Becoming A King

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Becoming A King
GenreDokumentari
PengarahMohd Naguib Razak
Negara asalMalaysia
BahasaInggeris
Penerbitan
PenerbitChristopher Hale
Syarikat penerbitan
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Penyiaran
Saluran asalNational Geographic Channel
Format gambarDefinisi tinggi
Siaran asal27 Ogos 2007

Becoming A King: Inside the Coronation of the Agong ialah suatu filem dokumentari yang dihasilkan oleh Mohd Naguib Razak dan Christopher Hale untuk National Geographic. Ia berkisar mengenai pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13 DYMM Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 26 April 2007.

Filem ini dirakamkan dalam format definisi tinggi. Dokumentari tersebut yang menelan kos RM700,000 itu diterbitkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dengan kerjasama National Geographic Channel (NGC). Dengan masa 47 minit, filem itu diharap dapat digunakan bagi mempromosikan nama negara Malaysia di mata dunia.[1]

"Becoming a King" menyaksikan tayangan sulung di National Geographic Channel (Saluran 52 Astro) pada 27 Ogos 2007 pada pukul 10 malam, diulang tayang pada pukul 10 malam 31 Ogos dan pukul 12 tengah malam 1 September. Dokumentari itu ditayangkan bersempena dengan jubli emas kemerdekaan Malaysia.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Abd. Aziz Itar. Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di National Geographic, Utusan Malaysia. 20/08/2007.
  2. ^ Jeswan Kaur `Becoming A King' Satu Pengalaman Baru Bagi Penerbit Dokumentari BERNAMA. 20 September 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]