Bendera Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bendera negeri Sarawak (sejak 1988)


Bendera negeri Sarawak adalah asas bendera bagi Kerajaan Sarawak sejak pemerintahan Rajah Putih.


Isi kandungan

[sunting] Sejarah

Bendera Kerajaan Sarawak (1870-1946); negeri Sarawak (1963-1973)
Bendera Koloni Mahkota Sarawak (1946-1963)

James Brooke, ialah Raja Putih Sarawak pertama, asalnya beliau menggunakan St George's Cross sebagai bendera negeri Sarawak. Keputusan bagi memastikan Sarawak mempunyai benderanya sendiri telah diputuskan pada tahun 1845, tetapi keputusan tersebut telah ditunda sehingga 21 September 1848. Bendera Sarawak asalnya dilakar dalam bentuk salib, setengah biru dan setengah merah, atasnya kuning, yang kemudiannya lakaran bendera tersebut telah dipilih menjadi jata negara kerajaan Brooke. Telah menjadi kontroversi tentang bila bendera pertama diperbuat dari ungu dan merah, atau biru dan merah.


Pada 7 Mei 1870, warna setengah biru pada bendera salib Sarawak telah ditukar kepada hitam oleh Raja Putih kedua, Charles Brooke, dan dirasmikan kegunaannya pada 26 September 1870, tarikh lahir bagi Rajah Muda Sarawak Charles Vyner Brooke. Ia kemudian telah ditukar kepada jata negara dalam bentuk Blue Ensign apabila Sarawak diserahkan dibawah naungan Mahkota British pada 1 Julai 1946. Versi warna bendera pada 1870 telah digunakan kembali, berkibar bersebelahan dengan Bendera Persekutuan. Ketika pembentukan Persekutuan Malaysia dan Sarawak dijadikan sebagai negeri yang bebas merdeka, bendera Salib kekal digunakan dan tidak diubah sehingga tahun 1973.


Trisakti telah diambil pada ulang tahun ke-10 negeri Sarawak yang merdeka didalam Persekutuan Malaysia pada 1973, ia telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Abdul Rahman Ya'kub dimana beliau juga mereka bendera tersebut. Berikutan seni reka baru bendera, lagu, moto dan jata negeri Sarawak yang baru juga turut digubal iaitu, Sarawak Bahagia dan Hidup Selalu Berkhidmat ("Live to serve").


Pada 1988, bendera ditukar lagi dengan versi bendera semasa dengan lagu dan moto begeri yang baru, Ibu Pertiwiku dan Bersatu,Berusaha,Berbakti ("United, Striving, Serving"). Seni reka baru telah digunakan pada ulang tahun ke-25 Sarawak bergabung dengan Persekutuan Malaysia.


Trisakti, 1973-1988



[sunting] Jata negeri

Jata negeri Sarawak

[sunting] Bendera sama warna dengan bendera Sarawak


[sunting] Pautan luar


[sunting] Rujukan


[sunting] Nota

Flag of Malaysia.svg

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain