Ben 10: Alien Force

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ben 10: Alien Force
FormatAnimasi / Aksi, Cereka sains
PenciptaDuncan Rouleau
Joe Casey
Joe Kelly
Steven T. Seagle
Pelakon suara
Yuri Lowenthal
Ashley Johnson
Dee Bradley Baker
Greg Cipes
Paul Eiding
Negara asal Amerika Syarikat
Bilangan musim3
Bilangan episod46 (Senarai episod)
Penerbitan
Tempoh siarankira-kira 22 minit
Penyiaran
Saluran asalCartoon Network
Siaran asal18 April 2008 (2008-04-18) – 26 Mac 2010 (2010-03-26)
Pautan luar
Laman sesawang

Ben 10: Alien Force ialah sebuah siri televisyen animasi Amerika Syarikat yang direka oleh Dwayne McDuffie dan Glen Murakami serta studio "Man of Action" (kumpulan yang terdiri daripada Duncan Rouleau, Joe Casey, Joe Kelly, dan Steven T. Seagle), terbitan Cartoon Network Studios sebagai susulan kepada siri animasi Ben 10. Berlatarkan lima tahun selepas siri asal, jalan ceritanya menyaksikan watak-watak utama semakin matang, pengembaraan makin menggerunkan, kisah lebih rumit, dan berkurangan gelagat lucu.

Siri ini yang asalnya diberi tajuk Ben 10: Hero Generation ditayangkan buat julung kali di Cartoon Network pada 18 April 2008 di Amerika Syarikat. Di Malaysia, Ben 10 Alien Force ditayangkan pada 2 Januari 2009 di Cartoon Network Asia di Astro Saluran 616. Selepas tamat pada 26 Mac 2010 (di AS), siri ini disusuli pula dengan siri Ben 10: Ultimate Alien.

Kisah[sunting | sunting sumber]

Lima tahun selepas peristiwa-peristiwa siri asal, Ben Tennyson yang berusia 15 tahun menjalankan kehidupan seperti biasa setelah menanggalkan alat Omnitrix dan membesar dari seorang kanak-kanak menjadi remaja yang penuh keyakinan. Sehinggalah kehilangan Atuk Max memanggil Ben, Gwen, dan Kevin yang baru menjalani pemulihan serenti bersatu semula untuk mencari warga emas kesayangan mereka, di samping mendapat pertolongan kawan-kawan baru sambil membanteras ancaman musuh baru iaitu Highbreed.

Setelah keganasan Highbreed berjaya diatasi, Ben, Gwen, dan Kevin tetap meneruskan pengembaraan mencegah ancaman makhluk asing jahat, termasuk musuh-musuh lama seperti Vilgax dan Vulkanus.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]