Belimbing tanah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Belimbing tanah
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Spesies: T. Cristata
Nama binomial
Tacca Cristata


Pokok Belimbing Tanah.

Belimbing tanah (nama botani: Tacca spp. (Cristata/integrifolia) atau juga dikenali sebagai janggut adam, janggut baung, kelemoyang air, sebiak merupakan sejenis pokok herba tempatan yang semakin popular dikalangan masyarakat di Malaysia sebagai pokok perubatan, kerana khasiatnya yang dapat menurunkan tekanan darah. Pokok belimbing tanah mampu mencecah ketinggian sehingga 1 [meter]. Ia mempunyai daun yang lebar dan panjang (menyerupai daun kunyit). Daunnya juga berbentuk bujur telur ('ovate') dan bewarna hijau tua dengan permukaan daun yang berkedut.

Belimbing tanah mempunyai bunga yang besar berwarna ungu keputihan terbit dihujung tangkai yang tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60 cm. Belimbang tanah juga dikenali sebagai belimbing bukit, yang merujuk kepada habitatnya yang tumbuh liar dikawasan lembap hutan tanah pamah dan lereng bukit. Ia merupakan tumbuhan berumpun yang biasanya dijumpai dikawasan yang agak lembab dan terlindung dari cahaya matahari serta mempunyai kandungan humus yang tinggi seperti dikawasan kebun getah.

Tumbuhan ini agak popular dikawasan Pantai Timur, Semenanjung Tanah Melayu. Air rebusan akar tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk merawat penyakit darah tinggi, buasir dan juga sebagai air mandian bagi perawatan wanita selepas bersalin iaitu untuk membuang angin dalam badan. Di samping ini, air rebusan ubi dan akarnya yang dicampur dengan pokok Selayar Hitam (Goniothalamus malayanus) dikatakan berkhasiat bagi menguatkan buah pinggang. Pelepah daun nya pula boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada kulit akibat terkena ulat bulu.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]