Belimbing besi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Belimbing besi
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Oxalidales
Famili: Oxalidaceae
Genus: Averrhoa
Spesies: A. carambola
Binomial: Averrhoa carambola
Rupa belimbing masak

Pokok Belimbing Besi merupakan tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah ini banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Nama sainsnya Belimbing besi adalah Averrhoa carambola, Averrhoaceae atau Oxalidaceae. Dalam bahasa Inggeris, belimbing besi dikenali sebagai starfruit.

Belimbing besi merupakan tumbuhan asli Sri Lanka dan popular seluruh Asia Tenggara. Warna buah adalah hijau sehingga kuning keemasan dan apabila dipotong secara melintang menonjolkan bentuk bintang.

Penanaman[sunting | sunting sumber]

Pengurusan tanaman pokok belimbing mesti dijalankan mengikut Pakej Amalan Pertanian Baik (APB) yang meliputi pelbagai aspek dari mula menanam sehingga aktiviti lepas tuai. Benih tanaman berkualiti yang disahkan terdiri dari [[varieti atau klon B10 sebagai pokok utama diselangkan dengan pokok Klon B2 sebagai klon pendebunga. Penanaman klon pendebunga boleh ditanam setiap 5 barisan B10 dengan sebaris B2 atau sepokok klon B2 dikelilingi beberapa pokok B2. Terkini disyorkan agar pokok yang berumur lebih 5-8 tahun dicantum terus klon B2 pada setiap pokok B10 atau klon B17 (Klon komersil). Amalan ladang seperti sistem pengairan ladang, kawalan musuh dan penyakit serta kawalan rumpai dijalankan mengikut Pakej Amalan Teknologi Tanaman Belimbing. Baja NPK 15:15:15 ditabur selepas mencantas diikuti dengan baja NPK 16:16:16 untuk menggalakan pembungaan. Jenama baja 'Yara Mila' didapati menjadi pilihan ramai penanam belimbing Malaysia kerana kualitinya dan keberkesanannya walaupun harganya agak mahal. Baja tahi ayam sebanyak 1 guni sepokok diberikan setiap tahun.

Pembalutan belimbing[sunting | sunting sumber]

Buah belimbing mempunyai kulit yang sangat lembut dan amat disukai oleh lalat buah (Bactocera carambolae). Sejenis lagi lalat buah dari spesis dipanggil sebagai Daucus sp yang juga menyerang buah belimbing. Buah belimbing perlu dibalut bagi mengatasi masalah serangan lalat buah agar tidak dirosakkan dan boleh dijual untuk pasaran eksport atau pasaran domestik.

Buah putik belimbing perlu dipilih dari buah yang lurus, tidak cacat dan cantik sebelum dibalut. Setiap jambak bunga mengandungi antara 5 -15 putik buah yang berukuran 1-2 cm panjang dan akan gugur secara semula jadi apabila putik membesar. Buang semua putik dan tinggalkan satu putik sahaja yang berukuran 4-5 cm untuk dibalut. Kajian menunjukkan putik berumur 2 minggu selepas terbentuk atau saiz sesuai perlu dibalut dan pilih yang belum diserang lalat buah. Pilih satu sahaja buah pada ranting yang berjuntai kebawah untuk dibalut dengan ketinggian yang boleh dicapai. Putik yang tumbuh pada batang utama atau dahan utama memang banyak tetapi tidak digalakkan dibalut kerana tangkai jambak yang pendek melambatkan proses membalut dan kadang-kadang akan putus. Musim kering dan pokok yang telah dibaja mampu mengeluarkan beratus tangkai bunga.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z