Benggala Barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 22°34′N 88°22′E / 22.567°N 88.367°E / 22.567; 88.367 (West Bengal)

পশ্চিমবঙ্গ
Bahasa Nepal: पश्चिम बङ्गाल
—  state  —
Kolkata
Lokasi পশ্চিমবঙ্গ
Bahasa Nepal: पश्चिम बङ्गाल
Koordinat
Negara  India
Daerah 19
Tarikh ditubuhkan 1 Mei 1960
Ibu negeri Kolkata
Bandar terbesar Kolkata (Calcutta)
Gabenor Gopalkrishna Gandhi
Ketua Menteri Buddhadeb Bhattacharya
Perundangan (kerusi) Tunggal (294)
Penduduk

Kepadatan

80,221,171 (4)

904/km2 (2,341/sq mi)

Bahasa rasmi Bengali
Zon masa IST (UTC+5:30)
Keluasan 88752 km2 (34267 sq mi)
ISO 3166-2 IN-WB
Laman web www.wbgov.com

Bengal Barat (Benggali: পশ্চিমবঙ্গ, Bahasa Nepal: पश्चिम बङ्गाल) ialah sebuah negeri di India timur. Bersama negara Bangladesh yang terletak di sempadan timur, negeri ini membentuk rantau etno-linguistik Benggala. Di timur lautnya terletaknya negeri-negeri Assam dan Sikkim serta negara Bhutan, manakala di barat dayanya terletaknya negeri Orissa. Begnal barat juga bersempadan dengan negeri Jharkhand dan Bihar di barat serta negara Nepal di barat laut.

Rantau yang kini bernama Bengal Barat pernah dijadikan jajahan sebilangan empayar dan kerajaan sepanjang dua ribu tahun yang dahulu. Syarikat Hindia Timur Inggeris merapatkan genggamannya pada rantau ini berikutan Pertempuran Plassey pada tahun 1757, dan kota Kolkata (Calcutta) berperanan sebagai ibu kota India British selama bertahun-tahun. Benggala sebagai sebuah sarang gerakan kemerdekaan India sepanjang abad ke-20 ini dipecahkan menjadi dua entiti berasingan pada tahun 1947, iaitu: Bengal Barat - sebuah negeri India, dan Pakistan Timur (kini Bangladesh) yang ketika itu terlingkung dalam negara baru bernama Pakistan.

Semenjak kemerdekaan India pada tahun 1947, kancah ekonomi dan politik Bengal Barat didominasi selama berdekad-dekad oleh Marxisme intelektual, pergerakan Naxalite dan gerakan kesatuan sekerja. Sejak akhir 1990-an, ekonomi diberikan nafas baru lalu mencetuskan peningkatan dalam ekonomi dan industri negeri.[1] Meskipun Bengal Barat selaku negeri yang bergantung kepada hasil pertanian cuma menduduki 2.7% kawasan daratan India, namun negeri ini mampu menampung lebih 7.8% penduduk India, maka menjadi negeri ayng paling padat penduduknya di India.[1] Selama tiga dekad, Bengal Barat diperintah oleh Barisan Kiri pimpinan Parti Komunis India (Marxis), menjadikannya kerajaan komunis dipilih secara demokratik yang paling lama bertahan di dunia. Ramai penyair, pengarang, artis dan penghibur terkenal berasal dari Bengal Barat.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Introduction and Human Development Indices for West Bengal". West Bengal Human Development Report 2004 (PDF). Development and Planning Department, Government of West Bengal. m/s. pp4–6. ISBN 81-7955-030-3. Dicapai pada 2006-08-26. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan); Unknown parameter |origmonth= ignored (bantuan); |pages= has extra text (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]