Belanjawan Malaysia 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Belanjawan 2008)

Belanjawan Malaysia 2008 dibentangkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang juga selaku Menteri Kewangan di Dewan Rakyat Malaysia pada 7 September 2007 jam 3.00 petang. Belanjawan ini merupakan unjuran belanjawan peringkat negara bagi tahun 2008. Belanjawan 2008 kali ini bertemakan "Bersama Membina Negara dan Menikmati Kemakmuran", mencerminkan hasrat Kerajaan untuk mempastikan kekayaan negara terus berkembang dan dapat dinikmati oleh semua rakyat.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Belanjawan 2008 mestilah menyokong pertumbuhan negara, pro pelaburan, merancakkan situasi perniagaan , mengupayakan pihak sasta dan memastikan momentum pertumbuhan fizikal dan memastikan Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) berjalan lancar. Malaysia baru sahaja menyambut Kemerdekaan 50 Tahun. Fokus utama selama ini ialah pembangunan modal insan khususnya pendidikan tinggi dan penyediaan tenaga mahir.

Tahun 2008 merupakan tahun ketiga pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan yang berteraskan Misi Nasional, seperti berikut:

  1. Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi;
  2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama;
  3. Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi secara membina dan produktif;
  4. Meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup; dan
  5. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.

Belanjawan ini juga memberi tumpuan kepada tiga strategi utama:

  • Pertama - Mempertingkat daya saing negara;
  • Kedua - Memperkasa pembangunan modal insan; dan
  • Ketiga - Menjamin kesejahteraan rakyat.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • Yuran tahunan 5.7 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dimansuhkan.Buku teks diberi percuma. Yuran peperiksaan STPA dimansuhkan. Yuran peperiksaan PMR, SPM dan STPM telah dimansuhkan tahun 2007.
  • Pakaian seragam kokurikulum diberi percuma kepada ibu bapa berpendapatan RM1000 sebulan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]