Majlis Belia Felda Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Belia Felda)

Majlis Belia Felda Malaysia ialah sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan oleh belia dari tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA),

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

Setelah FELDA diwujudkan pada 1 Julai 1956, pelbagai pertubuhan belia wujud di dalam rancangan FELDA. Pada tahun 1969, Gabungan Persatuan Belia Felda Wilayah Selatan (PBFWS) ditubuhkan. Pada tahun 1975 ianya ditukar nama kepada Majlis Belia Felda Kawasan Selatan dan diterima menjadi badan gabungan Majlis Belia Malaysia[1].

Pada tahun 1977 satu perjumpaan para belia FELDA telah diadakan di Wisma YMCA Kuala Lumpur bertujuan menubuhkan Majlis Belia Felda Kebangsaan bagaimanapun ianya gagal berfungsi. Pada 27 Oktober 1980, FELDA telah mengatur satu perjumpaan untuk membentuk Gerakan Persatuan Belia Felda Kebangsaan di Institut Pembangunan Tanah FELDA (INPUT) Trolak, bagaimanapun ianya turut menemui kegagalan dan usaha-usaha kearah mewujudkan semula Majlis Belia Felda terus dilaksanakan.

Pada April 1988, satu perjumpaan khas belia FELDA telah diadakan di Johor Bahru bagi membincangkan penubuhan Majlis Belia Felda Kebangsaan telah diadakan. Lanjutan dari usaha tersebut, satu mesyuarat penaja penubuhan telah diadakan pada Julai 1988 di Asrama Semai Bakti FELDA, Kuala Lumpur[1].

Majlis Belia Felda Malaysia telah ditubuhkan dengan rasmi dan didaftarkan pada 7 Ogos 1991 dengan keahlian seramai 59,836 orang. Mesyuarat Agung Kali Pertama telah diadakan pada 9 Oktober 1991 di Institut Pembangunan Tanah FELDA (INPUT) yang disempurnakan oleh YB Mohamad Yassin Kamari, Timbalan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar Malaysia.[1]

Pada 26 Jun 2008, Majlis Belia Felda Malaysia telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia[1].

Definisi Belia FELDA[sunting | sunting sumber]

Belia FELDA ialah generasi muda di tanah rancangan FELDA di Malaysia yang berumur 16 ke 40 tahun. Mereka juga termasuk dalam istilah generasi ke 2 atau ke 3 atau generasi baru yang mesti dibela dan diperkasa yang menjadi misi dan teras ke 3 dalam perjuangan 50 tahun FELDA akan datang. Anggaran jumlah belia di seluruh FELDA ialah seramai 333,832 orang. Namun yang berdaffar sebagai ahli persatuan belia setakat 65% iaitu 21 7,694 orang. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak Felda bagi memastikan golongan ini berada pada landasan yang betul dan tidak terjerumus ke arah gejala sosial yang tidak menyihatkan. Tidak dapat disangsikan lagi terdapat ramai daripada golongan ini yang telah menjawat jawatan besar dalam kerajaan dan swasta.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "SEJARAH MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA". PERSATUAN BELIA MBFM FELDA JENGKA 3. 6 November 2011. Dicapai pada 25 April 2021.