Ben 10: Ultimate Alien

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ben 10: Ultimate Alien
PenciptaDuncan Rouleau
Joe Casey
Joe Kelly
Steven T. Seagle
Dwayne McDuffie
Glen Murakami
Dibintangi oleh
Yuri Lowenthal
Ashley Johnson
Greg Cipes
Dee Bradley Baker
John DiMaggio
Vyvan Pham
Paul Eiding
Negara asalAmerika Syarikat
Bilangan musim1
Bilangan episod(Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifGlen Murakami
PenyuntingDwayne McDuffie
Syarikat penerbitan
Cartoon Network Studios
Penyiaran
Saluran asalCartoon Network
Siaran asal23 April 2010 (2010-04-23) (AS) – kini
Kronologi
MengikutiBen 10: Alien Force
Pautan luar
Laman sesawang

Ben 10: Ultimate Alien merupakan sebuah siri televisyen animasi yang menjadi siri ketiga francais Ben 10 di Cartoon Network. Di Amerika Syarikat, ia mula ditayangkan pada 23 April 2010, selepas episod akhir Ben 10: Alien Force pada 26 Mac 2010. Di negara-negara lain (Eropah, Asia dan Oseania), Ultimate Alien mula disiarkan di CN pada waktu keramat 10 pagi, 10 Oktober 2010 (10/10/10). Di Malaysia, Ultimate Alien mula disiarkan pada 10 Oktober 2010 semasa acara 10.10.10 di Cartoon Network Asia di Astro Saluran 616.

Plot[sunting | sunting sumber]

Meneruskan kisah beberapa minggu selepas peristiwa terakhir Ben 10: Alien Force, Ben 10: Ultimate Alien menjejaki pengembaraan Ben Tennyson yang berusia 16 tahun. Omnitrix telah musnah, dan Ben perlu menguasai rahsia Ultimatrix, alat berupa sarung tangan ala Omnitrix yang bukan sahaja mengembalikan kuasa-kuasa dan kebolehan lamanya, bahkan juga membolehkannya mengevolusikan bentuk makhluk asing menjadi lebih kuat dan perkasa. Pada episod pertama, seorang peminat bernama Jimmy Jones, 10 tahun, mengetahui lalu mendedahkan identiti rahsia Ben ke seluruh dunia. Dalam sekelip mata Ben menjadi seorang tokoh terkenal yang disanjungi oleh kanak-kanak tetapi dipandang was-was oleh golongan dewasa sebagai kemungkinan ancaman kepada keselamatan dunia. Dengan Gwen, Kevin dan Atuk Max yang masih di sampingnya, Ben terus memerangi ancaman makhluk asing terhadap galaksi termasuk mencari lima ekor makhluk yang diserang oleh penyangak bernama Agreggor.[1]


Ultimatrix[sunting | sunting sumber]

Dari Omnitrix, bertukarnya menjadi Ultimatrix yang lebih hebat, dan mengandungi segala kuasa dan kebolehan Omnitrix asal di samping kebolehan mengubah makhluk-makhluk jelmaan Ben menjadi bentuk mutlak (ultimate form) dengan mengevolusikan mereka sambil memberikan kuasa dan kebolehan baru. Untuk menghidupkan kebolehan ini, Ben menekan lambang Omnitrix symbol pada dada jelmaannya sehingga bertukar menjadi bentuk mutlaknya. Seperti Omnitrix, Ultimatrix juga boleh mengambil mana-mana sampel DNA makhluk yang belum disimpan dalam Primus, cuma tidak memerlukan sentuhan dari makhluk itu, sebaliknya Ultimatrix boleh menerima sampel itu dengan mengesan makhluk itu lalu memancarkan cahaya kuning pengimbas. Selain itu, Ben juga boleh bertukar menjadi makhluk-makhluk yang pernah dijelmakannya dari dua siri sebelumnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "CN Official Site Update". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2021-09-24.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Cartoon Network