Bencana Le Mans 1955

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 47°56′59.5″N 0°12′26″E / 47.949861°U 0.20722°T / 47.949861; 0.20722

Plak Peringatan Le Mans

Bencana Le Mans berlaku pada tahun 1955 dalam acara perlumbaan 24 Jam Le Mans apabila sebuah kereta lumba yang terlibat dalam kemalangan melanggar penonton dan membunuh pemandunya (Pierre Levegh) dan 80 orang lain. Kemalangan ini merupakan yang terburuk dalam sejarah sukan bermotor daripada segi jumlah kemalangan jiwa.