Belima

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Belima

Kuda lumba belima
Ciri-ciri unggul: Tinggi, langsing, kuda atlit, digunakan di dalam perlumbaan dan banyak sukan ekuestrian
Negara asal: England
Nama gelaran biasa: Tb (singkatan); Bloodhorse
Standard baka
Kelab Joki: Standard baka
Australian Stud Book: Standard baka
General Stud Book: Standard baka
Kuda (Equus ferus caballus)

Belima (Inggeris: Thoroughbred) adalah satu baka kuda yang dikenali kerana digunakan di dalam perlumbaan kuda. Meskipun perkataan thoroughbred kadang kala digunakan bagi merujuk kepada sebarang kuda baka asli, ia secara teknikalnya merujuk hanya kepada baka Belima. Belima dianggap seekor kuda "berdarah-panas", disebabkan ketahanan, kelajuan dan semangat mereka.

Belima yang dikenali pada hari ini pertama kali dibiakkan pada kurun ke-17 dan ke-18 apabila kuda betina tempatan dikacukkan dengan kuda jantan Arab yang diimport. Kesemua Belima moden boleh dikesan salasilahnya kepada tiga ekor kuda jantan yang diimport masuk ke dalam England pada kurun ke-17 dan ke-18, dan sehingga 74 ekor kuda betina Inggeris dan Timur (Arab, Turkoman atau Barb). Semasa kurun ke-18 dan ke-19, baka Belima tersebar ke seluruh dunia; ia diimport masuk ke Amerika Utara bermula pada tahun 1730 dan Australia, Eropah, Jepun dan Amerika Selatan pada kurun ke-19. Berjuta-juta ekor Belima wujud di dunia pada hari ini, dengan lebih dari 118,000 anak kuda didaftarkan setiap tahun di seluruh dunia.

Meskipun Belima banyak digunakan di dalam perlumbaan, ia juga dibiakkan untuk kegunaan menunggang yang lain, seperti pertunjukkan lompatan, latihan bersepadu, dressage, polo, dan memburu musang. Ia juga biasa dikacukkan dengan baka-baka lain bagi menghasilkan baka-baka baru atau untuk memperbaiki baka sedia ada, dan memberi pengaruh kepada banyak baka penting yang baru seperti Kuda Suku, Standardbred, Arab-Inggeris, dan pelbagai baka Warmblood.

Nota[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]