Bendera Orang Asli Australia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
2:3 Versi bendera yang biasa atau de jure atau sisi bahagian hadapan Bendera Orang Asli Australia

Bendera Orang Asli Australia (Australian Aboriginal flag) merupakan bendera yang mewakili Orang Asli Australia. Ia merupakan salah satu daripada bendera yang digunakan di Australia, dan memegang status khas undang-undang dan politik, tetapi ia bukanlah bendera rasmi Australia. Ia telah direka pada tahun 1971 oleh Harold Thomas iaitu seorang artis dari kaum Orang Asli Australia, yang memegang status hakcipta dalam rekaan bendera ini. Bendera ini pada asalnya direka bagi memperjuangkan pergerakan hak tanah mereka di Australia memandangkan mereka adalah penduduk asal bagi benua Australia dan ianya menjadi salah satu simbol bagi kaum mereka.

Saiz bendera ini ditentukan daripada lebarnya dan panjangnya diambil 1.5 kali daripada lebar bendera ini. Bagi rekaan pula, ianya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu hitam (atas) dan merah (bawah). Manakala, ditengah-tengah antara bahagian hitam dan putih, terdapat bulatan yang berwarna kuning.

Makna Warna Bendera[sunting | sunting sumber]

Makna bagi warna-warna yang terdapat dalam bendera ini seperti yang telah diceritakan oleh Harold Thomas ialah[1]:

  1. Hitam - simbol bagi penduduk Orang Asli Australia
  2. Merah - simbol bagi Bumi yang berwarna merah dan hubungan antara manusia dengan tanah.
  3. Kuning - simbol bagi Matahari, mereka mempercayai bahawa Matahari merupakan pemberi kehidupan dan pelindung.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bendera Orang Asli dikibarkan di Victoria Square.

Harold Thomas, yang mereka bentuk bendera ini, berasal dari Luritja di bahagian Australia Tengah. Pada 14 Julai 1995, kedua-dua bendera Orang Asli Australia dan Bendera Torres Strait secara rasmi diisytiharkan oleh kerajaan Australia sebagai "Bendera Australia" di bawah seksyen 5 Akta Bendera 1953.

Bendera ini mula-mula dikibarkan pada Hari Orang Asli Kebangsaan di Victoria Square di Adelaide pada 12 Julai 1971.[1] Ia juga digunakan di Khemah Kedutaan Orang Asli di Canberra lewat tahun 1972. Pada awal-awal penubuhan kedutaan itu, pelbagai rekaan grafik bendera itu telah digunakan termasuk menggunakan warna hitam, hijau dan merah yang dibuat oleh penyokong-penyokong kelab ragbi liga Rabbitohs Selatan Sydney, dan juga bendera yang berwarna merah-hitam yang mengandungi lembing dan empat bulan sabit berwarna kuning.

Cathy Freeman pernah mencetuskan kontroversi semasa Sukan Komanwel 1994 dengan mengibarkan bendera Orang Asli dan bendera kebangsaan Australia semasa menghampiri garisan penamat bagi acara larian 200 meter; sepatutnya hanya bendera kebangsaan negara atlit sahaja dibenarkan untuk dikibarkan. Walaupun menerima kritikan yang kuat dari pegawai Sukan Komanwel dan ketua pasukan Australia, Arthur Tunstall, Freeman tetap mengibarkan sekali lagi kedua-dua bendera itu apabila beliau memenangi acara larian 400 meter.

Keputusan (oleh Perdana Menteri dari Parti Buruh, Paul Keating) yang mencadangkan bendera Orang Asli Australia dijadikan bendera rasmi Australia telah ditentang hebat oleh pihak pembangkang Liberal, dengan John Howard membuat kenyataan pada 4 Julai 1995 bahawa "apa-apa percubaan untuk memberikan status bendera rasmi di bawah Akta Bendera akan dilihat oleh masyarakat sebagai satu tanda untuk memecahbelahkan negara dan bukan perdamaian."[2] Walau bagaimanapun sejak Howard mengambil alih jawatan pada tahun 1996 di bawah Kerajaan Buruh, bendera tersebut telah kekal sebagai bendera kebangsaan. Keputusan ini juga telah dikritik oleh Thomas sendiri, yang berkata bendera itu "tidak perlu pengiktirafan apa-apa lagi" [3]

Pada tahun 1997, Mahkamah Persekutuan Australia mengisytiharkan bahawa Harold Thomas merupakan pemilik hak cipta dalam reka bentuk bendera Orang Asli Australia, dan dengan itu bendera tersebut dilindungi di bawah undang-undang hak cipta Australia.[4] Thomas telah cuba mendapatkan pengiktirafan undang-undang pemilikan dan pampasan dan tuntutannya telah dicabar oleh dua orang lain, Encik David Brown dan Encik James Tennant.[5] Sejak itu, Thomas telah menerima hakcipta untuk syarikat Carroll dan Richardson bagi membuat dan memasarkan bendera.[6]

Jawatankuasa Penasihat Kebangsaan Orang Asli pernah berkempen untuk bendera Orang Asli dibenarkan dikibar di Stadium Australia pada Sukan Olimpik 2000 di Sydney.[7] Mereka mengumumkan bahawa bendera Orang Asli akan diterbangkan di kesemua venue Olimpik.[8] Bendera Orang Asli Australia pernah dikibarkan di Jambatan Pelabuhan Sydney semasa perarakan perdamaian pada tahun 2000, dan banyak acara-acara lain.

Semasa ulang tahun ke-30 bendera Orang Asli Australia pada tahun 2001, beribu-ribu orang telah hadir dalam satu majlis di mana bendera itu dibawa dari Parlimen Australia Selatan ke Victoria Square. Sejak 8 Julai 2002, selepas disyorkan oleh Jawatankuasa Perdamaian di Adelaide, Bendera Orang Asli telah dikibarkan untuk selama-lamanya di Victoria Square dan di hadapan Dewan Bandaran.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Indigenous Australian flags". NAIDOC. Diperoleh pada 11 Julai 2011. 
  2. Daripada kenyataan pada 4 Julai 1995 yang dibuat oleh pemimpin pebangkang, John Howard, diambil dari Flags of the World website.
  3. Harold Thomas dalam Land Rights News, July 1995, p. 3, diambil dari Aboriginal Tent Embassy: Icon or Eyesore?
  4. http://www.fedcourt.gov.au/pdfsrtfs_c/chapter2.htm
  5. Federal Court declares Aboriginal artist owner of copyright in Aboriginal flag (PDF file), a summary of Thomas v Brown & Tennant [1997] 215 FCA (9 April 1997)
  6. "Kenyataan media oleh Carroll dan Richardson". Flags of the World. Diperoleh pada 2008-03-11. 
  7. "Aboriginal flag to fly?". Cool Running Australia. 25 September 1998. Diperoleh pada 11 Mac 2008. 
  8. "Aboriginal flag to fly at Olympic venues". rediff.com. 21 Ogos 2000. Diperoleh pada 27 Jun 2010. 
  9. "Reconciliation". Adelaidecitycouncil.com. Diperoleh pada 27 Jun 2010.