan $400,000 daripada wang pembayar cukai untuk membiayai uji kaji yang melibatkan 28 ekor beagle yang diperjangkitkan dengan parasit penyebab penyakit.[87] White Coat Project menemukan laporan bahawa anjing-anjing yang menyertai uji kaji "bersuara kesakitan" selepas disuntuk dengan bahan-bahan asing.[88] Ikutan bantahan awam, People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) membuat seruan untuk tindakan agar semua anggota Institut Kesihatan Kebangsaan meletakkan jawatan dengan segera[89] dan agar ada "keperluan untuk mencari pengarah NIH baharu untuk menggantikan Francis Collins, yang berangkat, yang akan menghentikan penyelidikan yang mencabuli martabat haiwan bukan manusia."[90]

Peranan lain[sunting | sunting sumber]

Beagle merah dan putih

Walaupun dibiakbakakan untuk perburuan, beagle adalah serba guna dan kini ditugasi untuk pelbagai peranan lain dalam pengesanan, terapi, dan sebagai peliharaan keluarga.[27]

Beagle digunakan sebagai anjing penghidu untuk pengesanan anai-anai di Australia [91] dan pernah disebut sebagai calon untuk pengesanan dadah dan bahan letupan.[92][93] Oleh sebab sifat lembut dan tubuh kurang menonjol, ia juga kerap digunakan dalam terapi haiwan, dengan melawat orang sakit dan orang tua di hospital.[94] Pada Jun 2006, seekor beagle pembatu terlatih disebut sebagai anjing yang menyelamatkan nyawa pemiliknya selepas menggunakan telefon bimbit pemiliknya untuk menghubungi nombor kecemasan.[95] Selepas kejadian gempa bumi Haiti 2010, seekor beagle pencarian dan penyelamatan dengan sepasukan penyelamat Colombia berjaya mengesan lokasi pemilik Hôtel Montana yang kemudiannya diselamatkan selepas meluangkan 100 jam terperangkap di bawah runtuhan.[96] Beagle diupah oleh Bandar Raya New York untuk membantu dalam hal pengesanan pijat,[97] tetapi sesetengah pihak telah meluahkan keraguan tentang peranan anjing sedemikian dalam jenis pengesanan ini.[98]

Dalam kebudayaan popular[sunting | sunting sumber]

Beagle triwarna

Beagle terkenal[sunting | sunting sumber]

  • Uno, yang pada tahun 2008 menjadi beagle pertama yang memenangi Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club[104]
  • Miss P, pemenang Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club 2015[104]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: بيݢل, Sebutan bahasa Melayu: [bigəl]; bahasa Inggeris: beagle
  2. ^ Pasangan Hart mengemukakan pertanyaan berikut kepada panel 96 orang pakar, yang separuh daripadanya merupakan pakar bedah haiwan dan separuh lagi hakim ujian kepatuhan anjing:

    A dog may normally be quite calm but can become very excitable when set off by such things as a ringing doorbell or an owner's movement toward the door. This characteristic may be very annoying to some people. Rank these seven breeds from least to most excitable.

    Terjemahan: "Anjing secara normal mungkin agak tenang tetapi dapat menjadi sangat mudah teruja apabila dicetuskan oleh perkara seperti loceng pintu berbunyi atau pergerakan pemilik ke arah pintu. Ciri ini mungkin sangat menjengkelkan sesetengah orang. Susun tujuh baka ini daripada yang paling sukar teruja kepada yang paling mudah teruja"

Kutipan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Youatt 1852, halaman 110
  2. ^ Smith 2002, halaman 209
  3. ^ a b Jesse 1858, halaman 438–439
  4. ^ Jesse 1866, halaman 223–232
  5. ^ "The fox-hound, and fox-hunting". The New Sporting Magazine (dalam bahasa Inggeris). Baldwin and Craddock. 4: 164. 1833.
  6. ^ "What is a Pocket Beagle?" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Jun 2007. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  7. ^ Mills 1845, halaman 172
  8. ^ Kraeuter 2001, halaman 7
  9. ^ Scott 1845, halaman 75–78
  10. ^ a b Stonehenge 1856, halaman 98–99
  11. ^ a b Kraeuter 2001, halaman 9
  12. ^ a b Arnold, & Arnold 1998, halaman 12
  13. ^ Daglish 1961, halaman 9
  14. ^ Arnold, & Arnold 1998, halaman 14
  15. ^ "Get to know the Beagle" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  16. ^ Daglish 1961, halaman 10–12
  17. ^ Arnold, & Arnold 1998, halaman 14–15
  18. ^ "Beagle Breakthrough: Westminster Crowd Favorite Uno Is Top Dog" (dalam bahasa Inggeris). Bloomberg. 12 Februari 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2008. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  19. ^ "AKC Registration Statistics" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 2006. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 9 Oktober 2022. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  20. ^ "AKC Breed Registration Statistics" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Julai 2007. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  21. ^ "Registration statistics for all recognised dog breeds – 2005 and 2006" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Jun 2007. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  22. ^ "American Kennel Club 2013 Dog Registration Statistics Historical Comparisons & Notable Trends" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2014. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  23. ^ "Beagle". Oxford English Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Disember 2023.
  24. ^ "Kerry Beagle" (dalam bahasa Inggeris). Breeds of Dog. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2007. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  25. ^ Daglish 1961, halaman 37
  26. ^ Rice 2000, halaman 147
  27. ^ a b "What you need to know about Beagles" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). The Beagle Club of Queensland. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 September 2011. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  28. ^ Lihat piawaian-piawaian baka yang terpaut dari kotak baka di kepala rencana.
  29. ^ Daglish 1961, halaman 44
  30. ^ "Beagle Colors" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Jun 2007. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  31. ^ Beagle Brief (April 2020). "A NEWLY DISCOVERED "OLD" COLOR: DOMINO AKA PIED IN THE BEAGLE" (PDF) (dalam bahasa Inggeris).
  32. ^ "Beagle Coat Colors | Coats and Colors" (dalam bahasa Inggeris). 25 September 2023. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  33. ^ a b Fogle 1990, halaman 40
  34. ^ Fogle 1990, halaman 173
  35. ^ Fisher, Dave (2002). Rabbit hunting (dalam bahasa Inggeris). Woods N' Water, Inc. m/s. 22–23. ISBN 0-9707493-6-8.
  36. ^ Libby, Ray. "Randall. The Patch Era at Beaver Meadows" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 14 November 2011.
  37. ^ Stonehenge 1856, halaman 46
  38. ^ Mirchandani, Raakhee (4 November 2005). "Designer Dogs: Meet the Puggle" (dalam bahasa Inggeris). Fox News. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Jun 2007. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  39. ^ "Designing A Cuter Dog" (dalam bahasa Inggeris). CBS. 6 Ogos 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2007. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  40. ^ "Stars fuel designer dogs fashion". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 6 Februari 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Julai 2007. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  41. ^ Fogle 1990, halaman 176–7
  42. ^ "The Intelligence of Dogs. Ranks 70 to 79". Ranking of Dogs for Obedience/Working Intelligence by Breed (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Oktober 2011. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  43. ^ Coren, Stanley (15 Julai 2009). "Canine Intelligence—Breed Does Matter". Canine Corner. The human-animal bond (dalam bahasa Inggeris). Psychology Today. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  44. ^ Kraeuter 2001, halaman 77–8
  45. ^ Kraeuter 2001, halaman 96
  46. ^ Daglish 1961, halaman 55
  47. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Springer Science and Business Media LLC. 14 (1). doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan).
  48. ^ a b c d e "Beagle Health Problems" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2007. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  49. ^ "The Beagle - a Healthy Breed" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). The Beagle Club. Jun 2019. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 9 Oktober 2022.
  50. ^ Rice 2000, halaman 161
  51. ^ Erwin, W. Mark; Inman, Robert D. (Mei 2006). "Spine – Abstract: Volume 31(10) May 1, 2006 p 1094-1099 Notochord Cells Regulate Intervertebral Disc Chondrocyte Proteoglycan Production and Cell Proliferation". Spine (dalam bahasa Inggeris). Spinejournal.com. 31 (10): 1094–1099. doi:10.1097/01.brs.0000216593.97157.dd. PMID 16648742. S2CID 23470450. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  52. ^ "Neonatal Cerebellar Cortical Degeneration" (dalam bahasa Inggeris). Animal Health Trust. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mac 2013. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  53. ^ "Frequency of the neonatal cerebellar cortical degeneration (NCCD) mutations in beagles in the UK" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Kennel Club Genetics Centre at the Animal Health Trust. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 6 Oktober 2014. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  54. ^ Gelatt, Kirk N., penyunting (1999). Veterinary Ophthalmology (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). Lippincott, Williams & Wilkins. m/s. 656, 718. ISBN 0-683-30076-8.
  55. ^ Rice 2000, halaman 167–174
  56. ^ "FAQ" (dalam bahasa Inggeris). Beagle Club of Victoria. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2007. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  57. ^ Rhodes, Karen Helton; Werner, Alexander H. (25 Januari 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult Clinical Companion (dalam bahasa Inggeris). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 249. ISBN 978-0-8138-1596-1.
  58. ^ a b Snyder, P. W.; Kazacos, E. A.; Scott-Moncrieff, J. C.; HogenEsch, H.; Carlton, W. W.; Glickman, L. T.; Felsburg, P. J. (1995). "Pathologic Features of Naturally Occurring Juvenile Polyarteritis in Beagle Dogs". Veterinary Pathology (dalam bahasa Inggeris). SAGE Publications. 32 (4): 337–345. doi:10.1177/030098589503200401. ISSN 0300-9858. PMID 7483207.
  59. ^ Peace TA, Goodchild LR, Vasconcelos DY: What's your diagnosis? Fever and leukocytosis in a young beagle. Canine juvenile polyarteritis syndrome (beagle pain syndrome) (Inggeris). Lab Anim (NY) 2001 Jil. 30 (5) hlm. 23–26.
  60. ^ Kimrey, Jennifer. "Newborn Beagle Puppy Information". The Nest (dalam bahasa Inggeris).
  61. ^ Maxwell 1833, halaman 42
  62. ^ Blakey 1854, halaman 77
  63. ^ Hendrick, George (1977). Henry Salt: Humanitarian Reformer and Man of Letters (dalam bahasa Inggeris). University of Illinois Press. m/s. 68–71. ISBN 0-252-00611-9.
  64. ^ "Activists steal beagle pack". BBC News. 5 Januari 2001. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  65. ^ "Directory of UK hunts 2006/2007". Horse & Hound (dalam bahasa Inggeris). 20 November 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Oktober 2007. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  66. ^ a b Kraeuter 2001, halaman 97–104
  67. ^ "Submission to Lord Burns' Committee of Inquiry into Hunting with Dogs" (dalam bahasa Inggeris). The Mammal Society. 16 Mac 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mei 2010. Dicapai pada 11 Disember 2011.
  68. ^ "USDA's Detector Dogs: Protecting American Agriculture: Why Beagles?" (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Pertanian Amerika Syarikat: Khidmat Pemeriksaan Kesihatan Haiwan dan Tumbuhan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Februari 2007. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  69. ^ "A beagle honored as a defender at national gate". People's Daily Online (dalam bahasa Inggeris). 6 Disember 2006. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  70. ^ "Old dogs — new tricks Original quarantine K9's on the scent of retirement" (dalam bahasa Inggeris). Pemerintah Australia: Jabatan Pertanian, Perikanan, dan Perhutanan. 30 November 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2012. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  71. ^ Nairn, M.E.; Allen, P.G.; Inglis, A.R.; Tanner, C. (1996). "Australian Quarantine a shared responsibility" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Perindustrian Primer dan Tenaga. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 10 Julai 2007. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  72. ^ "USDA's Detector Dogs: Protecting American Agriculture: More Detector Dog Programs" (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Pertanian Amerika Syarikat: Khidmat Pemeriksaan Kesihatan Haiwan dan Tumbuhan. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Ogos 2007. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  73. ^ "Questions & Answers" (dalam bahasa Inggeris). Beagle Rescue League. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2018. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  74. ^ "Rescue + Freedom Project". Rescue + Freedom Project (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2018. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  75. ^ a b "Statistics of Scientific Procedures on Living Animals Great Britain 2005" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Home Office. 2005. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 10 Julai 2007. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  76. ^ "Select Committee on Animals In Scientific Procedures Report" (dalam bahasa Inggeris). House of Lords. 2002. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  77. ^ "Statistics of Scientific Procedures on Living Animals Great Britain 2004" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Home Office. 2004. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2 Julai 2007. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  78. ^ a b "Report of the Animal Procedures Committee for 2004" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Home Office. 2004. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 10 Julai 2007. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  79. ^ "Cosmetics and animal tests" (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Eropah — Direktorat Am Perusahaan dan Perindustrian. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Jun 2007. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  80. ^ "Animal-Testing Ban for Cosmetics to Be Upheld, EU Court Rules". Bloomberg. 24 May 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2007. Dicapai pada 9 July 2007.
  81. ^ "Animal Testing" (dalam bahasa Inggeris). US Food and Drug Administration. 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2007. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  82. ^ "How to do Business with FDA" (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Kesihatan dan Khidmat Manusia Amerika Syarikat. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Ogos 2005. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  83. ^ "Beagle Freedom Law makes history in Minnesota". Minnesota Star Tribune. 21 Mei 2014. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  84. ^ Broughton, Zoe (Mac 2001). "Seeing Is Believing — cruelty to dogs at Huntingdon Life Sciences". The Ecologist (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2015. Dicapai pada 26 Disember 2023 – melalui dbsst.org.
  85. ^ Woolcock, Nicola (25 Ogos 2005). "Extremists seek fresh targets close to home". The Times (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  86. ^ "White Coat Waste Project" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Disember 2023.
  87. ^ "Should dogs be guinea pigs in government research? A bipartisan group says no". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). 15 November 2016. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  88. ^ "WCW Exposé: Fauce Spend $424K on Beagle Experiments, Dogs Bitten to Death by Flies" (dalam bahasa Inggeris). 30 Julai 2021. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  89. ^ "PETA calls for Dr. Fauci to resign: 'Our position is clear'". Fox News (dalam bahasa Inggeris). 5 November 2021. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  90. ^ "Experimenters Fed Puppies' Heads to Infected Flies, but That's Not All Fauci's NIH Funded" (dalam bahasa Inggeris). 25 October 2021. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  91. ^ "Termite Detection Dogs" (dalam bahasa Inggeris). K9 Centre.com. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  92. ^ "Police Powers (Drug Detection Dogs) Bill" (dalam bahasa Inggeris). Parlimen New South Wales. 13 Disember 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2007. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  93. ^ Geoghegan, Tom (13 Julai 2005). "The unlikely enemy of the terrorist". BBC News Magazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Disember 2023.
  94. ^ Kraeuter 2001, halaman 89–92
  95. ^ "Dog praised for life-saving call". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 20 Jun 2006. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  96. ^ "In Haiti, a shattered symbol reluctantly yields dead". Twin Cities Pioneer Press (dalam bahasa Inggeris). 25 Januari 2010. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  97. ^ "NYC Enlists Pair Of Bedbug-Detecting Dogs" (dalam bahasa Inggeris). CBS-NY. Associated Press. 17 November 2011. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  98. ^ Buckley, Cara (11 November 2010). "Doubts Rise on Bedbug-Sniffing Dogs". New York Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Disember 2023.
  99. ^ "World's Most Famous Beagle", The Victoria Advocate (dalam bahasa Inggeris), Victoria, Texas, Amerika Syarikat, m/s. 54, 15 Disember 1974, dicapai pada 26 Disember 2023
  100. ^ "Gromit: Purebred Dog", National Purebred Dog Day (dalam bahasa Inggeris), 13 Disember 2018, dicapai pada 15 Mac 2024
  101. ^ "President Johnson's Dogs" (dalam bahasa Inggeris). Lyndon Baines Johnson Library and Museum. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Julai 2007. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  102. ^ Sandomir, Richard (13 Februari 2008). "Beagle, a Breed Long Unsung, Wins Best in Show". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Disember 2023.
  103. ^ "Canadians triumph at Westminster". Dog World (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Februari 2015. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  104. ^ a b "Westminster Crowns 2020 Best in Show, Standard Poodle 'Siba'" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 11 Februari 2020. Dicapai pada 26 Disember 2023.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]