Belon bedilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Belon bedilan Angkatan Tentera Marin Amerika, Pulau Parris, Mei 1942.

Belon bedilan (barrage balloon) ialah sebuah belon besar yang ditambat dengan kabel logam yang digunakan untuk menghalang serangan kapal udara paras rendah dengan merosakkan kapal-kapal udara tersebut apabila ia berlanggar dengan kabel-kabel, atau sekurang-kurangnya menyebabkan pendekatan penyerang itu lebih sukar. Sesetengah versi belon bedilan mengandungi sejumlah kecil cas letupan yang akan diletupkan apabila ada kapal udara berdekatan untuk memusnahkannya. Belon bedilan hanya boleh digunakan menentang kapal udara paras rendah; berat kabel yang lebih panjang menjadikannya tidak praktikal untuk kegunaan altitud tinggi.

Perang Dunia Ke-2[sunting | sunting sumber]

Kapal-kapal mendarat meletakkan kargo-kargo di darat di salah sebuah pantai penaklukan ketika Pertempuran Normandy. Perhatikan kewujudan belon-belon bedilan.
Fail:BarrageBalloonVehicle.jpg
Belon-belon bedilan boleh dilancarkan dari kenderaan-kenderaan khas.

Pada 1938, Balloon Command British telah ditubuhkan untuk melindungi bandar-bandar dan sasaran-sasaran utama seperti kawasan-kawasan perindustrian, pelabuhan-pelabuhan dan dermaga-dermaga. Belon-belon bertujuan untuk mempertahankan daripada pengebom junam yang terbang pada ketinggian sehingga 1,500 meter (5,000 kaki). Ini memaksanya untuk terbang lebih tinggi dan ke dalam julat kawasan yang padat dengan tembakan pembinasa pesawat (anti-aircraft)—senjata pembinasa pesawat tidak boleh merentas (traverse) dengan cukup pantas untuk menyerang pesawat-pesawat yang terbang pada altitud rendah dan kelajuan tinggi. Menjelang tahun 1940, terdapat 1,400 belon bedilan dan sepertiga daripada jumlah itu terdapat dalam kawasan London.

Walaupun pengebom junam amatlah berkesan menentang sasaran yang tidak berpertahanan seperti Guernica dan Rotterdam, ia sangat terdedah kepada serangan oleh pesawat tempur, dan kegunaannya oleh Jerman untuk menentang Britain dengan Tentera Udara Dirajanya yang berkesan segera dihentikan. Belon-belon bedilan terbukti tidak begitu berkesan menentang pengebom aras tinggi yang menggantikan pengebom junam, tetapi ia tetap dihasilkan sehingga terdapat 3,000 belon bedilan pada 1944. Belon-belon ini juga tidak berkesan menentang bom terbang V-1 yang biasanya terbang pada paras 600 meter (2,000 kaki) atau lebih rendah tetapi mempunyai pemotong wayar pada sayapnya untuk menentang belon-belon. 231 V-1 telah didakwa secara rasmi telah dimusnahkan oleh belon bedilan.[1]

Banyak pengebom dilengkapi dengan alat-alat untuk memotong kabel belon-belon bedilan. Britain telah menggunakan jumlah belon yang banyak, oleh itu Jerman telah menghasilkan pemotong kabel yang paling berkemampuan. Sistem mereka terdiri daripada alat-alat berbentuk C yang kecil yang dipasangkan pada sisi depan sayap. Apabila satu kabel memasuki alat ini selepas menggelongsor di sepanjang sayat, ia mencetus cas letupan yang kecil yang mendorong satu bilah melalui kabel. Pengebom British juga dilengkapi dengan pemotong kabel meskipun Jerman tidak banyak menggunakan belon bedilan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]