Bell Aircraft
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bell Aircraft Corporation)
| Jenis terdahulu | Pengeluar pesawat |
|---|---|
| Industri | Aeroangkasa |
| Pengganti | Bell Helicopter |
| Ditubuhkan | 10 Julai, 1935 |
| Dibubarkan | 1960 |
| Ibu pejabat | Buffalo, New York |
| Perancang utama | Lawrence Bell |
| Produk | P-39 Airacobra, Bell X-1 |
Kilang pemasangan Bell Aircraft Corporation di Wheatfield, New York, semasa tahun 1940-an. Unit ini mengeluarkan pesawat P-39.
Bell Aircraft Corporation adalah sebuah pengeluar pesawat dari Amerika Syarikat, yang telah mengeluarkan beberapa jenis pesawat pejuang semasa Perang Dunia II. Ia terkenal kerana menghasilkan Bell X-1, pesawat supersonik pertama di dunia serta membangunkan dan mengeluarkan banyak helikopter utama bagi kegunaan awam dan ketenteraan. Bell juga membangunkan Sistem Kawalan Reaksi untuk kapal angkasa Mercury dan Bell Rocket Belt. Syarikat ini telah dibeli oleh Textron pada tahun 1960, dan kemudian dikenali sebagai Bell Helicopter.
Lihat juga [sunting]
Rujukan [sunting]
| Rencana ini mengandungi satu senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumber-sumber masih tidak jelas kerana ia kekurangan petikan dalaman. Sila baiki rencana ini dengan memperkenal petikan yang lebih tepat lagi yang mana sesuai. (April 2009) |
- Pelletier, Alan J. Bell Aircraft Since 1935. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press, 1992.
|
|||||||||||||||||