Benelli M3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Benelli M3
Senapang patah Benelli M3 Super 90
JenisSenapang Patah
Tempat asal Itali
Sejarah perkhidmatan
Digunakan olehPolis, tentera, pasukan elit dan penguatkuasa awam serta orag awam seluruh dunia
Sejarah pengeluaran
PengeluarBenelli
AnekaSila lihat Versi
Spesifikasi
Panjang1200 mm
1040 mm (udi tetap)
Panjang laras500–660 mm (mengikut kesesuaian model)

Kartrij12 Gauge
AksiPump action atau sistem anjalan
Sistem suapan7+1 butir dalam tiub

Benelli M3 (Super 90) adalah senjata senapang patah yang menggunakan sistem pump-action atau separa automatik yang direkabentuk dan dikeluarkan oleh syarikat persenjataan Benelli dari Itali. M3 menggunakan kapasiti lapan butir peluru dan turut menggunakan versi separa automatik sepertimana yang ada pada versi M1. Senjata M3 ini memberi peluang kepada pengguna untuk membuat pilihan sama ada menggunakan jenis separa-automatik atau jenis pump-action. Atas mutu yang boleh dipercayai dan ia serbaguna, senjata ini menjadi pilihan utama oleh mana-mana pasukan polis dan penguatkuasa awam, termasuk pengawal keselamatan.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sistem pump-action senjata ini berfungsi apabila tembakan dengan menggunakan kartus peluru berkuasa tinggi – seperti peluru getah – tidak menghasilkan anjalan yang cukup semasa menembak dengan mekanisma separa-automatik. Sebaliknya, mod separa-automatik boleh berfungsi dengan seberapa banyak kartus berkuasa tinggi, menyerap kuasa anjalan. Suis khas yang terbahagi diantara dua mod ini sesuai semasa memanipulasikan kunci yang diletakkan di bahagian hadapan pengadang tangan. Benelli M3 turut disertakan dengan udi yang boleh diubahsuai mengikut kehendak penembak yang ingin menggunakan salah satu diantara dua pilihan, sama ada menggunakan udi biasa mahupun dengan pistol grip. Benelli M3 juga ada peningkatan kepada versi Benelli M1. M3 menggunakan anjalan tidak inersia dengan sistem separa-automatik sepertimana Benelli M1, tetapi dengan penambahan ciri-ciri pada ciptaan Benelli yang lain, yang memberi peluang kepada penembak menggunakan mod sepada-automatik dan menggunakan mod manual seperti pump-action dan kembali pada mod yang sebelumnya. Jenis kunci khas diletakkan di bahagian hujung hadapan pengadang tangan, dan direka dengan bentuk cincin. Bentuk cincin pada tiub peluru boleh diputar kepada rod bagi sistem pam dan diubah sistem separa-automatik, atau leraikan bar senjata, menguncikan pengadang tangan dan memberikan sistem anjalan tidak inersia untuk berfungsi dengan sistem separa-automatik. Dengan penambahbaikan serbaguna pada senjata ini, ia boleh menembak dengan kartus peluru berkuasa rendah (misalnya peluru getah, bebola plastik atau peluru pemedih mata) dengan menggunakan mod pam, dan menembak dengan kartus berkuasa tinggi seperti Slug atau Buckshot dalam versi separa-automatik. Tiub peluru yang diletakkan dibahagian bawah senjata ini menggunakan kapasiti terhad 8 butir sesuai untuk kegunaan pihak polis atau tentera, ataupun pihak awam. M3 Super 90 didatangkan dengan jenis ukuran laras dan pengadang tangan mengikut pilihan, dengan udi tetap dan separa-pistol atau pistol grip, mahupun dengan udi berlipat ke atas dan pistol grip. Pejera senjata terbahagi kepada pejera terbuka, pejera terbuka versi raifal, pejera kanta dan boleh dipasangkan dengan peralatan sokongan yang lain seperti pejera titik merah atau pejera teleskop dan lampu taktikal serta penanda laser.

Versi[sunting | sunting sumber]

Benelli M3 didatangkan dengan pelbagai versi, seperti M3 Super 90 dan M3 Tactical, yang didatangkan dengan ukuran yang pendek. Ia turut didatangkan dengan versi yang paling pendek, misalnya dengan hanya menggunakan pistol grip – yang memudahkan pengguna yang menaiki kenderaan menggunakannya – digunakan oleh pegawai penguatkuasa.

Sila lihat[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai senjata api Pistol
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain.