Bendera Antigua dan Barbuda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nisbah bendera: 2:3

Bendera Antigua dan Barbuda diperkenalkan pada 27 Februari 1967 dan direka oleh Reginald Samuels, seorang guru sekolah. Matahari melambangkan permulaan era yang baru. Warna hitam melambangkan rakyat yang majoriti berketurunan Afrika, warna biru untuk harapan dan merah untuk tenaga. Warna kuning, biru dan putih yang berturut-turut melambangkan matahari, laut dan pantai, memberikan aspek kreatif kepada bendera tersebut.