Belakang kuda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Belakang kuda

Dalam anatomi kuda, belakang adalah anggota badan yang dipasangi pelana, menjangkau dari bahagian loin atau lumber di belakang gugusan vertebra toraks yang juga penting kepada kemampuan kuda untuk mengangkut beban. Kedua-dua seksyen turus vertebra ini bermula pada kelasa di pangkal vertebra toraks, hinggalah vertebra lumbar yang hujung sekali. Oleh sebab kuda ditunggang oleh manusia, maka kekuatan dan struktur belakang kuda adalah penting sekali untuk kebergunaannya.

Vertebra toraks merupakan anggota vertebra "belakang" yang sebenar pada rangka, membekalkan sokongan kepada pelana, manakala vertebra lumbar pada loin membekalkan gandingan yang mencantumkan belakang dengan sukuan belakang. Yang penting sekali pada strukturnya adalah sangkar rusuk yang juga membekalkan sokongan kepada kuda dan penunggang sekali. Keseluruhan bentuk tulang, otot, tendon dan ligamen yang kompleks ini bersama-sama untuk membolehkan kuda menampung berat penunggangnya.