Beluran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 5°53′0″N 117°34′0″E / 5.88333°U 117.56667°T / 5.88333; 117.56667

Lokasi bandar dan daerah Beluran

Beluran merupakan sebuah daerah yang terletak dalam Bahagian Sandakan, Sabah. Ia terletak kira-kira 88 kilometer dari bandar Sandakan. Telupid yang merupakan sebuah daerah kecil bagi Beluran, terletak kira-kira 100 kilometer dari pekan Beluran. Daerah ini mempunyai sebuah kawasan Parlimen (Parlimen Beluran) dan dua kawasan DUN, iaitu Labuk dan Sugut.

Sejarah Beluran[sunting | sunting sumber]

Nama Beluran pada masa dahulu ialah "Buludan" yang bermaksud bukit. Nama tersebut digunakan oleh setiap etnik yang tinggal disitu.[perlu rujukan] Orang Inggeris yang menguasai negeri Sabah pada waktu itu sukar untuk menyebut nama tersebut sehingga mereka menyebutnya Beluran.[perlu rujukan] Nama tersebut telah digunapakai sehingga ke hari ini.