Bencana Alam Dunia 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

2011 merupakan tahun yang banyak terjadinya bencana alam. Ia telah melanda beberapa buah negara besar dunia seperti Jepun, New Zealand, Turki, Pakistan, Afrika, Filipina, Columbia dan juga Amerika Syarikat. Bencana-bencana alam yang terjadi termasuklah gempa bumi, kemarau, banjir dan ribut.

Gempa Bumi[sunting | sunting sumber]

Jepun[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2011, negara Jepun telah digemparkan dengan hadirnya bencana alam yang amat teruk iaitu gempa bumi yang kuat iaitu berkekuatan sebanyak 9.01 skala ritcher. Gempa bumi besar ini berlaku sehingga hadirnya tsunami. Hampir seluruh bandar Jepun musnah termasuk pusat tenaga nuklear di mana kesannya akan kelihatan pada masa akan datang. Hal ini demikian, bahan kimia nuklear menyebabkan kesan radiasi kepada manusia dan tumbuh-tumbuhan.

Gempa bumi pada kadar 9.01 skala ritcher itu telah mengakibatkan hadirnya ombak tsunami setinggi 10 meter. Ombak tsunami telah melanda beberapa bandar kawasan pantai negara itu. Kejadian itu telah mengakibatkan banyak kes kecederaan dan kematian diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di Pulau Honshu. Ia juga telah mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyukan ke kawasan bandar.

Turki[sunting | sunting sumber]

Gempa bumi di Turki telah menyebabkan 400 penduduk telah terkorban dan beribu telah terperangkap di bawah runtuhan bangunan. Begitu juga dengan penduduk di New Zealand yang digemparkan lagi dengan gempa bumi berskala 6.3 skala ritcher yang menyebabkan lebih 60 orang terbunuh. Kejadian berlaku pada waktu tengah hari waktu tempatan. Kebanyakan bangunan dan kediaman dilaporkan rosak dan ada juga mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan. Bekalan elektrik dan air diputuskan. Kejadin ini adalah gempa kedua terkuat yang menggegarkan Christchurch.

Kemarau[sunting | sunting sumber]

Bencana alam yang terjadi di Afrika ini telah menyebabkan lebih 10 juta orang yang terperangkap dalam cengkaman kemarau paling teruk. Penduduk telah meninggalkan rumah dan kampung halaman masing-masing dan menuju ke kem-kem bantuan kemanusiaan sejak beberapa dekad lalu. Kem pelarian Dadaab di timur Kenya telah dipercayai menjadi kem pelarian yang terbesar seumpamanya di dunia dengan penduduk sekitar 350,000 yang majoritinya adalah anak-anak muda. Kenya, Somalia, dan Habsyah kini terjejas dengan keadaan kemarau dan berjuta-juta orang di situ terputus bekalan makanan serta krisis alam sekitar yang semakin menjadi lebih buruk. Mangsa-mangsa yang terperangkap dalam krisis ini telah menerima bantuan baru dari rayuan bersama yang dilancarkan oleh kumpulan agensi kemanusiaan British yang terkemuka.

Banjir[sunting | sunting sumber]

India juga tidak ketinggalan dilanda gempa bumi pada tahun 2011. Jumlah kematian akibat banjir dan tanah runtuh di beberapa daerah di Sri Lanka meningkat. Kira-kira 120,000 orang pula terpaksa dipindahkan dan ditempatkan di kawasan berkhemah. Kerajaan negara itu sudah mengarahkan tentera udara dan tentera laut untuk menghantar makanan serta menyelamatkan penduduk teruama di daerah yang paling terjejas iaitu Batticaloa.

Banjir juga terjadi di negara Pakistan di dua wilayah iaitu Sindh dan Baluchistan. Kejadian ini telah menyebabkan keadaan di tempat kejadian terjejas teruk dalam tempoh enam bulan. Banjir berkenaan telah meragut 22 nyawa di Sindh sahaja, selain menyebabkan kemusnahan terdapat 665,000 rumah sehingga 1.8 juta penduduknya kehilangan tempat tinggal. Banjir kerap kali melanda Pakistan namun tahun 2011 ini, negara berkenaan menerima taburan hujan lebih banyak berbanding tahun lalu.