Bendera Cameroon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nisbah bendera: 2:3

Bendera Cameroon diperkenalkan pada 20 Mei 1975 setelah Cameroon menjadi sebuah negara persatuan. Bendera Cameroon sebelum ini memiliki skim warna yang sama tetapi dengan dua bintang. Warna-warna yang digunakan adalah dari warna gerakan Pan-Afrika dan rekabentuk tiga-warna (tricolor) yang diubahsuai dari bendera Perancis. Jalur tengah yang berwarna merah melambangkan kesatuan, kuning untuk matahari dan savana yang terdapat di bahagian utara, dan hijau untuk hutan belantara yang terdapat di bahagian selatan Cameroon.